default

KTMB cipta sejarah lancar tren kargo terpanjang di Asia Tenggara

on Tuesday, October 26, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kita lari sedikit daripada isu politik seketika . PB selaku peminat Keretapi cukup tertarik dengan artikel ini iaitu Tren 26 Buatan China milik KTMB telah mencatas sejarah d Asia Tenggara apabila menjadi tren pertama kargo boleh menarik sehingga 50 gerabak .

Syabas KTMB !!


PADANG BESAR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatat sejarah apabila melancarkan Tren Kargo Terpanjang Menggunakan Lokomotif Tunggal yang menarik 50 gerabak di Stesen KTMB Padang Besar di sini semalam.

Pengurus Besar Perkhidmatan Kargo KTMB, Azman Ahmad Sharabi berkata, kargo terpanjang di Asia Tenggara itu membawa 100 TEU (unit bersamaan 20 kaki) sepanjang 900 meter itu berlepas dari Stesen KTMB di sini ke Pulau Pinang.

Katanya, itu mengambil masa sembilan jam untuk sampai ke Pulau Pinang dan tempoh itu dapat disingkatkan kepada di antara empat dan lima jam apabila landasan berkempar Ipoh-Padang Besar siap sepenuhnya pada 2013.

"Lazimnya sesebuah lokomotif menarik sehingga 20 gerabak dan boleh ditingkatkan kepada 25 gera- bak atas permintaan pada satu-satu masa.

"Namun, dengan pemilikan aset baru dengan loko- motif yang lebih berkuasa tinggi kelas 26 dan 29, ia dapat ditingkatkan dan boleh membawa sehingga 50 gerabak pada satu-satu masa," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kargo Terpanjang Asia Tenggara di sini.

- KOSMO!

default

Live dari Dewan Merdeka - sesi pergulungan

on Saturday, October 23, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

3.15 pm

Ucapan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dimulakan ucapan dengan surah Al-Imran ayat 51. Memuji kejayaan Makmal Pemuda.

Berpuas hati dengan hasil usaha Makmal Pemuda BN sehingga idea2 yang dicetuskan makmla telah mendapat perhatian PM dalam Budget 2011 . KJ juga mencadangkan program institusi pemikiran Umno ditubuhkan bagi membantu Umno untuk menang dalam peperangan mind ini a. Ia dapat menjadi titik sentuh sebagai nadi yang mengerakkan jentera kerajaan.


Sebelum menamatkan ucapannya . KJ selaku Ketua Pemuda UMNO menggelarkan Pakatan Rakyat sebagai raksasa hodoh 3 kepala yang ingin menguasai negara.

Dengan penuh bersemangat , Pemuda UMNO sanggup menjadi pahlawan bagi mempertahankan Putrajaya serta untuk menawan semula Dun Galas dan pertahankan Parlimen Batu Sapi .

default

Gambar - gambar sekitar Perhimpunan Agung UMNO 2

on Friday, October 22, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KJ sedang live online dengan golongan muda di bilik media NST

perwakilan dari Pemuda PP



Datuk Muhkriz cukup mudah didekati rakyat .. Pakcik ini memang peminat
kepada Tun M , tak pa dapat bergambar dengan anak dia pun tak pa

Apa yang diperkatakan Dr Novandri kepada Datuk Muhkriz ?




suasana di gerai2 aras 3 PWTC


default

6000 jemaah solat Jumaat di surau Ar Rahman ,PWTC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

lebih 6000 orang hadir solat Jumaat di Surau Ar Rahman ,PWTC





Alhamdulillah PB pertama kali bersolat Jumaat di Surau Ar Rahman , PWTC bersama 6000 orang jemaah . Surau ini bukan hari ini diadakan solat Jumaat seperti yang blog2 totok PAS sebarkan tetapi telah dimulakan pada 2 Julai 2010 lagi . klik di sini

Khutbah dan imam Solat Jumaat ini oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom . Semua perwakilan serta barisan kepimpinan UMNO termasuk Presiden UMNO dan Timbalan Presiden hadir menunaikan solat Jumaat sebelum menyambung sesi perbahasan pada jam 3.00 petang .

Mengikut dalam mazhab Syafie ,syarat sah solat Jumaat ialah dilakukan dalam banggunan yg dikhaskan untuk solat jumaat dan sekurangnya oleh 40 orang lelaki yang mustautin dan dikerjakan setelah membaca dua khutbah.klik di sini . Jadi tiada masalah diadakan solat Jumaat di PWTC ini kerana ia telah dikhaskan yang telah bermula 2 Julai lalu dan buat pertama kali dalam sejarah ia dilakukan ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO .

default

Benarkah calon PAS Galas pernah ditangkap khalwat ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Benarkah calon Pas ditangkap khalwat?

Jika benar, ia sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana bakal calon Pas khususnya pakatan pembangkang di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Dr Zulkefli Mohamad bukan saja calon kitar semula malah dikhabarkan pernah ditangkap khalwat bersama isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Memetik laporan beberap blog termasuk theunspinners, dakwaan pernah ditangkap khalwat itu telah dikhabarkan orang setempat di Gua Musang.

Menurut blog ini lagi, perkara itu mungkin dianggap sebagai kisah lama. Hasil perkongsian mereka pun sudah sampai 10 orang. Namun persoalannya adakah calon yang berlatarbelakang ditangkap khalwat ingin ditonjolkan oleh Pas sebagai imej Islam dan penyambung warisan ulama?

Pemilihan Dr Zulkefli ini tidak disenangi ramai pihak di kalangan pemimpin Pas setempat. Malah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dikatakan membuat pembohongan apabila beliau berkata Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Sebenarnya, Nik Aziz sudah berbohong kerana orang sebenar yang melakukan kerja cemerlang yang dikatakan adalah hasil usaha Allahyarham Chek Hashim Sulaima adalah Hussein Awang.

Dr Zulkefli sudah dua kali kalah. Sudah dua kali ditolak pengundi Gua Musang.

Hussein dilihat ramai sebagai lebih layak kerana dia yang menjalankan kerja sepanjang masa arwah Chek Hashim menanggung sakit.

Bukan sahaja, Hussein yang kecewa, seorang lagi yang turut tidak puashati dari senarai calon, ialah Abdullah Husin.

Abdullah telah mengarahkan penyokong-penyokongnya dari kalangan Pemuda untuk mendesak Nik Aziz mencalonnya.

Dia juga telah menghimpunkan Pemuda untuk satu majlis untuk membantah pencalonan Dr Zulkefli tetapi rancangan itu telah dibatalkan.



Mungkin hero Pas, Mat Sabu boleh komen kisah romantik Hotel Perdana, Abang Din Pudu Raya juga kalau berani boleh ulas!.


sumber : umno online


Komen PB

PAS selalu berbangga dengan calon mereka yang dikatakan Islamik dan bersih . Adakah kerana PAS menerusi Nik Aziz hanya mensyaratkan calon mereka bukan perokok sahaja sebagai kriteria utama .

Jika benar calon PAS ini pernah ditangkap khalwat seperti yang dihebohkan sendiri oleh penduduk Gua Musang , bermakna PAS boleh diibarat meludah langit akhirnya terpercik ke muka sendiri .

Ini kerana PAS dulu selalu cakap tentang moral calon seperti di PRK Prmtg Pasir di mana PB masih ingat lagi Nasrudin Tantowi dan Mr Bean Mahfuz menjaja kisah fitnah kononya calon BN mempunyai isteri no 1 adalah tidak benar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.