default

Anwar putar alam dengan mengatakan kerajaan pusat melupakan anggota tentera dan polis dalam Bejet 2010

on Sunday, October 25, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


Media hari ini menyiarkan pandangan DS Anwar Ibrahim tentang Bajet 2010. Beliau telah menyentuh beberapa perkara. Di antaranya ialah :-

Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Permatang Pauh & Penasihat PKR)menyatakan kerajaan pusat telah melupakan anggota tentera dan turut mendakwa Barisan Nasional (BN) tidak menunaikan janji setelah memenangi kerusi DUN Bagan Pinang yang majoriti pengundinya adalah anggota tentera. klik disini

“Sepanjang saya menghadiri pembentangan bajet, inilah kali pertama peruntukan kepada Kementerian Pertahanan tidak disebut langsung.Sewajarnya perkara ini disentuh dan diberi perhatian,” katanya pada sidang akhbar selepas pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat di sini hari ini.- Utusan Malaysia.


Kenyataan Anwar dia atas adalah bertentangan dengan akhbar hari ini serta kenyataan transkrip penuh Najib dalam Bejet 2010 yang dibentangkan . klik di sini laporan akhbar

Kerajaan memperuntukkan RM3.7 bilion untuk meningkatkan kecekapan anggota keselamatan termasuk menyediakan kelengkapan moden dan canggih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebanyak RM1 bilion diperuntukkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perdana Menteri berkata, keselamatan sempadan juga tidak terkecuali dengan peruntukan RM1.9 bilion bagi meningkatkan kelengkapan anggota tentera serta membina dan menaik taraf pos kawalan.


RM622 juta diperuntukan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sebagai persediaan bagi memastikan kawasan perairan negara bebas daripada aktiviti penyeludupan dan pencerobohan termasuk ancaman lanun.

PB harap Anwar janganlah dok perdaya orang yang tengok live di tv ketika Bajet 2010 dibentangkan . Rakyat di seluruh negara tengok dalam TV serta mendengar radio secara live yang Najib dan umumkan bajet untuk pasukan keselamatan negara termasuk askar dan polis tetapi macamana Anwar ini boleh kata tiada peruntukan .haha

Anwar ini lena ke ketika Najib bentang Bajet ??

Jadi , jangan percaya cakap kaki putar alam ini seperti Anwar !!!


default

PR perlu sokongan Melayu juga bentuk kerajaan pada PRU 13

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang halal dan absah (berlegitimasi), seandainya gagal memperolehi sokongan lebih 50% daripada masyarakat Melayu, tetapi sokongan masyarakat kaum lain memberikan bilangan kerusi yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk PR memerintah di peringkat pusat?

"PR mungkin terasa serba salah dengan kesahihan kerajaannya seandainya ia memperolehi kurang 50% daripada sokongan masyarakat Melayu, walaupun mendapat mandat lebih 50% daripada seluruh masyarakat Malaysia."

Demikianlah pemerhatian dan persoalanan yang dilontarkan oleh pengkaji politik, Wong Chin Huat selepas kekalahan PR di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Wong mengemukakan statistik bahawa wujudnya kecenderungan pengaliran undi masyarakat India kepada BN dalam PRK tersebut, yang boleh dijelaskan sama ada Bagan Pinang ialah "kes terasing" atau "menggambarkan trend keseluruhannya (khususnya masyarakat India)".

Seandainya 40% undi Melayu diperolehi...

Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

Seandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong (gambar kiri) terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa "mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat."

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

Untuk Wong, selagi PR terasa serba salah jikalau gagal memperolehi lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, maka UMNO dan lidahnya, Utusan Malaysia akan diberi kesempatan untuk meneruskan serangannya.

Seandainya Pakatan Rakyat meretak...

Logik Wong begini. Seandainya PR terus dihantui bayangannya "untuk mendapat sokongan lebih 50% Melayu", maka parti komponen PR, terutamanya PAS dan PKR dijangka akan beralih kepada hujah mahupun dasar yang menampakkan perkauman dan keagamaannya sekali-kala, sekiranya tidak tahan dengan serangan UMNO dan Utusan Malaysia.

Lantaran itu, PAS dan PKR akan bertelagah dengan DAP yang perlu tampil untuk menyanggah hujah dan dasar tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah pengundi bandar, kelas menengah akan hilang yakin kepada PR kerana "harapan (yang diberikan PR)" kini diganti dengan persepsi "sering berbalah sesama sendiri". Senario ini berakhir dengan retaknya PR seperti Barisan Alternatif sebelumnya...

Untuk mengelakkan ramalan pesimis ini menjadi kenyataan, Wong menganjurkan pandangan bahawa PR perlu yakin bahawa dirinya tetap kerajaan yang absah seandainya mendapat mandat lebih 50% undi daripada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Sistem negara yang dikuasai Melayu

Ketika mengulas pandangan yang diutarakan Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina) berkata, "legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu" merupakan "persoalan struktur" yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem "negara Melayu", di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu.

Justeru itu, Yong berpendapat bahawa PR tidak dapat mengelakkan dirinya ketika berdepan dengan persoalan ini, dan terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yong menganggap bahawa PR masih belum menemui jalan keluar, ketika berhadapan dengan serangan retorik UMNO bahawa "naiknya PR bermaksud hilangnya kuasa Melayu".

"Sememanganya, PR tidak akan dapat menandingi UMNO ketika membincangkan Melayu. Namun, apakah hujah sebaliknya yang diketengahkan untuk membalas retorik UMNO? Satu hujah yang senang difahami, berkesan untuk memujuk dan mendapat keyakinan masyarakat Melayu...," kata Yong.

Misalnya, "Melayu" dipisahkan kepada Melayu-Bandar, Melayu-Kelas Menengah dan sebagainya, agar kepentingan Melayu ini dapat dihalusi dan dibincangkan secara konkrit, cadang Yong.

Malah, Yong (gambar kanan) menganggap "politik berbilang kaum" yang dianjurkan PR ini perlu didalami, dan bukan hanya berpuas hati dengan aktiviti seperti rumah terbuka sahaja. Beliau mencadangkan agar pemimpin PR perlu berdialog dengan sektor perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, untuk menghapuskan rasa musuh dan syak wasangka yang wujud.

Apabila tembok ini dipecahkan, barulah PR boleh tampil dan mendakwa dirinya sebagai pakatan politik yang melambangkan kepentingan semua kelas dalam masyarakat Malaysia, simpul Yong.

*Perbincangan ini mengambil tempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Oktober 2009, dalam satu forum yang bertajukkan PRK Bagan Pinang.

sumber : merdeka review


Komen PB

PB tidak setuju dengan pandangan stigma Editor Malaysiakini Yong Kai Ping bahawa BN memerintah negara ini berpuluh tahun kepada satu sistem iaitu " Negara Melayu ". Beliau harus balik baca kepada sejarah bagaimana negara ini dibentuk ,asas negara ini dan hak keistimewaan Bumiputra yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan . Jika dia cakap pasukan keselamatan hanya Melayu dan Bumiputra sahaja dianggotai adalah silap dan beliau harus tanya balik kepada bangsanya mengapa mereka tidak berminat menyertai pasukan keselamatan seperti polis dan Askar.


Cara politik PR sebenarnya bukan perlu difahami tetapi sebenarnya adalah tidak adil kepada semua kaum terutama kaum pribumi iaitu Melayu dan Bumiputra. Mereka perjuangkan hak samarata semua kaum walhal kaum Melayu dan Bumiputra masih lagi ketinggalan dan perlukan perhatian seta bantuan.

Lihat sendiri artikel dia atas ini , PB lihat telah bangsa lain telah bersedia dan sibuk berbincang dan merancang strategi menjelang PRU 13 untuk PR selepas kekalahan PR di Bagan Pinang ini . Kita harap parti keramat kita UMNO dan BN jangan leka dengan kemenangan di Bagan Pinang ini dan teruskan menjadi juara rakyat seperti dikatakan PM .



default

PAS bohong kalah di Bagan sebab undi POS !! Baca sini post mortem kekalahan PAS

on Friday, October 23, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Tahniah Mohamad Sabu kerana dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Post Mortem PRK Bagan Pinang oleh Setapa Ali. Untuk makluman semua sebenarnya post mortem dah dibuat pada 17 Oktober lepas di Pejabat PAS Jalan Raja Laut yang dipengerusikan oleh Dato' Halim Abdul Rahman. Penubuhan jawatankuasa post mortem ini hanya untuk 'endorse' perkara-perkara yang telah dibincangkan pada 17 Oktober selain menokok menambah apa yang patut.
Kebetulan Tukang Screw petang tu melepak kat kedai mamak berhampiran Pejabat PAS jadi dapatlah bongkar hasil post mortem tu daripada seorang pemimpin PAS yang disegani yang disebut-sebut menggantikan Dr.Hassan Ali sebagai P/Jaya PAS Selangor selepas mesyuarat tu. Kenalah gak Tukang Screw belanja teh tarik dengan roti telur.
Setelah berbincang lebih dua jam, ahli mesyuarat telah megenal pasti beberapa faktor kenapa pengundi Bagan Pinang tidak sudi ke syurga dengan percuma iaitu:
  1. PAS tidak mempunyai pengaruh di Bagan Pinang sebab ada 100 orang ahli berdaftar sahaja dan pengundi di sana melihat PAS sebagai parti pembangkang yang tidak tetap pendirian;
  2. Calon PAS bukan orang tempatan kerana hanya ayam sabung patah taji dari Lenggeng;
  3. Jentera pilihanraya PAS tempatan tidak bergerak sebab hampir 99% gerak kerja dilakukan oleh jentera PAS luar;
  4. Hampir 1,820 buah rumah telah dilawati jentera PAS yang berjanji mengundi PAS tetapi PAS tempatan gagal turut sama melawat rumah-rumah tersebut;
  5. Sifat agresif petugas PAS luar (Kelantan, Kedah dan Terengganu) yang sering menimbulkan masalah pergaduhan menyebabkan pengundi membenci PAS;
  6. PAS terlalu yakin mendapat undi bukan Melayu;
  7. Ceramah Pakatan Haram lebih banyak menyerang peribadi calon BN yang dihormati dan popular di kalangan pengundi;
  8. PAS gagal mempengaruhi pengundi pos dan mendakwa berlaku penyelewengan undi tersebut;
  9. Kesal dan kecewa dengan sikap jentera pilihanraya PAS Kelantan yang banyak memecahkan undi bukan Melayu.
Nampaknya PAS nampak kelemahan sendiri dan sepatutnya tidak menyalahkan sepenuhnya faktor undi pos. PAS perlu sedar selagi tidak memerintah jangan haraplah dapat sokongan pengundi pos. Apa yang PAS boleh janjikan untuk mereka? Apapun Tukang Screw tabik kepada ahli mesyuarat yang nampak kelemahan PAS sebab selama ini PAS menang di atas kelemahan UMNO dan kebencian rakyat terhadap BN bukan di atas kekuatan PAS itu sendiri. Nasihat Tukang Screw, PAS perlu lebihbanyak muhasabah diri dan fikirkan tentang nasib Melayu dan Islam di negara ini daripada memikirkan untuk tidur sebantal dengan PKR dan DAP. Wallahualam

sumber : Unit Media Baru

default

Nik Aziz gila kuasa hendak singkirkan Presiden PAS dalam EGM PAS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Nik Aziz nak singkirkan pro kerajaan perpaduan dalam PAS



TIDAK dapat disangkal lagi Nik Aziz cuba 'menghapuskan' atau paling tidak 'mengcleankan' puak-puak dalam PAS yang berjiwa UMNO. Isu ini bertambah ribut apabila Sinar Harian Edisi Kelantan bertarikh 22 Oktober 2009 dan 'blogtokguru' memberitahu perkara yang sama. Bak kata, bangkai gajah ditutup dengan nyiru (daun kelapa) atau melindungi kurap di badan dengan memakai bedak, mesti akan terbongkar akhirnya.

Yang pasti, PAS kini dilanda masalah dan kini cuba menyelesaikan masalah ATAU Nik Aziz yang menimbulkan masalah pada PAS!

Menurut Nik Aziz (seperti yang ditulis oleh penulis upahan dalam blogtokguru),

1. ...sudah tiba masanya PAS membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan EXCO Selangor, Datuk hassan Mohamad Ali atau menyingkirnya terus.

2. ...ini tidak mudah kerana Hassan mewakili golongan yang pro UMNO dalam PAS termasuk juga Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.

3, Menggantikan Presiden PAS, Haji Hadi dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak. Lagipun Presiden PAS, Fadhil Noor berasal dari Kedah.

Jika diteliti maksud Nik Aziz, apa yang ditakutinya ialah, menyingkirkan Hassan Ali akan menyebabkan kemarahan oleh Presiden PAS dan Timbalan Presiden. Namun begitu, Nik Aziz mahu mencari kata sepakat dan mendapat pandangan daripada ahli serta penyokong PAS dengan mengadakan Muktamar Khas Luar Biasa atau dipanggil EGM.

Nik Aziz percaya, dengan cara inilah pemimpin PAS yang pro UMNO akan didisiplin atau disingkirkan. Lagipun parti MCA berjaya menyelesaikan masalah dengan cara mengadakan pungutan suara secara rahsia melalui EGM yang akan dilakukan oleh PAS untuk memilih pemimpin yang dikehendaki oleh ahli dan penyokong.

Kata Nik Aziz, Presiden PAS kini membawa imej seakan-akan Pak Lah- seorang pemimpin yang lemah, tidak menunaikan janji, tidak dihormati kawan dan tidak berkemampuan untuk membawa PAS ke arah kegemilangan.

Manakala Nasaruddin menyokong penuh tindakan Hassan Ali yang telah menimbulkan kemarahan orang Cina mengenai pengharaman penjualan arak dan pelbagai isu di Selangor; dan penyokong PAS juga berpaling tadah sehingga tidak memberi undi kepada calon PAS di Bagan Pinang baru-baru ini.

Buktinya, hanya 32 peratus pengundi (Bagan Pinang dan pilihan raya kecil yang lain) telah menunjukkan sokongan kepada Pakatan dan jika 'trend' ini berterusan dengan mengekalkan Presiden ini (merujuk pada Haji Hadi), Pakatan akan kehilangan undi untuk pilihan raya ke 13 akan datang.

Nik Aziz juga memuji Menteri Besar Kedah kerana menepis kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Azman Shapawi mengenai isu penjualan arak. Bagi PAS, arak boleh dijual di kawasan umat Islam asalkan mereka tidak meminumnya, sama seperti yang diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir, PAS mengharamkan memakan daging babi. Namun PAS tidak mengharamkan penjualan daging babi, memasak daging babi dan melakukan urusan jual beli daging babi.

PKR juga akan mengadakan EGM melalui Kongres Khas pada bulan hadapan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sebagaimana dilakukan oleh MCA. PAS juga akan mengikut jejak yang sama, yang berbeza, PAS akan menukar Presiden jika diminta berbuat demikian oleh perwakilan.

Namun, begitu, jika mereka masih memberi sokongan kepada Presiden dan Hassan Ali serta Mustafa Ali yang mahu PAS bekerjasama dengan UMNO ke arah Kerajaan Perpaduan, akan menimbulkan persoalan (kepada pemimpin dan penyokong PAS dan Pakatan).

"Orang akan marah, apa ni?", kata Nik Aziz dalam blogtokguru.

(Maksudnya, penyokong Pakatan terutama dari DAP dan PKR akan tertanya-tanya, kenapa PAS menyokong UMNO sedangkan pemimpin Pakatan berjuang untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional)

Apa yang bermain di dalam kotak fikiran abe MIE, EGM PAS yang akan diadakan nanti bermatlamat;

1. Menjatuhkan Presiden PAS dan kuncu-kuncu yang pro UMNO.

2. Untuk AJAR Presiden, Hassan Ali dan Mustapa Ali supaya mengikut telunjuk Nik Aziz yang sanggup 'membalacikan' diri menjadi pengikut kepada Anwar Ibrahim, Hussam Musa, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng.

3. Kenapa Ibrahim Ali tidak menyokong PAS sedangkan semasa pilihan raya bukan main Ibrahim menjadi 'bodyguard' Nik Aziz. Kita jangan lupa kejadian di mana 'journalist' dari Utusan Malaysia dihalau dan' microfon' yang diguna oleh 'reporter' TV3 dibuang oleh Ibrahim Ali ketika diajukan soalan mengapa PAS menerima calon yang mengkianati UMNO.

Sebagai mengakhiri penulisan ini, abe MIE memetik 'luahan hati' Nik Aziz, "Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan".

Cuba kita berfikir sebagai orang berakal, adakah PAS berniat hendak melaksanakan hukum hudud dan DAP akan menyokong PAS melaksanakan hukum hudud? Namun, begitu, Nik Aziz memberitahu, Parlimen akan mengawal kerajaan sebagaimana dianjurkan oleh Dermokrasi.

Adakah Nik Aziz mengetahui yang Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan?

Cara pemikiran Nik Aziz menggambarkan Malaysia perlu berlandaskan Sistem Demokrasi Berpresiden yang mana Presiden, Perdana Menteri atau Canselor dilantik terus oleh rakyat tanpa perlu mendapat kelulusan dan perkenan dari Sultan, 'Gueen' (Britain), Raja atau di Malaysia dikenali sebagai Yang diPertua Agung (YDPA).

Nampaknya Nik Aziz sudah terpengaruh dengan pemikiran Anwar Ibrahim bukannya mengikut sistem politik Islam yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Nik Aziz bimbang sekiranya PAS akan mengikut jejak Allahyarham Dato' Haji Mohamad Asri yang membawa PAS ke dalam BN. Menurut kenalan abe MIE yang merupakan salah seorang ahli dalam Dewan Ulama PAS, sekiranya PAS dan UMNO bersatu, keburukannya ialah PAS akan leka dengan kesenangan sehingga mengabaikan perjuangan untuk membela Islam.
abe MIE- Cuba fikir, kenapa Haji Hadi, Nasharuddin, Hassan Ali dan Mustapa Ali mahu bergabung dengan UMNO BUKANNYA dengan PKR dan DAP?


1. Petikan asal dari kenyataan Nik Aziz.
2. Sinar Harian mempunyai pendapat yang sama.

sumber : blog abe mie

default

Nizar tengok !! : Tian Chua dipenjara !! PRK Batu menanti ...

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua muncul di lobi parlimen tengahari Khamis, kira-kira dua jam selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara enam bulan serta denda RM3,000.

Di wajahnya tidak nampak riak bersalah mahupun menyesal setelah majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan hukuman itu selepas beliau didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan mengigit seorang konstabel polis dalam perhimpunan haram di pekarangan Parlimen, dua tahun lalu.klik di sini


PB menyambut baik keputusan mahkamah yang telah memberi keadilan dan pembelaan kepada anggota keselamatan kita yang menjaga keamanan negara ini . Kepada Tian Chua , padan muka dan sememangnya itulah tempat anda yang biadap , kurang ajar serta tidak menghormati undang-undang negara .

Memalukan seorang yang bergelar wakil rakyat bersikap seperti samseng ini dan beliau harus menjadi contoh kepada masyarakat . Seperti biasa, beliau akan memohon rayuan di Mahkamah Tinggi dan mengatakan keputusan ini tidak adil .

Jika keputusan mahkamah ini dikekalkan ,maka Tian Chua akan kehilangan kerusi Parlimen Batu kerana mengikut Artikel 48 (1 ) Perlembagaan Persekutuan , seorang Ahli Parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun @ dendan melebihi RM3000 akan digugurkan dari jawatannya

Ini bermakna akan ada lagi pilihanraya kecil di Batu . Rakyat sekarang semakin bijak dan belajar sikit daripada banyak siri PRK lepas dan mampu menilai siapa yang retorik kosong .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.