Kalau mahu salahkan kehilangan enjib kapalterbang TUDM, tunjukkan jari kepada General-General dalam tentera. Ini adalah perkara operasi dan bukan bidang kuasa Menteri.
Namun jika mahu salahkan Najib, memang dia ada tersilap pilih perkataan semasa menyebut "no coverup." Ianya seolah-olah dia telah membuat "coverup" dan kini setelah diketahui umum tidak akan buat "coverup" lagi. Namun ianya hanya kesilapan istilah kerana laporan polis yang dibuat pada tahun 2008 menunjukkan ianya bukan usaha nak "coverup."
Persoalannya adakah patut Najib diamkan dari pengetahun umum?
Kami agak berbeza dengan pandangan ramai dalam hal ini. Perkara kelemahan dalam pertahanan kita tidak patut dibising-bisingkan. Bayangkan jika ada pihak musuh mengetahui jet pejuang kita tidak dapat beroperasi semasa itu? Sudahlah jet tidak boleh terbang, musuh pula tahu. Ia memberi ancaman tambahan.
Selain itu, usaha untuk mencari dan menyiasat akan tergendala apabila media sudah mainkan isu ini dan ianya menjadi hebuh sedunia. Apabila pihak yang terlibat mengetahui, pasti mereka sudah membuat reaksi dan pihak berkuasa tidak dapat lakukan apa yang sepatutnya dilakukan.
Sekurang-kurangnya kita sudah dapat "tangkap" General yang terlibat dan kuncu-kuncunya. Semua menunggu pejabat Peguam Negara menyiapkan kes.
Dengan demikian, kita dapat lihat betapa bodohnya Mahfuz Omar dengan reaksi yang boleh dijangkanya.
Najib bijak tidak menghebohkan kerana jika ketika itu diketahui umum dan gesaaan Mahfuz perlu dilayani semasa itu, sebarang usaha mendapat kembali enjin tersebut akan terus gagal dan ketirisan dalam TUDM ini tidak dapat dikesan.
Atas sebab ini, kami anggap bijak dan patut dihargai risiko yang diambil Najib tidak menghebahkan perkara ini. Ia juga demi menjaga maruah dan semangat (morale) angkatan tentera.
Kalau difikirkan dalam-dalam, pendedahan yang dibuat oleh NST pun bukan sesuatu yang bijak. Perkara melibatkan pertahanan dan keselamatan negara adalah perkara sulit yang tidak perlu dibincang secara terbuka.
Diperakui kehilangan enjin kapalterbang ini amat memalukan, tetapi ia bukan perkara baru dalam dunia aeroangkasa dan pertahanan. Kehilangan enjin kapalterbang tidak lumrah berlaku tetapi pernah berlaku dalam organisasi pertahanan negara maju termasuk Ameriak Syarikat. Kehilangan peralatan pertahanan pun lumrah juga.
Namun begitu, demi rahsia dan maruah keselamtan dan pertahanan negara, mereka tidak heboh-hebohkan dan jika berlaku kebocoran pun, pihak tentera memastikan mereka mendapatkan kerjasama pihak tertentu untuk tidak membesarkan perkara ini.
Mengapa NST membenarkan perkara ini disiarkan? Difahami bahawa wartawan yang membocorkan cerita ini adalah seorang yang amat meminati dan mempunyai hubungan rapat dengan sektor pertahanan negara. Siapa bocorkan rahsia negara ini kepadanya? Kenapa?
Jangan hairan perkara ini jadi besar kerana permainan politik dalaman parti yang cukup tidak bijak.
Sumber: The Unspinners
Di bawah ini terdapat link artikel yang berkaitan isu ini :
1. Di mana salah cara DS Najib kendali isu enjin jet hilang!?
2. Kerajaan perlu kaji semula operasi sokongan TUDM!
3. Fahami operasi kerajaan sebelum momokkan isu kehilangan enjin jet F5-E!
No comments:
Post a Comment