default

Apa dah jadi dengan alibi Anwar dulu ??

on Friday, February 5, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments








Oleh Cakap Pasal

Kali ini ada Blog. Pada 1998 tak ada Blog untuk membincang dan menganalisa keadaan. Maka kali ini terburai dan terbarailah segala taktik kotor dan menipu Anwar Ibrahim.

Pertama sekali taktik menipu Anwar untuk memanggil Perdana Menteri sebagai saksi sudah dibocorkan dalam Blog pada Isnin 1hb Februari, sehari sebelum Anwar sendiri mengumumkannya pada Selasa 2hb Februari.

Pada hari esoknya apabila Karpal tegur Anwar supaya jangan membuat kenyataan yang boleh ganggu pembelaan kes, teguran Karpal itu juga disiarkan almost instantly dalam Blog. Sekarang Blog tersangat pantas sebarkan semua maklumat – jadi bagi anak haram seperti Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah, yang sanggup menipu dan membohongi anak sendiri, penyokong dan seluruh rakyat Malaysia – Blog adalah bejana pembawa berita maut.

Kalau awak bohong dan menipu, siap lah awak. Blog akan siat-siat segala penipuan awak berdua. Percayalah.

Pembelaan kes Anwar kali ini tidak mainkan lagu konspirasi kuat sangat. Lagu itu sudah basi. Kali ini Anwar main lagu ’alibi’. Anwar kata pada waktu dia dituduh meliwat Saiful, dia berada dalam mesyuarat atau perjumpaan bersama beberapa orang penyokongnya. Ini adalah satu lagi pembohongan Anwar.

Tetapi kali ini pembohongan Anwar melibatkan orang lain pula – "alibi" bodoh yang sanggup dipermainkan Anwar sehingga boleh masuk penjara. Sebab, itulah balasannya mengikut undang-undang jika seseorang "alibi" memberi keterangan palsu dalam mahkamah. Membohong dalam mahkamah disebut ‘perjury’ dan jika disabit kesalahan, boleh dipenjara 10 tahun. Jadi saksi ‘alibi’ Anwar semua elok sedar akan perkara ini – jangan pula masuk penjara 10 tahun. Untuk apa brader ? To save Anwar’s sodomy backside ?

Ceritanya begini. Semalam Karpal telah bantah apabila tuduhan tertulis menyatakan waktu berlaku liwat antara 3:00 pm dan 4:30 pm. Karpal kata Laporan Polis sebut ‘sekitar 6 petang’ – jadi Karpal hendak kes digugurkan atas sebab teknikal ini.

Hakim batalkan bantahan Karpal kerana waktu yang tersebut dalam tuduhan tertulis oleh Pendakwaraya (3:00 - 4:30 pm) adalah hasil siasatan dan kajian Polis dan Pendakwa, manakala Laporan Polis hanya tulisan Saiful seorang di Balai Polis.

Ikut keterangan Saiful, Anwar telah menyuruhnya pergi ke kondominium pada pukul 2:30 pm. Tetapi Saiful tiba pada 3:00 pm (lewat setengah jam). Saiful berkata pada masa itu Anwar berada berseorangan saja – dan sedang makan. Alibi semua tidak ada. Anwar telah meliwat Saiful selepas pukul 3:00 dan kemudian Saiful pun keluar daripada kondominium kira-kira pukul 4:00 pm.

Jadi masa ini menepati tuduhan tertulis dalam mahkamah yang menyebut waktu berlaku liwat adalah antara 3:00 – 4:30 pm.

Soalannya cepu mas ialah bilakah Anwar bermesyuarat dengan ‘alibi’ nya?

Alibi yang sanggup membohong tiada pilihan melainkan berbohong bahawa mereka telah berjumpa dengan Anwar pada waktu yang sama juga ia itu 3:00 – 4:00 pm.

Dan jika Anwar berjumpa ‘alibi’ antara 4:30 pm dan 6:00 pm (setelah meliwat Saiful antara 3:00 – 4:00 pm) itu bermaksud LANGSUNG TIDAK ADA ALIBI.

Bagaimanakah kita boleh tahu perkara sebenarnya? Pita rakaman cctv di kondominium akan menunjukkan waktu Anwar masuk kondominium, waktu Saiful masuk kondominium, waktu ‘alibi’ masuk kondominium (jika ada) dsbnya. Semuanya sudah dirakam.

Jadi jika ‘alibi’ Anwar sanggup memberi persaksian palsu di mahkamah bahawa mereka berada bersama Anwar antara 3:00 – 4:00 pm dan cctv serta saksi lain boleh buktikan hal yang lain pula, mereka boleh disabitkan kesalahan membohong dalam mahkamah atau ‘perjury’ dan dipenjarakan selama 10 tahun.


Siapakah 'alibi' utama Anwar Ibrahim? Sila baca transkrip bicara kes semalam :
Watching Brief: Peguam Kailesh (for Prof. Dr. M. Ariff). Alibi No 1 untuk Anwar adalah Prof Dr Mohamed Ariff, Pengarah Eksekutif MIER (institusi Kerajaan).
Maksudnya Prof Ariff mengkhianati negara juga. Saiful juga ceritakan pasal Prof Dr Ariff :
Q: Jika diingatkan apakah AI bagitau pada 26 Jun 2008, jam 10.30 pagi? Saiful : AI ingatkan saya kembali untuk datang ke kondo tersebut dan kedua bagitahu tentang mesyuarat dengan Prof Ariff pada jam 12 di Condo Desa Damansara di rumah En Hassanuddin. Q: Kondo di mana? Saiful : Unit lain 1152
Jadi 'alibi' Prof Dr Mohd Ariff sepatutnya jumpa Anwar jam 12:00pm di unit 1152. Saiful pula diliwat Anwar di Unit 1151 !!

Habis macam mana Prof Ariff nak kata dia bersama Anwar di unit 1152 dari pukul 3:00 - 4:00 pm pada hal Anwar bersama Saiful di unit 1151 pada masa itu? Apa bukti Prof Mohd. Ariff? Rakaman CCTV pula macam mana?

Silap-silap boleh masuk penjara Prof.

Jaga- jaga bersama aku,
Bila berasmara atas bangku,
Silap silap lihat waktu,
Nanti ditikam pula oleh paku.

sumber : the unspinners

baca juga laporan lengkap dari mahkamah hari ke 2

default

Liwat : 2 paku yang paling ditakuti Anwar

on Tuesday, February 2, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Kes Liwat Anwar Ibrahim

Oleh Lebah Kota, Malaysia Instinct

Ketika rencana ini mula ditulis, perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ke atas bekas pembantunya yang berumur 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan belum berjalan lagi.

Tarikh 2 Februari 2010 sepatutnya menjadi permulaan kepada kes perbicaraan liwat itu yang pertama kali dibawa ke mahkamah pada 7 Ogos 2008.

Sejak pada tarikh asal itu, penanguhan demi penanguhan berlaku dengan barisan peguam Anwar menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan kes liwat itu sama ada ditolak daripada dibicarakan atau dibuang kes atas sebab teknikal.


Sebenarnya, seperti tajuk di atas, beberapa pihak telah memberitahu penulis akan dua aspek bukti atau 'paku' dalam kes ini yang sangat merisaukan Anwar.

Pertamanya, apabila perbicaraan itu bermula kelak, maka Saiful akan dipanggil juga pada satu peringkat untuk memberikan penjelasan dan menceritakan bagaimana dia diliwat oleh Anwar.

Apabila Saiful mula menceritakan secara terperinci apa yang terjadi ke atas dirinya, maka ketika itu rakyat akan dapat menilai sendiri bahawa kes liwat itu benar-benar berlaku.

Cerita rekaan dan cerita sebenar banyak beza.

Cerita yang direka walaupun dengan bantuan pakar seperti pakar psikologi sekalipun, pasti akan nampak kelemahannya terutama apabila ia disoal balas dan dipertikaikan oleh peguam bela.

Namun, jika cerita yang terbit itu cerita yang sebenar, maka kebenaran itu akan terpancar.

Itulah yang paling dibimbangkan oleh Anwar. Di mana dia hendak letak mukanya kelak apabila Saiful mula menceritakan secara panjang lebar dan mendalaman bagaimana di diliwat Anwar.

Justeru, pengalaman Saiful diliwat yang akan diceritakan di mahkamah akan menjadi salah satu 'paku' yang akan memaku Anwar kelak.

Paku kedua pula ada berkait dengan bahan bukti yang akan dibawa pihak pendakwaan.

Salah satu bukti itu dikatakan melibatkan pengesahan bukti DNA Anwar yang didapati daripada dubur Saiful (bukti berlaku penetrasi) .

Yang menakutkan Anwar ialah, bukti DNA itu bukan hanya disahkan oleh makmal perubatan negara ini, tetapi satu sampel yang sama dibuktikan oleh makmal perubatan luar negara.

Maknanya, bukti kewujudan DNA Anwar tidak hanya dari satu sumber tetapi dari dua sumber.

Kalau Lebah Kota tidak silap, pihak kedua yang mengesahkan kewujudan DNA Anwar dalam Saiful ialah sebuah makmal perubatan daripada Amerika Syarikat (Negara idola Anwar).

Makmal ini dikatakan mempunyai reputasi ketepatan analisa yang amat sukar untuk dipersoalkan.

Ada pihak memberitahu penulis, bukti oleh makmal di AS itulah yang menjadi punca mengapa pentadbiran Obama langsung tidak memberikan sebarang reaksi atau komen berhubung kes liwat Anwar yang terbaru ini.

Ini amat berbeza dengan pentadbiran AS dahulu yang banyak memberikan kenyataan dan sokongan kepada Anwar ketika dia melalui kes liwat yang pertama.

Namun, kewujudan bukti yang amat kukuh kali ini menyebabkian pentadbiran tertinggi di AS tidak mahu campur tangan.

Mereka membiarkan mahkamah menjalankan urusannya seperti yang perlu.

Dua paku di atas dikatakan menjadi punca ketakutan yang amat besar dalam diri Anwar.

Inilah antara perkara yang menyebabkan Anwar begitu beriya-iya mahu memastikan kes liwat melibatkan dirinya itu tidak dibicarakan.

Namun, Anwar dan barisan peguamnya hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT jugalah yang menjadi penentunya.

Apa pun, kes liwat Anwar kali ini dikatakan banyak pihak sebagai lebih kukuh berbanding kes dahulu.

Banyak bukti-bukti dan fakta-fakta yang akan diketengahkan barisan pendakwaraya dan pastinya himpunan 13 peguam Anwar akan berpeluh jantan bagi mempertahankan anak guam mereka.

Sama-samalah kita nantikan dan nilai sendiri perjalanan kes berkenaan kelak. Kebenaran sama ada Saiful diliwat atau tidak akan timbul dengan sendirinya.

default

Hari pertama kes liwat, Malaysiakini over sangat angkat Anwar mantan Perdana Menteri Malaysia !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

haha haha .. apa ke jadahnya pengampu kuat Al Juburi ini iaitu portal MalaysiaKini angkat beliau sebagai Mantan Perdana Menteri Malaysia ?? Kepada Editor Malaysiakini , lu tak check ka ayat lu punya wartawan ke ??? Nak mengampu Anwar pun agak2 la dan aku nak tanya Anwar ini Perdana Menteri Malaysia yang berapa ??Sejak bila dia angkat sumpah ?? dalam mimpi kot ..haha memang bangang dan bahalol Malaysiakini ini ..haha

Kalau macam inilah gaya penulisan haprak , memang portal ini standard 2 X 5 saja dengan harakah sehingga dituduh haprak daily dan penipu . hahaha






default

Menjelang perbicaraan kes liwat Anwar , tunda lagi ke ??

on Monday, February 1, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Anwar guna member dari US beri tekanan kepada mahkamah



Anwar kini semakin tertekan akibat dari tarikh perbicaraannya yang semakin hampir. Setelah segala usaha penangguhan dilakukan di pihak Anwar, apakah kita akan menyaksikan satu lagi "drama" penangguhan pada 2 Februari ini?

Rakyat negara ini semakin jelas melihat "wajah" Anwar yang lagi satu disebalik seribu topeng yang ada padanya selama ini.

Anwar kini semakin menunjukkan kerakusannya didalam memusnahkan imej serta kemakmuran masyarakat negara ini dengan pelbagai provokasi politik demi hawa nafsunya sendiri. Kerakusannya "dikatil villa" mahupun dipentas politik semakin terdedah satu persatu.

Anwar kini dilihat sebaris dengan individu-individu yang berimej gila kuasa, egoistik, hipokrit dan korup yang pernah wujud dimuka bumi ini.Cuma satu kelebihan yang perlu ditambah didalam profil resume Anwar iaitu homoseksual.

Anwar yang pernah disanjung oleh pelbagai lapisan masyarakat dinegara ini sewaktu awal gandingannya dengan Tun Mahathir, kini telah menjadi seorang yang amat bacul didalam menghadapi kemelut kes liwatnya.

Demi survivalnya didalam politik, Anwar telah mengasimilasikan dirinya menjadi seorang penipu, pendusta, batu api, dan tanpa ragu-ragu merosakkan ukhwah umat melayu/islam dan juga kerukunan rakyat Malaysia.

Ucapan berapi-api dipentas ceramah politik dan pidato ala Soekarno Anwar semakin dipandang sepi oleh masyarakat yang semakin celik dari segala tipu dayanya. Anwar tidak dapat berselindung lagi disebalik wajah MADANI yang pernah menaikkan imejnya dahulu.

Semakin ramai rakyat negara ini yang yang sedar tentang kebenaran tuduhan tingkah laku sumbang ajaran sonsang amalan kaum Luth a.s yang menjadi rutin hidup Anwar. Rakyat juga telah mula jelas dengan kerakusan penyalahgunaan kuasa dan sikap diktator didalam kepimpinan manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Tak perlu lagi Anwar melakonkan adegan bertaraf "anugerah Grammy" bagi menyimpangkan kemelut permasalahan yang membelenggu dirinya. Tak perlu lagi Anwar mengatur strategi halus reformasi melalui ucapan-ucapan menghentam kerajaan kerana temberangnya kali ini tidak mempunyai nilai lagi.

Anwar tidak lagi boleh memandang rendah tentang kemampuan generasi baru negara ini didalam membuat penilaian terhadap karektor dirinya.

Allah itu Maha Kaya. Dia memperlihatkan segala perlakuan putarbelit pengkhianat bangsa ini satu demi satu tanpa disedari.

Amat menghairankan sekali, manusia yang bernama Anwar Ibrahim ini begitu takut sekali untuk bersumpah dengan nama Allah SWT demi membuktikan dia benar-benar bersih dari segala tuduhan.

Sebagai seorang Islam, mudah sahaja untuk Anwar meyakinkan dan menarik sokongan daripada umat Islam terutamanya penganut taksub Pas. Ikut sahaja seperti Saiful Bukhari Azlan, sumpah sahaja diatas kemuliaan Al Quran dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wataalahi.

Anwar yang sebelum ini sering berdamping dengan "tokoh islam" sedunia serta bersahabat dengan mufti-mufti hebat di negara Islam seluruh dunia tentu sedar akan hal ini.

Namun, setelah beberapa kali didesak oleh "peminat" dan juga penyokong tegarnya untuk melakukan sumpah muhaballah secara Islam, Anwar masih lagi membisu seribu bahasa dan menyalahkan ulamak yang kononnya tidak membenarkan dia bersumpah.

Apakah Syeikh Anwar ini takut kerana dia tahu bahawa sumpah tidak boleh dipermainkan? Ataupun dia sedar bahawa azab yang pedih di dunia dan di akhirat menantinya jika dia bersumpah?

Tak usahlah menyalahkan orang lain diatas tuduhan yang dihadapi wahai Anwar. Kamu sendiri sebenarnya telah menjatuhkan hukuman terhadap diri sendiri sebelum perbicaraan dimulakan.

sumber : che wan

link

Anwar beri tekanan kepada mahkamah guna kawan-kawan dari CIA
Rakyat sudah muka, Anwar perlu hadapi perbicaraan

default

Mengapa sehingga sebulan putus tindakan terhadap Zul dan Zahrain

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Jawatankuasa disiplin PKR menetapkan tempoh selama sebulan untuk meneliti tindakan yang akan diambil ke atas dua orang wakil rakyatnya - Zulkifli Noordin (Kulim) dan Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru).

Ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mengulas tempoh yang panjang itu bagaimanapun berkata, ia tidak bermaksud parti itu tidak serius dalam menangani tindakan wakil berkenaan.

Jelasnya, PKR membantah tindakan Zahrain menyerang ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilihat sebagai satu perbuatan yang keterlaluan.

Tambahnya, jawatankuasa disiplin telahpun mengadakan mesyuarat pertama bagi meneliti perkara itu.

"Kita dengar pandangan (dalam mesyuarat) supaya parti ambil tindakan keras dan segera. Tapi kita dalam PKR dan Pakatan Rakyat mesti tunduk kepada peraturan dan perlembagaan parti.

"Juga kita perlu beri peluang kepada orang itu untuk bela dirinya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR di Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya hari ini.klik di sini selanjutnya

Komen PB

Adakah ini drama dan wayang pelakon2 terbaik didikan Anwar Ibrahim ?? Persoalannya mengapa sehingga sebulan baru diputuskan tindakan terhadap dua orang pemimpin ini ?? Adakah episod ini sama seperti berlaku kepada Ratu Bogel Elizabeth yang diberi cuti yang lama da akhirnya tiada pun tindakan dikenakan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.