PERIKATAN NASIONAL KECEWA?
Di sebalik perbentangan RUU Anti Lompat Parti oleh PM hari ini di Parlimen dan MOU antara kerajaan dengan PH tidak disambung , tentu gambar pertemuan Top 5 UMNO menjadi spekulasi hangat .
Biarpun ada pihak menyatakan PRU15 tahun hadapan disebabkan kenyataaan PM hari ni banyak lagi perlu diselesaikan sebelum bubar parlimen
Tapi keputusan tidak menyambung MOU dengan PH membuktikan PM telah melaksanakan apa yang telah diputuskan MKT UMNO
Ini merupakan signal jelas step & jalan menuju ke PRU15 adalah on track
Tentang gambar pertemuan Top 5 ini hari ini tentunya membincangkan mengenai tentang perkembangan terkini persediaan parti dan PRU15;
TASEK GELUGOR, 25 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluahkan kesyukuran apabila melihat kekuatan jentera Pulau Pinang yang bersemangat melakukan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Katanya, meskipun negeri ini ditadbir oleh Dap di bawah Pakatan Harapan (PH) namun jentera parti gabungan ini tidak berputus asa bagi memastikan pulau mutiara ini mencipta sejarah kembali kepada BN.
“Meskipun negeri pembangkang tapi semangat ditunjukkan dengan winning mentality yang ada pada semua, insya-Allah… kena ingat seperti mana yang disebut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan kata politik tidak ada satu yang mustahil.
“Kita berbangga dengan usaha yang dilakukan sejak pagi ke petang ditunjukkan satu komitmen sangat tinggi untuk kita pastikan bahawa pilihan raya akan datang BN akan capai kemenangan.
“Bukan hanya peringkat nasional sama-sama doakan negeri Pulau Pinang mencipta satu sejarah baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Pelancaran Jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN Pulau Pinang yang berlangsung di Pusat Konvensyen Perda, Tasek Gelugor dihadiri Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi BN Pulau Pinang merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Musa Sheikh Fadzir, semalam.
Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan serta kepimpinan lain.
Sementara itu, Musa menerusi ucapan beliau juga berkata bahawa BN negeri telah melaksanakan gerak kerja sebaiknya bagi menghadapi PRU-15.
Menurut beliau, semangat dalam kalangan jentera akar umbi juga pada tahap terbaik walaupun pelbagai pihak mahu melihat parti-parti dalam gabungan ini terkubur terutama selepas kekalahan pada PRU-14 lalu.
“Ada orang kata nak kuburkan UMNO, MCA, MIC tapi kita lihat PRU-15 hendak kuburkan siapa… insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan ini kita akan teruskan untuk pastikan bahawa BN akan peroleh kemenangan cemerlang.
“Dengan adanya pelancaran ini kita akan balik ke pusat daerah mengundi (PDM) masing-masing dan menjalankan tugas… saya yakin dan percaya jentera PRU BN Pulau Pinang telah pun bersiap sedia,” ujar beliau. – UMNO Online
Kenyataan Pengarah Pilihanraya UMNO Tok Mat Hassan hari ini di Alor Setar bahawa mungkin BN tidak bergerak solo dalam PRU15 tidak mengejutkan . Selama ini BN bertanding pun dalam khemah besar bersama komponen dari Sabah dan Sarawak bagi membentuk kerajaan .
Kata Tok Mat ia bergantung kepada situasi dan kecenderungan untuk menang .
Saya yakin Tok Mat juga mengetahui lebih detail laporan kemampuan lokaliti Parlimen dan negeri itu sendiri untuk menang jika bergerak solo .
Mungkin kah hasil congakan dan formula untuk menang BN di beberapa Parlimen dan negeri masih memerlukan kerjasama MN ?
Contoh di Kedah sendiri kita tahu kekuatan PAS walaupun ada MB yang gedebe dan popular ..
Pulau Pinang pulak ramai undi Melayu berpecah kepada PH , PAS dan BN ...
hanya kerjasama MN dilihat mampu melakar kejutan di P.Pinang sekurang kuranya menambah kerusi ADUN pembangkang .
Selangor juga berdepan senario yang sama di P.Pinang .
Menurut sumber sahabat saya , Tok Mat ini hang pa tak boleh kencing cakap boleh menang dengan kajian ini semua .. dia pun ada data ..
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan keputusan untuk bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan berubah mengikut situasi semasa dan kecenderungan untuk menang.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, berkata keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah.
Bagaimanapun, katanya, pendirian BN untuk bersendirian menghadapi PRU-15 setakat hari ini masih kekal.
"Pada ketika ini parti sudah buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.
"Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian UMNO Kedah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, UMNO kini sedang membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan bulan depan.
Beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan dalam parti terlebih dulu sebelum kajian kedudukan setiap negeri diperhalusi.
"Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap PAS menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.
"Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan, namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah," katanya.
Mohamad berkata, laporan setiap UMNO Bahagian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri untuk memastikan sama ada UMNO sudah bersedia atau sebaliknya untuk menghadapi PRU-15.
"Ramai orang kata mahu adakan PRU-15, tetapi adakah parti sudah bersedia. Inilah laporan yang akan menyatakan kesediaan parti, supaya kita jangan tersalah langkah.
Pemilihan calon belum kita bincang lagi," katanya.
Beliau berkata, selepas Perlis dan Kedah, siri jelajah akan diteruskan ke Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak sehingga selesai semua negeri.
sumber : Berita Harian