default

MENGAPA THAILAND NEGARA PENGELUAR MINYAK TAPI HARGA MAHAL BERBANDING MALAYSIA ?

on Friday, November 24, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ramai netizen berhujah:
Thailand bukan negara pengeluar minyak.
Tapi hakikatnya Thailand juga keluarkan minyak hampir bersamaan dengan Malaysia TETAPI HARGA JUALAN NYA HAMPIR 2 X ganda Malaysia.
RM4.30 vs RM2.30
Income per kapita nya SETENGAH DARI KITA:
Thailand: USD 5,900
Malaysia: USD 10,150 (worldbank)
GDP:
Thailand: USD400b vs Malaysia: USD300b
population: ORANG NYA 2 X RAMAI DARI KITA:
Thailand: 69 juta vs Malaysia: 31 juta
MENGAPA KITA TAK BERSYUKUR????

default

KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN DAP DI BAWA PERWAKILAN P.PINANG KE #PAU2017

on Tuesday, November 21, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




GEORGE TOWN, 21 Nov – Kelemahan pentadbiran kerajaan Dap Pulau Pinang selama 10 tahun antara isu akan diberi perhatian oleh UMNO Pulau Pinang pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada awal bulan ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perkara itu perlu dikongsi dengan perwakilan UMNO seluruh negara untuk dijadikan iktibar daripada pengalaman rakyat Pulau Pinang.
“Kami mahu membawa satu mesej bahawa perubahan kerajaan (di peringkat negeri dan persekutuan) tidak semestinya akan membawa kebaikan kepada rakyat malah boleh menyebabkan kemudaratan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Industri 4.0 di sini, hari ini.
Beliau berkata perwakilan Pulau Pinang akan membentangkan isu itu supaya pentadbiran negeri-negeri lain akan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi di negeri ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung pada 5 sehingga 9 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Zainal Abidin berkata beliau mengharapkan perhimpunan itu dapat memberi suntikan semangat baharu kepada semua anggota parti untuk memantap dan memperkuat jentera menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dalam memastikan kemenangan BN.
Beliau juga berkata Badan Perhubungan UMNO negeri telah memilih tiga jurucakap untuk mewakili UMNO Pulau Pinang pada perhimpunan agung iaitu Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UUMNO Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abdul Rahim untuk membahaskan usul ekonomi; dan Ketua Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Nashrol Hisham Abdullah untuk membahaskan usul agama.
“Tiga jurucakap ini akan membawa suara akar umbi bahagian-bahagian UMNO Pulau Pinang dengan harapan bahawa para perwakilan ini dapat membakar semangat anggota parti dalam persediaan terakhir menghadapi PRU14,” katanya.
Beliau turut menyeru semua anggota parti untuk terus setia dan jujur pada perjuangan parti yang banyak berjasa kepada mereka.

default

ORANG ORANG MISKIN HARI INI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






ORANG ORANG MISKIN HARI INI

Orang-orang miskin hari ini..
Hisap rokok Dunhill RM17 sekotak atau paling lekeh Chesterfiled yang sama harga dengan sekilo Ikan Kembung dimakan sekeluarga..

Orang-orang miskin hari ini..
Kusam bukan sebarang kusam, gaya lusuh 501 original. Melepak di Starbuck dan Coffee Bean di awal bulan, hujung bulannya di restoran-restoran mamak sehingga larut malam..

Orang-orang miskin hari ini..
Suka bergosip hal wang negara yang berbillion lesap di Facebook, Twitter dan WhatsApp dengan fon keluaran Apple atau pun Samsung edisi terkini sambil mengomen gambar-gambar selfie perempuan seksi di Instagram..




Orang-orang miskin hari ini..
Mereka tidak suka menonton TV3 atau RTM, tidak juga membaca Berita Harian atau Utusan Malaysia. Kata mereka, itu saluran propaganda kerajaan yang menindas rakyat bawahan seperti mereka. Bacaan mereka portal MalaysiaKini, Wall Street Journal atau Sarawak Repot. Mereka pelanggan Astro yang merungut harga petrol naik lagi minggu ini sebanyak 7 sen seliter..

Orang-orang miskin hari ini..
Memacu kereta keluaran Jepun atau Eropah..walau pun terpakai di negara asal, yang dibayar secara ansuran kepada bank selama 9 tahun yang kini sudah 3 bulan tertunggak..

Dan katanya negara ini banyak hutang dan bakal bankrap seperti Greece pada bulan September 2015 yang sehingga kini masih belum bankrap..

Mereka ini adalah orang-orang miskin di dalam negara yang kian ditawan oleh pendatang Indonesia, Myanmar, Nepal, Bangladesh dan Filipina..

Merekalah Orang-orang miskin hari ini

Nukilan asal: Azman Hussin

default

VIRAL WHASAPP FAKTA HARGA MINYAK ADALAH PENIPUAN / FAKE NEWS

on Monday, November 20, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Berikutan kenaikan harga bahan bakar Ron95 (RM0.07), Ron97 (RM0.06) dan Diesel (RM0.05) dapat dilihat sebahagian daripada netizen mula menyuarakan ketidak puasan hati berkaitan kenaikan yang diumumkan setiap Rabu itu.

Kebanyakan kumpulan aplikasi Whatsapp dihujani dengan pelbagai perkongsian yang kononnya "berfakta" untuk menyalahkan dan menimbulkan rasa kurang senang rakyat terhadap kerajaan.


Lebih menjengkelkan, di akhir pesanan yang dikongsikan itu, pembaca diminta untuk turut sama menyebarkan pembohongan yang direka-reka itu.

Bagi yang kurang membaca dan tidak melakukan sebarang semakan, tanpa ragu-ragu dan merasakan bahawa kerajaan sediada telah bertindak zalim kepada rakyat, mereka lantas membantu menyebarkan fitnah tersebut tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Jika diteliti dari pesanan yang dikongsikan tersebut, pencetus pesanan itu memang hebat bermain dengan angka dan mudah untuk membuatkan sebahagian yang kurang mengkaji, untuk percaya tanpa usul periksa.

Namun begitu, bagi yang gemar melakukan semakan sebelum mengetik butang kongsi, mereka pasti berupaya untuk menghidu penipuan licik yang cuba dimainkan. Lihat sahaja perbandingan harga diantara Dollar Amerika berbanding Ringgit Malaysia seperti yang digarapkan melalui pesanan tersebut.

Ayuh lakukan sedikit semakan berkaitan kadar tukaran matawang;

$75.58 = RM253.44?
  • Hitungkan semula kadar tukaran yang dikongsikan, dan anda akan dapati hasilnya adalah setiap $1 adalah bersamaan dengan RM3.53.
  • Semak kadar tukaran semasa diantara nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika dan anda akan mendapati ia adalah pada kadaran RM4.16 berbanding $1 (pada 19 November 2017).
  • Sekiranya benar harga setong harga minyak dunia pada masa sekarang adalah pada harga $75.58, darabkan pula dengan kadar tukaran wang asing semasa negara iaitu pada kadar RM4.16, maka anda akan mendapati hasilnya amat berbeza dengan jumlah yang diberikan. Jumlah sebenar untuk setong minyak (berdasarkan harga dalam Dollar Amerika yang dikongsikan) adalah RM314.41, manakala jumlah yang dipaparkan melalui rekaan pesanan whatsapp tersebut adalah sebanyak RM253.44. Ini adalah penipuan pertama.

Jika dikaji dengan lebih mendalam dengan melakukan sedikit pengiraan, kadar tukaran matawang yang digunakan melalui pesanan itu, ia menunjukkan $75.58 = RM253.44, maka untuk setiap 1 Dollar Amerika adalah bersamaan dengan RM3.53.

Berdasarkan kadar tukaran $1 adalah bersamaan RM3.53, dapat dilihat penulis pesanan tersebut sememangnya berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat. Semakan mendapati, kali terakhir Ringgit berada pada kadar RM3.53 berbanding Dollar Amerika adalah pada 5 Januari 2015 (klik url di bawah gambar untuk terus ke laman web sumber).

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=stats_exchangerates&lang=en&StartMth=1&StartYr=2014&EndMth=11&EndYr=2017&sess_time=1200&pricetype=Mid&unit=rm

Apa rasionalnya membandingkan harga minyak semasa dan disandarkan dengan nilai tukaran matawang pada tarikh 5 Januari 2015? Jawapannya mudah, ianya hanya bertujuan untuk menipu dan membuatkan rakyat terasa seperti sedang dizalimi walaupun pada dasarnya tidak.

Cukup sahaja setakat itu kita mengkaji pesanan tersebut tanpa perlu mengkajinya sehingga habis kerana dari sejak awal ia dipenuhi dengan penipuan berangka.


HARGA MINYAK TURUN SELEPAS RAKYAT BOIKOT?


Hari ini, tular pula sekeping "screenshot" yang kononnya kerajaan Jerman terpaksa tunduk terhadap desakan yang dibuat rakyatnya berkaitan kenaikan harga minyak dengan meninggalkan ribuan kenderaan ditengah jalanraya sebagai tanda protes.

Melalui status itu, turut dikongsikan sekeping gambar bagi tujuan memperkukuhkan dakwaan itu.

Tetapi tahukah anda, gambar tersebut sebenarnya diambil dari insiden kesesakan lalulintas yang terjadi di negara China dan memakan masa sehingga 12 hari pada Julai 2015?

Berikut adalah laporan berkaitan insiden tersebut (klik url di bawah gambar untuk baca artikel penuh);

https://wheelers.me/en/cars/blog/the-world-s-worst-traffic-jam-lasting-12-days-over-100-km

Inilah gerak kerja yang sering dilakukan oleh pengamal media pro pembangkang untuk mencipta kebencian rakyat terhadap pemerintah. Selepas penipuan pertama terbongkar, mereka akan menyebarkan penipuan kedua.

Bagi yang cerdik dan tidak tergopoh gapah dalam mengongsikan apa yang diterima sebelum mendapatkan kepastian terlebih dahulu, mereka terselamat dari turut sama bersubahat menyebarkan fitnah. Manakal bagi sebahagian yang lain, mereka merasakan diri merekalah penyelamat rakyat walaupun apa yang disebarkan itu sebenarnya adalah satu penipuan.

default

KDNK 6.2 % BUKTI EKONOMI NEGARA BAIK BUKAN CAKAP RETORIK

on Saturday, November 18, 2017 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Apa lagi netizen nak kata tentang ekonomi negara ??

  Kalau setakat bercakap rakyat semakin sengsara dan tidak mampu lagi berbelanja  ekoran harga minyak naik dan nilai Ringgit , baca laporan oleh BNM ini .

Kerana rakyat di negara ini mampu berbelanjalah dalam negara juga menyumbang kepada pencapaian selain faktor lain seperti pelaburan masuk asing ( FDI ).


Tahniah kerajaan BN dipimpin oleh YAB PM ... pengurusan ekonomi negara berada di landasan betul !!










Ekonomi Malaysia Paling Cepat Berkembang Dalam Lebih Dari 3 Tahun
Tulisan asal oleh:
Bloomberg, 17 November 2017
Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar terpantas dalam lebih daripada tiga tahun pada suku ketiga, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan sektor perkilangan yang mendapat manfaat daripada perdagangan global yang berkembang pesat.
Perkara utama
- Keluaran Dalam Negara Kasar meningkat 6.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, selepas naik 5.8 peratus pada suku kedua, menurut Bank Negara Malaysia pada hari Jumaat
Gambaran besar
Malaysia telah muncul sebagai salah satu tempat yang terbaik di Asia Tenggara tahun ini, dengan ahli ekonomi menaikkan unjuran pertumbuhan di tengah-tengah pemulihan eksport. Perdana Menteri Najib Razak menaikkan ramalannya untuk tahun ini kepada sebanyak 5.7 peratus dalam ucapan bajetnya bulan lepas, sambil turut menggariskan bahawa pemotongan cukai dan pembayaran bonus kepada kakitangan kerajaan akan membantu merangsang perbelanjaan pengguna ke tahun hadapan. Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2018.
Bank Negara mungkin antara yang pertama di Asia untuk mula mengetatkan dasar monetari apabila pertumbuhan dan inflasi menjadi semakin cepat. Bank Negara Malaysia berkata minggu lepas ia mungkin mempertimbangkan untuk mengkaji semula "tahap penggunaan dasar monetari semasa", berdasarkan kekukuhan keadaan ekonomi global dan domestik. Harga pengguna naik pada kadar paling pantas dalam tempoh lima bulan sebanyak 4.3 peratus pada bulan September.
"Prospek ekonomi yang menggalakkan memberikan kelonggaran yang lebih besar untuk mengkaji semula tahap penggunaan dasar monetari," kata bank pusat itu dalam kenyataan KDNK pada hari Jumaat.
Butiran yang lain
- Penggunaan sektor swasta melonjak 7.2 peratus pada suku ketiga berbanding tahun sebelumnya, manakala pelaburan naik 7.9 peratus
- Pertumbuhan dalam perbelanjaan sektor awam meningkat kepada 4.1 peratus daripada 0.2 peratus pada suku kedua
- Eksport meningkat 11.8 peratus, sementara import melonjak 13.4 peratus
- Industri perkhidmatan meningkat 6.6 peratus, meningkat daripada 6.3 peratus pada suku kedua
- Sektor pembuatan mengalami peningkatan kepada 7 peratus daripada 6 peratus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.