AKHBAR UK KAITKAN ANWAR & KAPTEN #MH370 , MENGAPA KERAJAAN BN DITUDUH ?? @khairykj

on Tuesday, March 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyelar laporan media asing, CNN yang memberi gambaran bahawa kerajaan dipimpin Barisan Nasional cuba mengaitkan juruterbang MH370, Kaptem Zaharie Ahmad Shah dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO mengecam usaha untuk mengaitkan BN dengan teori dan motif politik dengan Zaharie.

"BN tidak pernah membuat kaitan politik antara Zaharie dan PKR walaupun sudah diketahui umum beliau menyokong PKR seperti yang didedahkan oleh Sivarasa sendiri.

"Yang sensasikan perkara ini akhbar United Kingdom, Daily Mail. Takkan itu pun salah BN-UMNO? Anwar kata, maklumat mengenai kecenderungan politik Zairie dibocorkan oleh BN. Hello? Sivarasa yang dedahkan perkara itu dalam tweet beliau dua hari selepas insiden berlaku,' tegas Khairy.

Menurut beliau, BN menghormati perasaan keluarga Zaharie dan tidak pernah mengaitkan motif politik dengan juruterbang MH370 tersebut.

"Yang mengambil kesempatan berpolitik sekarang bukannya BN, tetapi Anwar yang sentiasa cuba menjadi mangsa.

"Cukuplah Anwar. Tak perlu fitnah. Kamu yang sebenranya tidak menghormati Zaharie dengan 'spin' yang cukup tidak bertanggungjawab ini," kata Khairy.-UTUSAN ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.