Polis menahan seorang pembantu pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga, di Pulau Pinang kerana disyaki mencederakan Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) negeri itu, petang Jumaat.

Kejadian dipercayai berpunca rasa tidak puashati gara-gara ramai ahli-ahli PKR yang lompat sertai parti baru itu sejak beberapa minggu lalu.

Dalam insiden itu, Ketua Pemuda PCM tersebut, Liew Yeow Hooi menerima 24 jahitan selepas mendakwa diserang pembantu pegawai khas Adun Kebun Bunga itu di Padang Tembak kira-kira jam 6.45 petang, Khamis

Adun Kebun Bunga adalah Jason Ong dari PKR.

Agendadaily difahamkan. Liew sedang minum di sebuah restoran apabila didatangi suspek dan menuduh Ketua Pemuda PCM itu ada kaitan dengan ahli-ahli PKR ysng lompat parti menyertai PCM.

Pembantu terbabit menuruh Liew berdiri dan menumbuknya beberapa kali di muka.

Liew yang cedera menerima rawatan di hospital dan kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis.

Lelaki yang isyaki menyerangnya kemudian berjaya ditahan polis petang tadi dan disiasat di bawah seskyen 324 kanun keseksaan.-25/12/2009


agenda daily


Komen PB

Ini lah parti gengster dan samseng !!! Apa kejadahnya Pembantu khas YB PKR Kebun Bunga ini pergi menumbuk orang ?? Ini negara demokrasi , punya suka la orang nak masuk mana-mana parti pun . Tindakan Pembantu Khas YB PKR jelas menunjukkan mereka tidak boleh menerima sesiapa yang cuba tarik orang mereka lompat ke parti lain . Tetapi kalau mereka tarik orang pemimpin BN kepada tak pa pulak .

Jika PAS, pemimpin mereka dipaksa bai'ah sumpah talak isteri , dan dalam PKR pulak akan ditumbuk orang yang cuba pancing ahli mereka. haha

PKR = Parti Samseng !!!