Banyak tu....RM800 juta!
Semakin peninglah Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Merayulah kalau boleh merayu, jika tidak mana Kelantan mahu cari duit sebanyak itu.
Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam memerintahkan Kerajaan negeri Kelantan membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.klik di sini
Jumlah pampasan itu merangkumi lima jenis ganti rugi, termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas (RM13.6 juta), bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 (RM240 juta) dan kos berjumlah RM200,000.
Perintah itu bukan angkara UMNO atau bekas Kerajaan Barisan Nasional. Semuanya kerana angkara kerajaan PAS Kelantan.
Menurut sumber, pada prosiding tersebut, Timbermine Sdn. Bhd. diwakili oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan kerajaan negeri diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Anuar Wahab.
Difahamkan Hakim Datuk Azman Husin membuat keputusan tersebut dalam prosiding yang berlangsung pagi semalam membabitkan Timbermine Sdn. Bhd. dan kerajaan negeri.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.
Persoalannya, apakah kerajaan Kelantan ada duit untuk membayar itu semua?
Saya pernah memperkatakan melalui satu entri pada blog ini bahawa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebut anggaran hasil bagi tahun hadapan sebanyak RM339.98 juta, manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM360.62 juta.
Dalam usaha mempertahankan ‘kejayaan pentadbiran kerajaannya;, Nik Aziz berkata defisit bagi tahun 2009 akan berkurangan menjadi RM20.28 juta berbanding defisit tahun 2008 sebanyak RM23.73 juta.
Faktanya, hasil tanah menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak RM116.97 juta atau 34.4 peratus, hasil perhutanan (RM94.97 juta atau 27.93 peratus.
Bagaimana pula dengan hutang kerajaan negeri? Pada akhir tahun 2007 baki hutang Kerajaan Kelantan adalah hampir RM1 bilion, Jumlah sebenarnya ialah RM958.67 juta berbanding RM940.06juta pada tahun 2006 iaitu meningkat sejumlah RM18.61 juta.
Peningkatan hutang ini adalah disebabkan Kerajaan Pusat menerima sejumlah RM23.35 juta pinjaman baru daripada Kerajaan Persekutuan iaitu sejumlah RM9 juta Projek Bekalan Air yang baru dan RM14.35 juta bagi menggenapkan baki pinjaman tiga Projek Bekalan Air yang telah diluluskan sebelumnya.
Sehingga akhir tahun 2007, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan bayaran balik pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM35.85 juta iaitu RM23.71 juta bayaran anuiti tahun semasa dan RM12.14 juta tunggakan tahun sebelumnya.
Dua agensi kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang bergelar ‘Bandaraya Islam itu’ gagal menjelaskan anuiti tahunannya melalui sumber Persekutuan.
Hutang PKINK berjumlah RM9.36 juta menyebabkan tunggakan bayaran balik terkumpul mencecah RM40.88 juta. Manakala MPKB gagal menjelaskan anuiti tahunannya berjumlah RM0.96 juta melalui pinjaman sumber Negeri dan sejumlah RM1.06 juta melalui sumber Persekutuan menyebabkan tunggakan bayaran balik pinjaman menjadi RM9.48 juta.
Bajet Kelantan itu tidak akan mampu menjana peningkatan hasil kerajaan negeri yang terus menyaksikan jumlah hutang Kelantan terus tinggi.
“Hutang awam Kelantan kini sudah melebihi aset iaitu sebanyak RM326 juta tahun lalu akan terus meningkat pada masa depan dan jika tidak ada usaha untuk berbuat sesuatu keadaan hutang Kelantan semakin membimbangkan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dalam laporan Audit Negeri Kelantan 2007 berkata kedudukan kewangan Kerajaan Negeri berdasarkan Lembaran Imbangan tidak kukuh kerana aset tidak dapat menampung tanggungan semasa dan keseluruhan tanggungan.
Selain kedudukan kewangan tidak kukuh, bebanan hasil keputusan mahkamah tinggi ini akan menimbulkan pelbagai pertanyaan. Antaranya, mana nak belanja untuk pembangunan dan mana pula nak bayar elaun wakil rakyat yang dinaikkan?
Antara perkara yang diluluskan DUN Kelantan 27 Oktober lalu melalui Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan bagi membolehkan elaun wakil rakyat, termasuk Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), dinaikkan selepas kali terakhir ia dinaikkan pada 2004.
Dengan kelulusan enakmen itu, elaun bulanan Menteri Besar dinaikkan daripada RM10,200 kepada RM12,800, Timbalan Menteri Besar (RM6,600 kepada M8,800), Speaker (RM5,400 kepada RM5,600) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) (RM3,600 kepada RM4,600).
Rang Undang-undang itu meminda Enakmen Saraan anggota pentadbiran kerajaan negeri dan anggota Dewan Undangan Negeri 1980, dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa dan disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah.
Pening, pening...
Hakikatnya, pembentangan belanjawan oleh kerajaan negeri menjangkakan peningkatan defisit kepada RM29.5 juta apabila perbelanjaan mengurusnya dijangka mencapai RM416.88 juta berbanding hasil yang diperoleh sebanyak RM387.38 juta.
Pada 2 November lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin mengingatkan kerajaan Kelantan bahawa pengurusan ekonomi negeri tidak dilakukan secara bijaksana.
Dengan defisit berterusan kepada RM29.5 juta pada tahun depan berbanding RM20.2 juta tahun ini memang sudah dijangkakan yang mungkin turut disebabkan kegagalan mengurus sumber hasil yang sedia ada.
Timbermine Sdn Bhd, dikatakan menyaman kerajaan Kelantan pada 2004 kerana menghalangnya daripada menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan yang diluluskan.
Menurut fakta kes, syarikat itu menerima konsesi pembalakan membabitkan kawasan seluas 204,000 hektar daripada Kerajaan PAS Kelantan pada 1964 sebelum keluasan itu dikurangkan kepada 112,000 hektar.
Syarikat itu mendakwa tidak dapat menjalankan aktiviti pembalakan kerana kerajaan negeri ketika itu enggan mengeluarkan permit keselamatan yang diperlukan, sedangkan konsesi itu terletak dalam kawasan keselamatan di Hulu Kelantan.
Dua pihak terbabit kemudian bersetuju menandatangani satu perjanjian usaha sama membabitkan kawasan 112,000 hektar itu dengan kerajaan negeri menguasai 70 peratus, manakala Timbermine 30 peratus.
Namun, kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian itu apabila tidak membenarkan Timbermine menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian besar.
Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi.
Syarikat terbabit sudah membuat pelaburan awal dengan membina beberapa kilang memproses kayu balak dan mengimport mesin yang akhirnya tidak dapat beroperasi, selain ada yang terkandas di pelabuhan. Pekerja yang diambil juga terpaksa diberhentikan selepas menunggu hampir enam tahun.
Ketika keputusan pampasan itu diumumkan, tiga wakil syarikat terbabit berada di galeri awam mahkamah berkenaan, selain dua peguam yang mewakili Timbermine dan timbalan pendakwa raya yang mewakili kerajaan negeri.
sumber : rakyat Malaysia
*** Patut la mereka dok kalut nak royalti Minyak bagi nak tampung ganti rugi syarikat balak ini.
800 JUTA!!!!!
ReplyDeleteWhoaaaaaa .....
semakin lama semakin banyak pekong terdedah.tidak berkebolehan nampaknya.memalukan orang islam sedunia.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletekerajaan negeri melaksanakan pentadbiran berhemat.
pinjam tapi tak bayar...
mcm mana kelantan x muflis..lihatlah pemimpin negeri nik aziz..pemikiran dia sendiri dah muflis..rakyat menderia 20 tahun,..kemiskinan..kemudahan ayer..nak tidur pun susah..rumah rakyat terlalu daif..tiada peluang pekerjaan langsung..subhanallah..mengapa golongan ini di beri temapt untuk menjahanamkan manusia denganmenegakkan kemungkaran...elok berundur ..jangan asyik-asyik fikir anak menatu aje...
ReplyDeletebagi lesen judi banyak2 leh gak tapun hutang kan hehehe,citer macam sial tapi judi haram jadah sapu jugak hasil,mampus la korang mkn hasil judi la...keluarkan lesen banyak2 lepas tu amik duit rakyat melalui judi lak..bagus la kepala otak pemimpin yang 1 malaysia nie...nak kena ade aproval dulu ke baru nak post...biasala pilih yg baik2 je kan..sial ko
ReplyDeletebagi lesen judi banyak2 leh gak tapun hutang kan hehehe,citer macam sial tapi judi haram jadah sapu jugak hasil,mampus la korang mkn hasil judi la...keluarkan lesen banyak2 lepas tu amik duit rakyat melalui judi lak..bagus la kepala otak pemimpin yang 1 malaysia nie...nak kena ade aproval dulu ke baru nak post...biasala pilih yg baik2 je kan..sial ko
ReplyDelete**********************************************************
antara cth org yg buta hati dgn pemahaman fakta yg jelas menunjukkan audit dari ketua audit negara. rakyat kelantan ke,engko yg sial sbnrnya. AGAMA tu no 1, tp klu mempergunakan AGAMA utk kepentingan diri, itu patut digulingkan....klu kau cakap sial ni 20 thn lepas...masa tu aku dgn belia yg lain maybe br nak abis skolah x blh nak cakap apelah...tp skang, bergegar-gegar mintak rakyat kelantan, anjaklah paradigma...tlg jgn penuhkan KL dgn selangor utk org dan rakyat kelantan. tak payahla gatal nk berhijrah klu kerajaan ambik alih...penyumbang jammed time raya tak lain tak bukan, org korg lah penyebabnya....klu pegi kelantan...ada muke2 belia? haremmmm...blh dikira dgn jari. pasal ape? kemunduran yg tak blh dimaafkan. tuhan bagi akal..PIKIR la wehh