default

MMC mahu beli UEM Group , syabas Syed Mokhtar Al Bukhary !

on Thursday, October 7, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila PB mendapati tokoh korporat Melayu terkenal , Syed Mokhtar Al-Bukhary mahu membeli UEM Group merupakan langkah yang baik dan sangat dialu-alukan. UEM Group merupakan syarikat yang besar dimiliki Khazanah yang majoritinya stafnya adalah Melayu sehingga ke level top management !! Sekarang ini UEM Group diketuai oleh Datuk Izzadin Idris iaitu merupakan CEO dan MD UEM baru yang peramah dan very humble .

Syed Mokhtar pula merupakan pemilik MMC Corp dan banyak projek2 mega dijalankan oleh syarikat ini seperti contoh projek landasan berkembar keretapi Ipoh - Pdg Besar . Walaupun pelbagai kritikan oleh pembangkang yang dengki kepada jutawan Melayu ini kononnya kroni kerajaan , tetapi sebenarnya syarikat milik orang Melayu inilah yang berkemampuan yang PM katakan untuk menjalankan projek dengan usaha sendiri bukannya ali baba kan kepada syarikat bangsa lain .

PB juga masih ingat semasa di bangku sekolah menengah dulu , kelas tuisyen percuma oleh Yayasan Al Bukhary cukup terkenal dan mereka membantu anak2 Melayu yang lemah dalam mempelajari subjek kritikal seperti Matematik Tambahan , Fizik dan Kimia . Itu belum lagi kira masjid dan sekolah agama yang dibina oleh beliau untuk umat Islam . Ini lah tokoh korporat Melayu yang perlu kita banggakan kerana beliau walaupun kaya tetapi menolong anak bangsa . Roh Melayu adalah dalam jiwa Syed Mokhtar !! Jadi , PB mengalu-alukan hasrat MMC mahu membeli syarikat UEM Group ini .





KUALA LUMPUR, 5 Okt – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan yang ia sedang meneliti tawaran jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mahu membeli Kumpulan UEM Berhad, konglomerat yang menguruskan pemegang konsesi lebuh raya PLUS dengan mengambil kira rekod kewangan beliau.

Pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, kerajaan telah pun menerima cadangan daripada syarikat Syed Mokhtar, MMC Corp Berhad untuk mengambil alih syarikat tersebut. “Khazanah akan melihat pada semua aspek cadangan,” kata beliau.

“Kami juga akan melihat soal situasi apa jua cadangan yang dikemukakan dan rekod latar belakang pembeli,” kata beliau di sini hari ini. Laporan media yang tidak disahkan menyebut tawaran itu bernilai RM15.6 bilion. Semalam, MMC memaklumkan Bursa Saham bahawa ia telah memanjangkan tawaran mahu membeli UEM kepada kerajaan tetapi belum memaklumkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar menyertai konsortium usaha tersebut.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut Syed Mokhtar dipercayai telah menulis kepada Putrajaya untuk mendapatkan tanah seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh dan pusat latihan polis di ibu negara - sebahagian daripada usaha beliau mahu mengambil alih konsesi-konsesi lebuh raya PLUS.

The Malaysian Insider difahamkan, MMC telah mengemukakan bidaan itu kepada Kementerian Kewangan Ogos lalu dan perkara tersebut telah dibawa kepada perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Kumpulan UEM Berhad dimiliki oleh Khazanah, badan pengurusan pelaburan kerajaan.

Bidaan mendapatkabn UEM hanya salah satu daripada beberapa usaha digerakkan oleh jutawan kelahiran Kedah ini. Difahamkan Syed Mokhtar juga telah menulis kepada kerajaan untuk membeli tanah seluas 1,200 daripada 3,000 hektar miliki Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh untuk dibangunkan oleh pentadbiran Najib di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Selain itu, juga difahamkan tokoh perniagaan ini juga mahu mendapatkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini, yang menempatkan Muzium Polis dan pusat logistiknya untuk dimajukan

default

Melayu & Islam adalah dua ramuan sakti !

on Wednesday, October 6, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PB cukup tertarik dengan artikel blog Sang Tawal Sakranta mengenai Melayu & Islam adalah Ramuan Sakti . Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan di Semenanjung Emas ini dan inilah merupakan kunci untuk menjadikan semula bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang hebat selepas dihancurkan oleh penjajah yang memutarbelitkan fakta sejarah .


Oleh :
Sangtawal Sakranta.




“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat…”
itulah antara titah Raja Dr Nazrin dalam Youtube dibawah: [ perhatikan pada minit yang ke 0.15 ].



Dengar baik-baik Titah Raja diatas pada minit ke 6.15 … “Barang simpanan Allah ; melayu islam di bumi ini…” itu adalah kata – kata seorang Raja yang menjaga amanah, terkeluar tanpa sengaja dari mulut baginda!

Bagi mereka yang benar-benar faham apakah yang dimaksudkan dengan “Barang Simpanan Allah” ini sudah pasti akan mempertahankan kedaulatan Raja-Raja mereka yang menjaga amanah dan kesucian agama islam.

Raja-Raja Melayu tahu “Ramuan Sakti” itu adalah satu amanah Allah yang wajib dipertahankan sejak turun temurun lagi. Cuba perhatikan pada minit yang ke- 7.27… ia berkaitan dengan amanah yang perlu dipikul oleh seorang raja dan keturunanannya… … seperti titah Baginda :

“ bahawa yang perlu dipertahankan itu… bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang raja.. tetapi kerajaan baginda kerana tanpa kerajaan tidak akan wujud sebuah Negara … tanpa Negara apalah ertinya suatu bangsa…”

Barang yang disimpan sudah pasti akan digunakan bila tiba waktunya.

Pemegang amanah “Barang Simpanan” melalui auliya’ Allah sejak zaman berzaman sudah tahu bila masanya “Barang Simpanan” itu akan dikeluarkan dan digunakan!

Dajjal dan hamba iblis juga sudah tahu dari zaman berzaman “barang Simpanan” itu ada tersimpan di bumi Semenanjung Emas ini. Itu sebabnya awal-awal lagi Negara Singa di selatan tanah air kita telah dijadikan tapak utama mereka memantau kebangkitan “Barang Simpanan” itu.

Bila Raja semakin berilmu dan memahami islam, bila Raja semakin takutkan Allah, manusia akan takut padanya, bila Raja tidak memandang dunia, dunia akan mengejarnya… dan bila Raja bertemu Daulatnya yang sebenar … maka tunggulah saat kebangkitan “Barang Simpanan” di bawah naungan kerajaannya.




Akhir sekali , marilah kita renung kembali wasiat Raja-Raja Melayu demi memastikan “Barang simpanan Allah di bumi ini” kekal.

default

Akhirnya mangsa liwat terbaru Anwar buat laporan polis

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sumber: Gelombang Wangsa Maju

Jam 2.00 petang, bertempat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Klang, seorang pegawai khas Pakatan Rakyat dan Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis yang beliau turut menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim.

Mangsa liwat tersebut adalah Rahimi Osman. Beliau dijangka akan membuat press conference di Lotus PJ pada jam 4.00 petang ini.

Anwar Ibrahim yang kini berada di Rome, Itali bagi menghadiri International Meetings of Prayers for Peace di Church of Sant’Egidio pasti tersentak dengan laporan dan pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit beliau.


Setelah rakyat diperlihatkan dengan gelagat Wild Animals in PKR Kingdom and Human Barabarics pada Pemilihan PKR 2010, rakyat akan sekali lagi dipertontonkan dengan filem haru biru Anwar Ibrahim ‘I Am The Real Sodomizer’.

Belum habis musibah menimpa PKR, aksi peliwat Ketua Umum PKR pula didedahkan oleh orang kanan beliau.

default

RPK bertukar ke Raja Lawak sebab tak sokong Pakatan

on Monday, October 4, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dalam media pro pembangkang semalam , heboh berita penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin a.k.a Raja Penipu Kuat mengkritik secara terbuka pakatan pembangkang kerana masih gagal menunaikan beberapa janji walaupun menguasai beberapa negeri.

Lebih kelakar tu bila PB baca beliau mengancam untuk berhenti menyokong pakatan pembangkang jika segala janji yang dibuat pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 tidak dipenuhi.Menariknya beliau bercakap ini pada satu sesi dialog bersama rakyat Malaysia di London yang turut disertai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pb melihat satu lagi wayang opera oleh RPK dan Anwar kononnya mahu menarik diri daripada menyokong pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas. Selain itu , mungkinkah duit untuknya tinggal di London sudah tidak cukup lagi dan PKR perlu menaja lebih lagi .

Bukan satu perkara yang baru RPK mengkritik PKR dan Anwar dan benda ini yang diulang semula saja untuk mengalihkan perhatian kerana tidak lama lagi akan diadakan PRK Galas . Anwar - RPK dua watak pembohong yang tidak dapat dipisahkan dan bohong lah salah satu tak nak sokong Pakatan .



default

CD Azmin dan Reformis mahu jatuh Khalid Ibrahim

on Friday, October 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam , bekas seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan mengenai pengakuan Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar yang telah diberi tugas oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ng Lum Yong yang merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa, pengakuan tersebut terdapat di dalam rakaman perbualan telefon antara Ramlan dengan seorang yang sehingga kini masih belum dikenali.

Beliau mendakwa, rakaman perbualan telefon itu diterimanya dalam bentuk cakera padat di rumahnya 10 hari yang lalu.

''Sejak itu saya mendengar rakaman perbualan ini boleh dikatakan pada setiap hari. Saya mahu mengenal pasti identiti mereka dan akhirnya saya dapat mengecam salah seorang mereka ini ialah Ramlan Abu Bakar, ketua gerakan reformis.

''Saya tidak kata dakwaan mereka ini benar tetapi saya percaya rakaman audio ini telah tersebar ke seluruh negara. Selain disebarkan dalam bentuk cakera padat orang ramai dapat mengaksesnya melalui blog suaraampangpoint.blogspot,'' dakwanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Antara kandungan perbualan itu ialah mengenai habuan yang dijanjikan dalam bentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) kepada penggerak reformis bagi menjayakan demonstrasi bogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada tahun 2009.

Demonstrasi itu sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri yang menaikkan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 kepada RM250 sebulan tetapi ia akhirnya dibatalkan


Siapa yang orang yang Ramlan bualkan dalam cd tersebut ? blog GAP mempunyai maklumat mengenai orang ke dua dalam perbualan itu . klik di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.