EDISI KHAS : BPN MENGUTUK TINDAKAN HACKERS MENGGODAM BLOG PEMBELA NEGARA !!!
Kebebasan bersuara seperti hampir tiba penghujungnya apabila hackers yang menggunakan blog Analisis Ringan milik saudara 'Kumbang' sebagai pusat pelancaran serangan telah menggodam 200 blog yang giat membela Kerajaan.
Ia dikatakan bermula selepas penerbitan artikel yang mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim di blog beliau. Kumbang berjaya menulis tentang sekularisme, Anwar Ibrahim dan kaitannya dengan Yahudi serta hubungan erat beliau dengan pendokong Islam Liberal di Indonesia..
Jika berminat sila baca artikel tersebut di blog AIDC di bawah :
Adakah serangan ini dilakukan sebagai tindak balas atas apa yang dipaparkan oleh blogger berhubung kepalsuan perjuangan pembangkang di sebelah sana selepas mereka gagal mencari jawapan untuk mematahkan hujah hujah kita ?
Terima kasih Cheguman ( Timbalan YDP BPN ) atas makluman untuk yang disiarkan di blognya ( di sini ). Maaf kerana saya terlewat memberi respon dan tidak menjawab telefon kerana keletihan selepas pulang dari urusan luar kawasan di Pulau Pinang sejak semalam. Hanya pagi ini jam 4.00 pagi baru saya dapat menulis isu ini selepas mendapat gambaran yang jelas berkenaannya.
Saya juga sebelum itu telah menerima kiriman sms dari Blogger Azli Shukri berhubung perkara ini dan tidak menyangka sedikitpun bahawa ia telah melibatkan 200 blog pro kerajaan. Sungguh serius sekali serangan mereka kali ini meskipun ia telah pun bermula bukan kali pertama.
Mungkin ia menunjukkan serangan padu blogger kita telah mencemaskan pihak sana hingga terpaksa membuat serangan jahat terhadap blog yang berani membela negara. Apatah lagi Anwar Ibrahim turut kecewa dengan situasi yang berlaku kerana blogger mereka dilihat telah gagal mempertahankan beliau seperti tulisan blog AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/
Mereka sedar mengubah pemikiran rakyat akan jauh lebih susah apabila kita sering bangkit dengan jawapan dan huraian yang lengkap dengan fakta dan juga hujah yang meyakinkan. Namun jika kita juga leka dan lena maka tugas mereka akan lebih mudah lagi. Maka insiden digodam ini sepatutnya membuatkan kita semua perlu lebih bersedia dan berhati-hati.
Komen saya : Kepada Kumbang dan rakan-rakan yang lain, jangan kita menyerah kalah walaupun kita diserang dan jangan ada yang termakan dengan percubaan mereka yang cuba melagakan kita sesama sendiri.
Teruskan usaha dan jika satu blog berjaya dihancurkan oleh mereka maka saya pasti akan ada 1000 blog yang lain lagi akan muncul meneruskan perjuangan suci lagi murni ini.
Sebagai YDP BPN maka kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral penggodam ini dan meminta mereka agar bersemuka dengan hujah bukannya melalui tindakan yang tidak bertamadun ini.... Tindakan ini tidak akan menambahkan sokongan untuk Anwar Ibrahim bahkan akan menjatuhkan lagi imej dan reputasi beliau yang anda sokong sekarang ini...
Ayuh sahabat semua jangan tunggu lagi, majulah ke hadapan dengan semangat jihad siber yang mantap demi agama,bangsa dan tanah air kita.. Korbankan masa, wang dan tenaga kita untuk menjamin warisan keamanan dan kestabilan negara ini akan terus berkekalan sepanjang masa...
sumber : panglima perang cyber
sumber : panglima perang cyber
sila contact kami di www.kitagempur.com utk bantuan.
ReplyDeleteSalam Perjuangan !!!!!!
ReplyDeleteWalau apapun akan terjadi, perjuangan akan tetap diteruskan. Merungkai yang kusut, mencanai yang karut, menyampai yang patut.....