Pages

Saturday, December 26, 2009

Pandangan peribadi Dr Yusof Qaradhawi jadi modal PKR



Yusuf al-Qaradawi bawa isu qazaf Anwar ke peringkat dunia


SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Ulamak Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradawi kesal pendakwaan qazaf (tuduhan zina terhadap orang baik) ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dijalankan dan berjanji akan membincangkannya dengan ulama antarabangsa.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin berkata, Sheikh Yusof memberitahu beliau tidak akan berdiam diri dalam perkara itu.

Zulkifli berkata, Sheikh Yusof juga menyarankannya menemui beberapa tokoh dan ilmuan syarie peringkat dunia untuk mendapatkan pandangan serta fatwa mengenai perkara itu.

Beliau memberikan beberapa nama untuk saya hubungi,” katanya dalam blognya.

Menurutnya, kekesalan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1431 itu diluahkan ketika bertemu Anwar, isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai di Putrajaya baru-baru ini.

Zulkifli berkata, Sheikh Yusof berpendapat perkara berkaitan dengan qazaf tidak patut dilengah-lengahkan.

“Kami menjelaskan kepada beliau mengenai dwi-sistem yang kita ‘amalkan (di Malaysia). Pihak pendakwa syarie memilih untuk menunggu kes pertuduhan di Mahkamah Jenayah Sivil selesai sebelum menimbangkan untuk dibawa ke mahkamah syariah, sedangkan kes ini akan mengambil masa bertahun-tahun.

“Menurut Sheikh Yusof, kes berkaitan qazaf patut dibicarakan dahulu kerana ia menyentuh kewibawaan dan kredibiliti penuduh. Kalau ia disabitkan dengan qazaf, maka kesaksian penuduh tidak boleh diterima selama-lamanya kerana dia termasuk golongan fasik,” katanya.

SINAR HARIAN

Komen PB

Inilah peluang Anwar apabila Yusof Qaradhawi datang ke Malaysia dan menggunakan kenyataan Tokoh Maal Hijrah ini bagi mengelirukan pemikiran rakyat tentang kes liwat ini yang dibicara Jan 2010 .

Semua orang tahu Dr Yusof Qaradhawi ini adalah rakan baik Anwar tetap bijaknya beliau menggunakan pandangan tokoh ini secara peribadi sebagai modal mereka untuk memanipulasi pemikiran rakyat.

Umat Islam jangan keliru dengan permainan licik Anwar dan pemimpin2 PKR .

baca juga di sini Komentar Yusof Qardhawi yang diulas oleh X PKR

1 comment: