default

Anwar kantoi !! Surat dari syarikat guna kepala surat kerajaan Israel

on Friday, April 2, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

KUALA LUMPUR 1 April - Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi penipuan besar Ketua Pembangkang itu.

Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat Kerajaan Israel.

Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diminta mengulas mengenai 'senario pelik' itu berkata, beliau tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang kaki putar belit.

"Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap. Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.

"Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar belit," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com semalam.

Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco.

Selasa lalu, ketua pembangkang itu ketika memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada idea One Israel, menuntut supaya kerajaan membatalkan kontrak perkhidmatan dengan Apco.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat apa yang didakwa kononnya skandal yang mencalar maruah negara.

Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri perundingan.

"Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua Israel," jelasnya.

Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohsin Fadzli Samsuri berkata, dalam dunia yang serba canggih sekarang segalanya boleh dilakukan termasuk bagi tujuan penipuan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai tidak menolak kemungkinan penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu ada unsur penipuan bagi mencemarkan imej kerajaan.

"Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang," ujarnya.

default

Ngeh badut sarkas sudah gila tuduh polis berniat jahat

on Thursday, April 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Semalam , Koo Ham melahirkan bantahan dengan kehadiran ramai anggota dan pegawai polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan, semasa sidang DUN Perak berlangsung.

Beliau dipetik berkata: "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita".



Memang sudah gila adik beradik Nizar ini yang bernama Ngeh menuduh pihak polis akan tembak orang yang tidak mereka suka. Ini cakap pakai akal ke tak ?? Ingat negara ini pakai undang-undang kerajaan bawah pokok ke ??

PB syorkan kepada Tan Sri KPN dan polis mengambil tindakan terhadap Ngeh Sarkas ini kerana kenyataannya jelas satu fitnah jahat memburukkan imej polis . Hari ini KPN sendiri menyelar dan membidas kenyataan oleh Ngeh ini yang disifatkan beliau berniat jahat .



default

Badut Sarkas meroyan lagi....

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Pakatan Circus comes back to Ipoh !!


Nizar gengster datang menyerang Zambry

badut sarkas




Beberapa wakil pembangkang mencetuskan kekecohan sebaik sidang Dewan Undangan Negeri Perak bermula, semalam.


SEPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri.

Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai.

Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.

Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat.

Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit.

Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.

Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini?

Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.

Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

default

Dari mana Anwar dapat dokumen APCO ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

gambar surat ini dari blog Anwar

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd



Hebat Anwar kali ini dan beliau kemukakan bukti surat perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan APCO . Malah disertakan sekali dengan surat bagi membuktikan hubungan APCO dengan Israel melalui CGI ..

Persoalannya yang menjadi tanda tanya , mana Anwar dapat dokumen sulit ini terutama surat perjanjian APCO dan kerajaan Malaysia ???

Adakah rakan Anwar dalam APCO sendiri membekalkan dokumen surat perjanjian ini @ tali barut Anwar dalam kerajaan !!

Mungkinkah CIA memberi dokumen ini bagi membantu Anwar untuk memburukkan Malaysia dalam isu APCO ini ??

Tetapi jika meneliti semula dokumen-dokumen ini menurut pandangan blogger AIDC , dari segi teknikal terlalu kecil , dan tidak dapat dibaca. Kalau ini bukti yang Anwar kata untuk menuduh kerajaan , mengapa ia disiarkan dalam keadaan kabur dan sukar dibaca ?? Adakah dokumen yang boleh dikatakan layak bungkus nasi lemak ini wajar dijadikan bukti ??

baca di sini pendedahan oleh AIDC mengenai dokuman 1 Israel Anwar ini ..





default

MEB bantu usahawan bumiputra

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


KUALA LUMPUR 31 Mac - Model Ekonomi Baru (MEB) tidak mengenepikan tanggungjawabnya untuk meningkatkan dan memulihkan kapasiti usahawan bumiputera meskipun pelaksanaannya tidak menawarkan keistimewaan kepada mana-mana kaum seperti diamalkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz berkata:''Tidak wujud kuota dalam MEB tetapi apa yang kita mahu lihat adalah kapasiti perniagaan bumiputera disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan dengan lebih baik.

"Sokongan ini akan diberikan dalam bentuk penyediaan laluan teknologi dan pembiayaan kerana ini adalah bidang yang perlu terus ditingkatkan dan usahawan hanya meneruskan perniagaan tanpa perlu bimbang mengenai kekurangan yang ada,'' kata Amirsham.

Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan campur tangan dengan keputusan perniagaan usahawan, sebaliknya hanya membantu menyediakan kemudahan untuk memudahkan mereka membuat keputusan perniagaan terbaik.

Amirsham berkata, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) akan memastikan pendekatan terbaik disediakan bagi menyokong bidang yang mempunyai potensi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Beliau berkata pada taklimat media bagi memberi penjelasan lebih lanjut mengenai MEB pada Persidangan Invest Malaysia 2010, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Sekretariat NEAC, Profesor Norma Mansor, dan Pengerusi Dewan Perdagangan Amerika-Malaysia (Amcham), Datuk Nicholas Zefferys.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai keputusan MPEN tidak mengemukakan cadangan mengenai pelaksanaan gaji minimum, Amirsham berkata, tidak semestinya majlis itu akan mengemukakan cadangan yang selari dengan cadangan kerajaan.

"Kerajaan perlu memikirkan secara bijak sama ada mahu mengenakan dasar gaji minimum, kerana jika difikirkan dengan teliti, sudah pasti cadangan itu tidak akan dilaksanakan kerana pendekatan ini boleh membunuh industri.

"Pendekatan kami adalah kadar gaji perlu berasaskan kepada produktiviti," katanya.

Ditanya mengenai langkah MPEN yang seterusnya dalam menggerakkan MEB, Amirsham berkata, Pasukan Bertindak Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA) akan ditubuhkan dan akan bekerjasama dengan Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (Pemandu) untuk kenal pasti bidang pertumbuhan tinggi.

"Kami akan memastikan sesi rundingan yang menyeluruh sebelum membangunkan rangka kerja atau pelan hala tuju yang terperinci," tambah beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.