default

PEMUDA UMNO GESA KERAJAAN PH BERSIKAP TERBUKA , TIDAK MENYEKAT AKAUN MANA-MANA PARTI POLITIK

on Tuesday, July 10, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Pakatan Harapan (PH) membuktikan kerajaan yang mereka kuasai hari ini lebih terbuka dan mengamalkan demokrasi bebas seiring dengan Malaysia baharu yang diwar-warkan sebelum ini.
Menurut beliau citra Malaysia baharu yang dicanang-canangkan haruslah dizahirkan dan bukannya mengambil sikap sebaliknya dengan menyekat atau pun mengekang mana-mana pihak hanya kerana berbeza fahaman politik.
“Kalau kita nak mewajahkan Malaysia baharu dengan suasana demokrasi yang terbuka saya harap kita harus mengotakan apa yang dihasratkan dalam Malaysia baharu ini dengan membenarkan bergerak secara adil serta secara bebas tanpa mengekang dan menyekat hanya kerana mereka ini berbeza pandangan daripada kita.
“Saya rasa jika kita hanya bercakap tetapi tidak mengamalkan apa yang kita cakap. Kita hanya bersikap hipokrit. Saya rasa pada waktu zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap dan ditohmah zalim kita tidak pernah menyekat akaun mana-mana parti politik,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Jelas beliau kerajaan hari ini perlulah bersikap terbuka dan mengotakan apa yang diwar-warkan seiring dengan nilai-nilai demokrasi.
“Saya harap kerajaan yang ada haruslah mengotakan apa yang diwar-warkan kepada rakyat sebagai budaya politik baru, Malaysia baharu yang seharusnya subur nilai-nilai demokrasinya,” ujarnya.
Mengenai akaun parti yang dibekukan, beliau mengatakan tindakan itu sedikitpun tidak melumpuhkan perjuangan mereka.



“Pemimpin di peringkat akar umbi Pemuda sedia berkorban demi perjuangan. Saya bagi contoh jelajah di Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan setakat ini,  yang menyediakan urusan jamuan dan segala-galanya adalah kutipan daripada ahli-ahli kita.  Malah saya turun ke sana hanya membayar tiket kapal terbang sendiri sahaja dan tidur di rumah yang disediakan oleh Ketua Pemuda dan bukannya bermalam di hotel dan sebagainya.
“Budaya yang ada hari ini adalah budaya pengorbanan demi sebuah perjuangan yang hari ini sudah mula mengakar di dalam parti. Sebab itulah jangan ingat apabila mereka membekukan akaun,  mereka menyekat kami menyebabkan kami akan lumpuh tetapi apa yang kita dapat lihat apabila kita ditekan semangat ahli-ahli di peringkat akar umbi semakin membara dan mereka lebih tahu bahawa dengan keadaan akaun tidak ada…duit tidak ada  mereka masih bersemangat untuk berjuang. Itu yang saya dapat lihat setakat jelajah hari ini,” katanya.-MediaUMNO

default

PEMUDA UMNO BIDAS KENYATAAN TIDAK SENSITIF MUJAHID ISU LGBT

on Saturday, July 7, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





MENTERI AGAMA TIDAK SENSITIF.
1. Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof yang dilaporkan Malaysiakini bertarikh 6 Julai 2018. Bagi saya kenyataan itu dilihat mesra kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
2. Menurut Mujahid, tindakan hanya boleh diambil jika golongan LGBT melakukan kesalahan jenayah atau secara terang-terangan memberitahu mereka seronok dengan aktiviti LGBT.
3. Sekiranya perbuatan itu dilakukan secara sembunyi, bagi Mujahid itu adalah urusan mereka dengan Allah ﷻ . Malah pihaknya tidak akan mengambil tindakan kerana setiap individu ada ruang peribadi dan setiap warganegara mempunyai hak masing-masing.
4. Bagi saya, Mujahid tidak sensitif dengan perasaan masyarakat Malaysia terutama yang beragama Islam. Sebagai Menteri Agama, Mujahid tidak sepatutnya bersikap 'lunak' dan 'mesra' terhadap golongan LGBT.
5. Kenyataan Mujahid seolah-olah memberi 'lampu hijau' untuk golongan LGBT bergerak dengan lebih bebas dan tanpa rasa takut walaupun perbuatan itu jelas melanggar hukum syarak Islam.
6. Melihat keterbukaaan Menteri Agama, saya khuatir suatu hari nanti generasi muda terutama mereka yang beragama Islam berbangga dengan gaya hidup LGBT dan hubungan sejenis akan dianggap sebagai perkara biasa dalam masyarakat kita.
7. Bagaimana sekiranya muncul golongan yang mahu menjalinkan hubungan dengan binatang. Adakah kita akan membiarkan perbuatan itu jika dilakukan secara bersembunyi kerana ruang peribadi dan hak seorang warganegara harus dihormati?
8. Sebagai Menteri Agama, Datuk Dr. Mujahid Yusof sepatutnya bertindak dengan meningkatkan program berbentuk kesedaran kepada golongan LGBT supaya mereka meninggalkan perbuatan yang bertentangan dengan agama.
Firman Alllah ﷻ di dalam Al Quran :
"Ketika seksaan daripada Kami (ALLAH) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Lut itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang yang zalim." (Surah Hud: 82-83)
Saya juga memetik sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Al Tabarani; Daripada Abu Musa al-Ash‘ari r.a. berkata, Nabi ﷺ bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan seorang wanita melainkan mereka adalah berzina, dan tidaklah seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melainkan mereka juga (sedang) berzina.”
Saya berdoa semoga Allah ﷻ sentiasa memelihara tanahair tercinta dari segala macam bala bencana dan terhindar daripada kemurkaan Allah ﷻ.
SHAHRUL NASRUN BIN KAMARUDIN
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

default

JASA TERBESAR TINGGALAN DATUK SRI NAJIB KEPADA UMAT ISLAM

on Friday, July 6, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments

Assalamualaikum rakan2 yg dirahmati ALLAH sekalian.
Untuk pengetahuan semua bahawa Nasyrul Quran, PRECINT 14, PUTRAJAYA  (Kilang percetakan alquran kedua terbesar di dunia slps Madinah Munawarah) telah dibuka kpd org ramai. Masuk adalah percuma.

Pihak Nasyrul Alquran sgt mengalu-alukan kedatangan org ramai secara berkumpulan. Semoga kunjungan kita menjadi satu ibadah & tanda sokongan kita kpd pihak yg mertabatkan Alquran.

Alhamdulillah. Inilah jasa besar Datò Seri Najib kepada dunia Islam khususnya di Malaysia. Moga beliau beroleh ganjaran setimpal dari Allah SWT.





default

ZALIM ! AKAUN BANK CICIT TUN RAZAK PUN DIBEKU

on Thursday, July 5, 2018 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa bahawa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya, semalam.



"Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri," katanya dalam hantaran di Facebook dalam bahasa Inggeris, hari ini.

Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.


"(Ia adalah) duit 'raya’ pertamanya tahun ini," katanya.

Sementara itu, Nooryana mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk "menghapuskan" seluruh keluarganya.

"Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?" tambahnya.


default

PIHAK PENDAKWA MASIH ‘MERABA-RABA’ BUKTI- SHAFEE

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kesediaan pasukan pendakwaan dalam membawa prosiding kes melibatkan anak guamnya itu.
Beliau menyifatkan pasukan pendakwaan yang diwakili Peguam Negara Tommy Thomas mungkin masih mencari bukti berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Anggota Parlimen Pekan itu dari bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
“Kami minta Februari dan Mac untuk perbicaraan, kami mahu lagi awal kalau boleh tetapi yang peliknya orang yang tuduh tak sedia.
“Mungkin masih lagi meraba-raba cari bukti, kami tak tahu,” katanya ketika ditemui pemberita setelah selesai prosiding kes berkenaan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang prosiding kes yang melibatkan bekas presiden Umno itu.
Beliau turut berpendapat keputusan mahkamah berhubung jumlah ikat jamin sebanyak RM 1 juta itu juga lebih memihak kepada anak guamnya.
Sementara itu, Muhammad Shafee turut mengulas permohonan pihaknya yang mahukan sekatan dibuat terhadap kenyataan media oleh mana-mana individu yang disifatkan akan menganggu proses perbicaraan.
“Kita minta sekatan terhadap kenyataan media yang dibuat oleh orang-orang yang tiada kena mengena langsung dengan kes, kerana fakta yang sebenar akan dilahirkan dalam perbicaraan.
“Kalau kita bincang macam kat kedai kopi masuk dalam media, hakim pun manusia biasa walaupun dia orang yang terpelajar, dia buat fakta dan undang-undang jadi tak mahu dia pun terpengaruh dan mana-mana individu mahupun Datuk Seri Najib tidak boleh membuat sebarang komen di mana-mana media,” jelasnya yang turut menyatakan hanya laporan klinikal sahaja dibenar untuk disiarkan.
Terdahulu, Najib menghadapi tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Hakim Mohd Sofian Abd Razak membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin dan memerintahkan Najib menyerahkan dua dokumen perjalanan beliau kepada mahkamah.
Beliau kemudiannya menetapkan tarikh perbicaraan selama 19 hari dari 18 Feb sehingga 28 Feb 2019, 4 Mac sehingga 8 Mac 2019, dan 11 Mac sehingga 15 Mac 2019.

Sumber Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.