Pages
▼
Thursday, December 24, 2009
DAP ajar PAS burukkan Melayu
Ibrahim Yahya dalam blog duniatiger mempersoalkan kenapa DAP kini ghairah mempertikaikan kedudukan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam.
Katanya, "Parti DAP semakin galak menyerang institusi Melayu. Daripada isu ceramah BTN sehinggalah kepada akhbar Utusan Malaysia.
Tetapi apabila Utusan mempertahankan Melayu, DAP kata Melayu Rasis sedangkan bila DAP memburukkan Melayu, kita tak kata Cina Jahat.
Kenapa? Sebab DAP burukkan Melayu dan Melayu sendiri mengaku yang bangsa mereka buruk. Bila Melayu kata Cina pendatang, mereka kata Cina warga Malaysia. Bila Cina mendiskriminasikan Melayu dalam bidang ekonomi, Cina kata itu persaingan. Tetapi bila UMNO bantu Melayu, DAP kata mereka diskriminasi Cina.
Sama juga bila Melayu bina masjid lebih dari tokong dan gereja, Cina kata itu fakta. Pada masa yang sama, Melayu hamPAS kata, itu benar. Siapa yang perlu dipersalahkan?
Kalau tidak percaya tanya PAS- siapa yang membenarkan Melayu dikencing oleh Melayu sendiri atas alasan mahu mendapatkan kuasa.
Melayu seperti PAS pula menuduh UMNO dengan pelbagai gelaran dan kena ingat, apa salahnya DAP ikut serta menghina orang UMNO.
abe MIE percaya, isu ini muncul kerana kebodohan orang Melayu sendiri bukan kerana kebijaksanaan DAP memainkan isu berkenaan sedangkan Malaysia merdeka dan maju sejak 50 tahun kerana Pemerintahan Melayu!
Apabila bercakap mengenai Melayu, PAS kata mereka pejuang Melayu. Bila cakap mengenai Islam, PAS kata Islam di Malaysia tidak sempurna di bawah pemerintahan UMNO. Jadi PAS mampu menjadi 'Hero' dalam perjuangan Islam. Takbir.
Apa pendapat pembaca?
Nota-
Manakala Syed Hussein Al Attas menulis mengenai Malaysia tanpa orang Melayu dengan membandingkan contoh-contoh tamadun sebelum ini. Tulisan beliau hebat, namun berkecamuk antara penyelesaian dengan pendapat peribadi. Bagitu pun abe MIE menggalakkan pembaca merujuk blog beliau untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Klik sini.
Ada penulis Blog memberitahu, UMNO Ditubuhkan Bukan Untuk Membangun Ekonomi Orang Melayu -blog orang gila dan sesuai untuk Melayu yang gila.
Pengajaran- Cina tak pernah kata DAP, MCA atau Gerakan ditubuhkan untuk bunuh Cina.
sumber : blog abe mie
orang cina tak bergaduh sesama sendiri sebab mereka sedar mereka pendatang. tapi orang melayu dah lupa, dah bongkak. kalau asyik berkelahi sesama sendiri, akhirnya orang melayu yang hilang tanah sendiri.
ReplyDeletesayang orang melayu masih tak sedar. musuh luar cuba masuk ke negara ini menggunakan rakyat tempatan, menggunakan parti politik tempatan.
mereka tahu, kalau gunakan kekerasan, pasti menimbulkan peperangan. oleh itu mereka guna rakyat malaysia sendiri dengan cara demokrasi.
inilah cara baru penjajahan negara asing keatas setiap negara didunia. menaja parti politik tertentu untuk mengawal negara dari luar.
Rakyat Malaysia moden dan atas pagar Rakyat boleh berfikir sendiri mana intan dan yang mana permata tak payah nak buat fitnah
ReplyDeleteKalau macam tu lebih baik jangan menyokong mana mana parti taklah orang orang melayu nak berpecah belah atau pun haram semua parti parti yang ada sekarang kan aman damai, urusan tadbir beri pada Raja, barulah ada taat pada Raja.Inilah penyelesaian terbaik
ReplyDelete