GAMIS balaci PAS mahu saman orang pulak

on Friday, November 26, 2010 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) memberi kata dua kepada Saudara Norhisyam Mohamad dari Alor Star, Kedah sama ada mahu memohon maaf dan menarik balik cerita fitnah terhadap GAMIS atau berdepan dengan tindakan perundangan ekoran kenyataannya semalam.

“GAMIS menuntut Norhisyam menarik balik fitnah yang diciptanya itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari,” kata Ketua Penerangan GAMIS pusat Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusof berkata sekiranya Norhisyam enggan menarik balik fitnah itu, GAMIS akan mengarahkan semua organisasi GAMIS negeri dan mahasiswa Islam untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau.

Dalam kenyataannya di ruangan Varsiti, akhbar Berita Harian bertarikh 25 nov, Norhisyam menyatakan GAMIS menggunakan ‘Islam’ untuk mempengaruhi dan memperbodohkan segolongan mahasiswa memperjudikan masa depan mahasiswa hanya untuk menjayakan agenda politik sesat PAS.

Mohd Yusof menambah kenyataan Norhisyam itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan GAMIS kepada mahasiswa dan rakyat keseluruhannya.

Tuduhan bahawa GAMIS ialah gerakan mahasiswa pendokong PAS nombor satu juga kata Mohd Yusof, sengaja direka bagi menunjukan bahawa GAMIS ini di pandang serong oleh beberapa pihak.

“Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik GAMIS sebagai sebuah peneraju gerakan mahasiswa Islam. Norhisyam juga menyatakan PAS membawa politik sesat, mungkin PAS juga perlu menjawabnya.” ujarnya










Komen PB

Hebat betul Gamis yang menjadi alat kepada parti khawarij PAS . GAMIS tak perlu lah menafikan lagi pembabitan mereka dengan PAS. Di PRK Galas sendiri , siapa yang support GAMIS di sana ? Setiap pagi budak budak Gamis bersama briged muslimat & muslimah PAS keluar berkempen di sana siap bawa risalah lagi .

Hang pa ini memang balaci PAS terang -terang yang dok di universiti mempergaruhi pelajar2 . Hari ini nampak semakin lantang , dan mahu saman orang pulak ... hebat betul GAMIS ini , sebuah NGO student sahaja tetapi gempak sehingga nak saman orang . Tengok la sapa dibelakang mereka ...

Mak bapak hantar pi universiti untuk bawa balik segulung ijazah untuk bantu keluarga , tetapi budak2 ini dok pi jadi balaci PAS di pilihanraya.







3 Responses

  1. kambing lg wangi says:

    hamis btul. geng2 ni pakai jubah dgn vest murah.murahan btul!

  2. biasalah saudara..budak belaan pas semuanya jadi penipu pemfitnah..kalau budak belaan pkr pula suka menjubur..budak belaan dap pulak rakus makan tanah orang melayu.

  3. Diharap kepada geng GAMIS tak usahlah menjadi alat kepada golongan orang politik, belajar lah betul-betul.
    Semasa di PRK Dun Galas, tempoh hari, ada diantara kumpulan ini yang memmakai t-shirt yang bercop ANAK iaitu kumpulan yang ditubohkan oleh Pas untuk menyerang Felda yang diketuai oleh Mazlan Aliman. Jadi tak payahlah buat alasan mengatakan GAMIS tidak bersetongkol dengan Pas.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.