Pages

Wednesday, January 19, 2011

Bola Sepak kita sepatutnya berkiblatkan Jerman pulak


Sudah lama saya berfikir mengenai isu ini yang sentiasa bermain - main difikiran saya selama ini.Apa yang dimaksudkan dengan " menukar buku " ? Maksudnya modul dan khiblat FAM dan tak lupa juga kepada Pak Menteri kita yang selama ini asyik bercakap dan memandang untuk menghantar pasukan bolasepak kita ke England.

Ok , kenapa saya cakap kita perlu mengubah buku Inggeris kepada buku Jerman? Ini kerana sistem pembangunan bolasepak di England sudah tidak relevan lagi . Buktinya? Mudah saja , lihatlah kepada prestasi mereka di kejohanan Piala Dunia yang lepas.

Adakah para pembaca sedar satu perkara? Mereka hanya menggunakan pemain yang sama sejak sedekad yang lalu cuma ada perubahan 1 @ 2 muka baru ( itupun nasib baik David Beckham mengalami kecederaan, kalau tidak pemain seperti Stephen Warnock dan James Milner mungkin akan bersantai di pantai atau villa - villa mewah di sekitar eropah dan UAE sambil menonton perlawanan bola sepak di atas kerusi malas , bukannya bangku simpanan ) .

Dan kita sebenarnya patut berbangga kerana England meniru polisi kita satu ketika dahulu. Ingatkah kita semua sebelum Rajagopal mengambil jawatan jurulatih skuad negara , muka - muka Hairudin Omar, Nizaruddin Yusuf , Khairulnissam Shabudin dan ramai lagi adalah muka wajib dan hampir sedekad jadi kesebelasan utama.

Masih ingatkah lagi semua para pembaca? Sudah tentu anda ingat kerana kecenderungan menggunakan muka yang sama tanpa membawa masuk muka - muka baru dan pemain - pemain muda menjadi punca pasukan negara kita sentiasa pulang dengan tangan kosong. Itulah yang terjadi pada pasukan England ketika ini.


















Franz Beckenbaeur


Jurgen Klinsmann

Sekarang kita lihat bagaimana Jerman mengejutkan hampir berbillion penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2010 dengan aksi permainan yang memukau dan yang mengejutkan kita, hampir separuh dari skuad mereka adalah pemain bawah 20 tahun yang memenangi kejohanan Piala Negara Eropah bawah 20 tahun.

Sepanjang saya menonton Piala Dunia, ini adalah kali pertama skuad Jerman datang membawa pemain muda dan ini bukanlah identiti Jerman sebenarnya. Sebelum itu, sila tanya pakcik - pakcik dan datuk - datuk anda, betul atau tidak Jerman di kenali sebagai skuad " Rumah Tua" ?
Pasti mereka menjawab " YA" . Jerman memang terkenal dengan pemain - pemain yang selalu hadir dengan reputasi tinggi dan di barisi pemain yang berusia 28 - 34 tahun ( malah Oliver Neuville berusia 36 tahun pada kejohanan Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun dan menjaringkan gol kemenangan ketika menentang jiran dan musuh ketat mereka , Poland).
Kali ini, mereka datang dengan wajah yang cukup berbeza dan purata usia pemain mereka adalah sekitar 24.7 tahun dan merupakan skuad yang termuda dalam penyertaan Piala Dunia 2010 yang lalu.

Pada kali ini juga, corak permainan mereka amat berbeza. Jerman satu ketika dahulu adalah pasukan yang banyak bermain menggunakan kepantasan, lintangan bola dan senjata utama zaman berzaman mereka adalah " Rembatan Kencang Dari Jarak Jauh" . Kalau anda tidak percaya, sila lihat rakaman perlawan mereka dari zaman Franz " the Kaiser ' Beckenbauer hinggalah zaman Jurgen Klinsmann dan era terakhir Michael Ballack. Skuad muda mereka kali ini bermain cara bijak dan banyak menjaringkan " tapping gol ' ala - ala futsal. Permainan mereka boleh di anggap antara yang menarik pada kali ini dan lihatlah bagaimana mereka memalukan Maradona dengan membelasah Argentina 4 - 0. Maka , Mesut Ozil , Thomas Muller , Sammi Khadira pantas mengisi nama di dada akhbar di seluruh dunia lantas melupakan nama Michael Ballack yang ketika itu cedera dan tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2010.


Torsten Frings dan Michael Ballack


Persoalannya, bagaimana mereka dapat mencipta bintang - bintang seperti ini? Jawapannya mudah saja FAM, DARI AKADEMI DAN PELAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG!!

Sekarang saya ceritakan bagaimana Jerman boleh sedar dan insaf sebegini? Mereka memulakan program pembangunan selepas " lesu " di peringkat antarabangsa selepas kali terakhir memenangi Piala Dunia pada tahun 1990 . Selepas itu mereka mengalami kekecewaan pada Piala Dunia 1994 namun bangkit semula dengan memenangi kejohanan Euro 2006 . 2 tahun selepas itu, sekali lagi mereka kecewa di peringkat suku akhir Piala Dunia 1998 selepas tewas mengejut kepada Croatia , sebuah negara yang baru merdeka dengan jaringan 3 gol tanpa balas.
Duka tersebut berterusan lagi 2 tahun selepas itu apabila gagal melayakkan diri ke peringkat pusingan kalah mati Di Euro 2000 sekadar menduduki di tangga tercorot di peringkat awal dalam kumpulan.

Dari situ, Persatuan Bola Sepak Jerman mula mengkaji dan mengenalpasti permasalahan yang membelenggu mereka. Ketika itu , ramai pemain luar dan import yang bermain di dalam liga mereka . Antara langkah - langkah yang diambil adalah :-




1.Melabur Dalam Sistem Akademi
Mesut Oezil




Mereka mula membina 127 akademi di seluruh Jerman untuk menghasilkan bakat - bakat muda yang berpotensi di masa hadapan. Pelaburan sejumlah 15. 6 Juta euro selama 5 tahun untuk memastikan sistem akademi mereka tersusun dan lancar . Hasilnya kita dapat lihat sekarang.


2. Pengambilan Pemain Akademi.

Di England , kelab - kelab liga Perdana Inggeris memang banyak membuat pengambilan pemain tetapi ramai pemain yang diambil adalah pemain - pemain luar. Contoh paling mudah adalah Arsenal " mencuri " Fabregas dari Barcelona . Meskipun dia adalah pemain dari akademi Arsenal, dia adalah pemain berdarah sepanyol. Dia terus mewakili sepanyol dan ini akan merugikan England sebenarnya di masa hadapan. Banyak kelab di liga Inggeris ketika ini membuat pengambilan pemain luar tanpa had sambil mengabaikan bakat - bakat tempatan. Hasilnya, Steven Gerrard dan Frank Lampard masih dikerah keringat mereka sampai sekarang walaupun mereka sudah berusia 30 tahun ke atas!!

Berbeza dengan sistem Jerman pada ketika ini yang mewajibkan pengambilan pemain - pemain yang hendak di bawak masuk ke akademi mestilah sekurang - kurangnya 12 orang yang layak untuk bermain untuk skuad kebangsaan mereka.Sebab itu ketika ini mereka mempunyai ramai pemain - pemain muda sensasi dan berbakat dan tidak risau sekiranya pemain - pemain utama mereka cedera dan tidak dapat beraksi, mereka ada pengganti yang berkebolehan untuk mengisi kesebelasan utama mereka. England? Berjuta - juta penyokong mereka akan susah hati jika Wayne Rooney cedera!


Thomas Muller

3.Mengurangkan Pemain Import

Ini dilakukan kerana menyedari terlalu ramai pemain import akan membataskan peluang pemain - pemain muda untuk beraksi untuk kesebelasan utama. Pada tahun 2003 - 2004 , seramai 44% pemain yang beraksi di Bundesliga adalah pemain Import namun ketika ini, hanya 38% sahaja pemain luar dan selebihnya adalah pemain tempatan.

Berbeza dengan England ketika ini di mana 60% pemain yang beraksi di EPL adalah pemain import manakala selebihnya pemain tempatan. Hasilnya, prestasi England kian merosot dan tiada pengganti yang baru kepada generasi tua mereka yang sudah kehabisan zaman berbanding Jerman yang sudah mula mempunyai pemain - pemain pelapis yang berpotensi dan berbakat.

Anda nampak bukan bagaimana sistem akademi memberi pulangan kepada anda? FAM???



4. Mengasah Bakat dan Skill

England mula mengasah skill permainan pemain muda pada usia 6 tahun namun apa yang kita nampak adalah aspek hantaran dan fizikal sahaja yang bagus, " dribbling" ?? tiada lagi selepas era Paul Gascoine di Euro 96. Kenapa jadi begini? pasti sistem akademi mereka dan di bahagian modul teknikal mereka ada yang tidak kena. Bekas pemain Scotland iaitu John Collins sendiri pernah membuat perbandingan sistem akademi di England dan Perancis.

Di Perancis, jumlah jam latihan untuk pemain akademi adalah 2+++ jam berbanding di England hanya ada 1+++ jam . Nampak tidak perbezaan angka di situ? Meskipun perancis gagal menyinar sebelum ini, itu semua adalah kesilapan Persekutuan Bola Sepak Perancis apabila melantik " Mr Bean " ( Raymond Domenech) sebagai jurulatih.

Apa yang terjadi di Jerman adalah mereka mula melatih pemain di usia yang agak tua iaitu 9 tahun. Mereka mula melatih mereka dengan sistem 4 lawan 4 dalam satu padang yang kecil. Tujuannya adalah untuk meransang pemain -pemain muda memberanikan diri untuk menggelecek bola bila berhadapan pihak lawan. Jumlah akan ditambah seorang dari tahun ke tahun sehinggalah berumur 13 tahun, mereka akan bermain 11 lawan 11.




Sammi Khedira

Kesimpulannya:-

Sudah sampai masanya FAM berubah khiblat mereka. Melalui artikel ini kita dapat menilai keberkesanan sistem yang di amalkan di Jerman. EPL memang liga kedua terbaik di dunia tetapi ia hanya mampu menghiburkan kita dan gah dari segi populariti. Kekuatan mereka hanya di peringkat kelab sahaja namun sentiasa malu di peringkat antarabangsa. Mahukah kita jadi sebegitu? Renung - renungkanlah dan selamat beramal..


sumber : Malaya Tiger Football


Saturday, January 15, 2011

1 Malaysia di jersi skuad bola sepak P.Pinang , apa kata DAP Penang ?

1 Malaysia sentiasa di hati rakyat Malaysia . Logo 1 Malaysia kini sudah menjadi ikonik dikalangan rakyat dan merapatkan hubungan antara kaum di negara ini .

Kini di jersi -jersi pasukan bola sepak negeri pun sudah tertera dan terbaru pasukan bola sepak Pulau Pinang bagi menghadapi cabaran Liga Perdana 2011 .

Apa pulak kata DAP dan kerajaan Pakatan Rakyat PP yang begitu benci kepada 1 Malaysia kerana menganggap logo berkenaan mesej politik daripada Barisan Nasional dan Perdana Menteri.

Sebelum ini , Exco Selangor Ronnie Liu pernah mengeluarkan arahan pengharaman penggunaan logo 1Malaysia di premis berniaga kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

Sudah tentunya Guan Eng tidak boleh masuk campur mengenai hal pasukan bola sepak negeri ini kerana yang menjadi Presiden FAP adalah musuh ketatnya Dato Seri Zahrain Mohamd Hashim .

Semalam , YB Dato' Seri Zahrain Mohd Hashim telah melancarkan jersi baru skuad Pulau Pinang 2011 di Hotel Copthorne, Tg Bunga .

Jersi Pulau Pinang musim ini terdiri dari tiga set termasuk jersi ketiga. Ansar Marketing Sdn Bhd selaku penaja Pakaian Rasmi PP tahun ini telah menyerahkan mock tajaan berjumlah RM40,000 berupa pakaian sukan kepada Presiden FAP di majlis berkenaan .

Dalam ucapan perasmian, Presiden FAP turut berterima kasih kepada para penyokong PP dan menyeru agar semua penyokong dapat kembali kepangkuan pasukan baru musim ini.

Selain itu, bagi menyahut seruan Presiden FAP , pihak Ansar Marketing juga turut menyediakan jersi khas buat Kelab Penyokong bagi menarik semula penyokong ke stadium disamping menyemarakkan lagi saingan PP tahun ini .



Ketua Pasukan baru P.Pinang , Megat Amir Faisal Ibrahim


Presiden FAP YB Dato Seri Zahrain Mohamad Hashim bersama pemain pasukan PP



FAP melantik jurulatih tempatan Robert Scully sebagai Ketua Jurulatih PP bagi menghadapi Liga Perdana 2011

Thursday, January 13, 2011

Belangsukawa Blogger Yang Gambi @ Abd Aziz Baharom



Kematian adalah sesuatu yang pasti. Inilah satu-satunya 'kebenaran' yang mustahil ditangguhkan biar sesaat . Begitu juga bagi seorang penulis, sehebat mana pun dia berpujangga & berjuang - kata-katanya mana mungkin mampu menunda kematiannya biar pun sesaat.

Hari ini takdir Ilahi telah mengambil seorang rakan blogger PB iaitu Yang Gambi @ Abd Aziz Baharom ,58 tahun yang berasal dari Pahang yang telah menemui penciptanya. PB mendapat berita ini pun setelah membaca blog Papa Gomo & blogger tersohor Media Permatang Pauh tengahari tadi .

PB hanya ungkapkan satu lafaz , innalilLah hi wainna ila hirajiun & Al Fatihah kepada Allahyarham . Semoga rohnya diberkati dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Pemergian blogger Yang Gambi merupakan kehilangan besar kepada kami blogger mesra kerajaan . Mungkin UMNO & Penerangan UMNO Pahang tidak tahu sumbangannya di dunia maya ini tetapi bagi PB dan beberapa rakan2 blogger yang lain semua tahu kerjanya dan sentiasa bersama2 kami berjuang untuk agama , bangsa dan negara.




PB mula mengenali blog Yang Gambi ini pada awal 2009 setelah beliau mohon link kan blognya di blog PB . PB tidak pernah lagi jumpa Arwah Yang Gambi ini tetapi beliau sentiasa memberi komen & pandangan yang membina kepada rakan2 blogger yang lain termasuk blog PB . Mungkin Arwah yang sama umur dengan bapa PB ini , jadi sebagai orang lebih tua, beliau mahu memberi tunjuk ajar kepada orang lebih muda supaya terus berjuang .


Kalau penyanyi terkenal nasyid Arwah Asri Rabbani yang meninggalkan untuk masyarakat koleksi lagu-lagu dakwah, alunan zikir dan bacaan al quran yang akan terus dimanafaatkan zaman berzaman , sebaliknya Arwah Yang Gambi meninggalkan hasil tulisannya untuk pejuangan agama , bangsa & negara .




p/s : sebagai menghormati pemergian Arwah Yang Gambi , PB juga tidak akan menulis artikel hari ini . Salam Takziah .



Saturday, January 8, 2011

Nicholas Chan permata baru sertai Red Warrior


Nicholas Chan merupakan bintang muda yang bakal menjadi taruhan terbaru pasukan Red Warrior dalam Liga Super 2011. Nicholas Chan yang berumur 19 tahun berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan anak kepada jutawan dan pemilik kelab yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu di England iaitu Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee .

Sebelum ini banyak pihak memperkatakan mengenai ramai pemain bola sepak berbakat dari Malaysia beraksi di luar negara , kini Kafa pimpinan TS Anuar Musa mengambil pendekatan lebih bijak daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila berjaya membawa pulang bakat berharga seperti Nicholas Chan itu untuk digilap di negara sendiri.




Lebih menarik lagi, bapaknya yang juga pemilik Cardif City memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy .
Syabas KAFA kerana bertuahnya mendapat penajaan yang begitu besar serta beberapa penaja lain . Jika sebuah pasukan itu berjaya dalam kancah liga bola sepak Malaysia , sudah tentu akan banyak penaja sudi menaja pasukan mereka .

Kepada bintang baru Kelantan yang beraksi di tengah & pertahanan ini , sudah tentunya beliau akan menjadi perhatian ramai peminat bola sepak tanahair dan mungkin akan mendapat perhatian skuad K Rajagopal untuk call up national team .

pernah sertai pemilihan skuad remaja West Ham & Burnley

Wednesday, January 5, 2011

Rais nafi tuduhan rogol amah, kaki fitnahnya terus diam !





Hari ini geng yang dok buat fitnah terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim tentunya malu besar dengan fitnah jahat mereka lakukan . Beliau menafikan dakwaan bahawa terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.


blog paria Malaya antara blog yang tumpang sekaki fitnah terhadap Rais


Beliau tampil menjelaskan keadaan sebenar dan berharap agar isu ini segera dihentikan oleh semua pihak terutama para blogger upahan yang bertopengkan blogger pro UMNO . Malah, rakan blogger Azli Shukri dalam artikel terbarunya menyatakan bahawa gambar "minah indon" yang disiarkan adalah fitnah . Gambar ini mula tersebar oleh beberapa bloggers upahan elit & juga blog2 pembangkang .

Menurutnya lagi , orang gaji kepada DS Rais Yatim yang didakwa dirogol tersebut merupakan "makcik tua" yang mana sekiranya para blogger upahan ini melihat wajahnya pun, mungkin tidak sampai hati untuk merogol dan menuduh "makcik tua" ini telah dirogol.







"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."


Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang. Klik di sini


Minyak masak negara ini hilang , sapa penyamunnya ?

Isu ke mana hilangnya bekalan minyak masak di negara ini semakin meruncing dan menyusahkan rakyat . Hairan betul negara pengeluar minyak kepala sawit pun tak ada bekalan minyak masak .

Selepas Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan ibu negara, krisis bekalan minyak masak kini turut dialami oleh pengguna di Melaka, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang.

Bukan punca sangat pun daripada pembelian panik berikutan khabar angin harga minyak masak akan naik dalam tempoh terdekat ini. Setakat pembelian panik ini berapa sangat .

Tetapi sebenarnya punca dan dalangnya adalah dari pemborong dan sesetengah peruncit menyorokkan bekalan minyak masak ini . Tak payah lah RTM dan TV3 suruh rakyat masak makanan tak pakai minyak seperti rebus atau bakar . Itu semua ayat lapuk dah .

KPDNK dan rakyat kena tahu ini semua kerja pemborong a.k.a penyamun dan tukar pi la kerajaan sekalipun , selagi ada penyamun ini sorok barang , ia akan tetap berlaku juga . Pegawai2 KPDNK pergi la ke spot check ke gudang2 pemborong ini cari balik minyak2 masak ini semua. Jangan hanya dok cari alasan saja ...

Bila rakyat marah kerajaan pasal minyak masak tak ada ini , sapa yang untung ?? Anwar dan konco2 nya kini dah canang dah di ceramah2 mereka harga barang naik dan rakyat akan susah . Bila harga naik ,rakyat tentu susah dan marah kepada kerajaan ....inilah yang pembangkang nak

Kita juga harus ingat siapa yang kawal harga dan siapa yang jadi pemborong ? Kalau puak2 penyokong DAP adalah orangnya ... sapa yang dapat milleage isu ini ??

Fikir-fikirkanlah ...........




Henti spekulasi , buat kerja pastikan BN menang PRU 13


Sinar Harian hari ini melaporkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu semua pihak “hentikan spekulasi,” sebagai mengulas beberapa laporan menyatakan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy berkata, apa yang penting adalah amanah yang diberikan oleh rakyat dan pucuk pemimpin dalam memberikan khidmat terbaik sebagai Ahli Parlimen.

“Saya dah cakap apa yang saya nak cakap, yang paling penting kita buat kerja untuk pastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum nanti.

“Jangan risau, saya pasti akan kerja keras membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi menarik sokongan gologan muda,” Katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

Khairy berkata, apa yang penting sekarang adalah kerjasama semua pihak terutama parti terutamanya parti-parti komponen bagi membawa kemenangan untuk BN.

“Adalah lebih baik menghentikan spekulasi. Bekerja lebih keras adalah perkara utama yang perlu dilakukan,”katanya.

Katanya, sesiapa yang menjadi calon bagi BN akan di tentukan oleh Najib yang juga Pengerusi BN dan bukan individu terbabit yang menawarkan diri.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden parti komponen boleh mencadangkan mana-mana individu yang difikirkan sesuai dan layak sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Nama yang dicadangkan itu tidak bermakna akan dipilih sebagai calon kerana beberapa saringan ketat akan dilakukan sebelum diputuskan Perdana Menteri sendiri,” katanya.

Tuesday, January 4, 2011

Keputusan KJ tanda awal PRU 13 - Penganalisis politik


Keputusan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum (PRU) akan datang seolah-olah memberi gambaran jelas akan berlakunya PRU lebih awal seperti yang digembar-gemburkan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata, berdasarkan faktor sokongan kuat terhadap Barisan Nasional (BN) pada masa ini serta krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) boleh memberikan kelebihan kepada BN jika PRU diadakan.

“PRU-13 boleh dibayangkan dengan dua perkara, pertama, kemungkinan akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak dan keduanya, mungkin pada 2012. Saya lebih menggambarkan akan berlaku pada 2012.

“Khairy dan pemimpin lain adalah orang dalaman parti yang lebih mengetahui keadaan dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang termasuk berhubung soal pilihan raya. Kita sebagai orang luar, sama ada ahli politik dan pemerhati politik hanya membaca ‘petanda’ yang mereka berikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad juga tidak menolak kemungkinan keputusan Khairy sebagai pembayang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bahawa Khairy bersedia untuk tidak tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Katanya, ini bermakna Khairy lebih meletakkan nasib politiknya kepada pucuk pimpinan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada karier politiknya.

“Khairy hanya membuat keputusan. Dalam keadaan biasa, orang berlumba-lumba mengejar jawatan dalam politik. Tetapi apabila seseorang yang ada kedudukan baik dalam politik menyatakan untuk berehat sekejap secara tiba-tiba, ia memberi gambaran sesuatu.

“Saya rasa Khairy dah berfikir panjang dan sedar bahawa kedudukan dia agak kurang menyerlah terutama selepas presiden (UMNO) berubah. Jadi, bila dia keluarkan kenyataan sebegini lebih awal, apa-apa yang berlaku tidak lagi menjadi satu kejutan baik kepada dia atau orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik UKM, Profesor Dr Muhammad Agus Yusof berkata, kenyataan Khairy berkemungkinan untuk memberikan masa kepada dirinya menyusun semula strategi politik.

“Mungkin dia dah pun fikirkan adakah dia dicalonkan lagi pada pilihan raya akan datang. Turun naik dalam politik itu perkara biasa.


“Dia nak berehat atau menyusun semula strategi merupakan pemikiran strategik yang terbaik untuk dia,” katanya.

Khairy Jamaluddin diajak sertai PAS




"Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."




"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

Khairy mudah dekati generasi muda


"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.


Komen PB

UMNO akan rugi jika KJ mengundur diri dari politik kerana kehilangan seorang pemimpin yang mempunyai potensi & bakat kepimpinan yang baik dalam mendekati generasi muda .








Monday, January 3, 2011

Volkswagon Passat bakal ganti Perdana V6 sebagai kenderaan rasmi kerajaan




Adakah model terbaru kereta Passat keluaran Volkswagen AG (VW), syarikat gergasi Jerman, bakal menjadi kereta rasmi kerajaan Malaysia bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif ?


Kereta Passat merupakan antara model Kereta Terbaik pada Anugerah Kereta Terbaik 2010 ( COTY) anjuran NST dan Mayband. Kereta akan bakal dipasarkan oleh syarikat konglomerat tempatan DRB Hicom selepas kejayaannya memeterai kerjasama strategik dengan VW yang turut dihadiri PM .

Sumber itu berkata, kereta Passat yang bakal ditawarkan untuk kegunaan kerajaan, adalah kereta berenjin 1.8 Turbo tetapi mempunyai kuasa menyamai 2.3cc atau 2.4cc. Ia dikatakan berharga sekitar lebih RM100,000 sebuah manakala kereta Perdana V6 sekarang berharga RM 130,000 .

Jika kereta buatan Jerman ini dipilih , memang lebat lah keuntungan syarikat DRB Hicom kerana jumlah bilangan kereta kerajaan di seluruh negara cukup banyak sekali.

Proposal dari DRB-Hicom ini sudah tentunya akan memberikan saingan yang besar kepada Proton Holdings Bhd. (Proton) yang juga GLC kerajaan yang sekarang ini masih lagi mencari kerjasama untuk dapat model baru kereta ekskutif bagi menggantikan Proton Perdana sedia ada.


Nissan Fuga Hybrid


Khabar angin menyatakan Proton dikatakan bakal membangunkan kereta mewah teknologi hibrid Nissan iaitu Nissan Fuga Hibrid untuk menggantikan model Proton Perdana.

Jadi , mana satu pilihan anda Volkswagon Passat @ Nissan Fuga Hybrid ??

ASTRO taja RM 220 juta Liga Malaysia



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) malam tadi mendapat suntikan penajaan baru yang empat tahun yang lumayan dan besar bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya. Sebelum ini ada desas desus penaja seperti Maxis yang dikatakan akan menjadi penaja utama tetapi rupanya ASTRO .

Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma.

PB melihat dengan penajaan Astro kepada Liga M , ia dapat mempromosi lagi liga bola sepak negara kita dan juga menaikkan lagi point league dalam ranking AFC . Nilai RM 220 juta merupakan sponsor cukup tinggi dan ia mengingatkan kita kembali kepada zaman DUNHILL menjadi penaja liga M .

Selepas ini , jersi setiap pasukan di Liga M akan tertera nama ASTRO . Mungkin nama seperti ini 'astro Liga Super', 'astro Liga Perdana', 'astro Piala FA' dan 'astro Piala Malaysia' .

PB juga harap kepada pihak RTM agar meneruskan juga siaran langsung Liga M bagi yang tiada saluran astro sendiri di rumah . Sukan bola sepak merupakan sukan No 1 Malaysia dan terapkan seruan " Rakyat Didahulukan " supaya seluruh rakyat dapat menikmati siaran bola sepak kita.




Sunday, January 2, 2011

Teh Timbang berbahaya untuk kesihatan !


Teh timbang atau teh sukat yang amat digemari penduduk di negeri ini sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka.

Ketua Penolong Pengarah Kanan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) Jabatan Kesihatan Kelantan (JKK), Ahmad Nadzri Sulaiman, berkata teh berkenaan yang sering digunakan peniaga kedai kopi sebenarnya mengandungi bahan pewarna sintetik (bukan semula jadi) yang berbahaya kepada kesihatan

Teh berkenaan tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kedai runcit di negeri ini. Ia berbahaya kepada kesihatan pengguna dalam jangka masa yang lama," katanya.
Beliau berkata, penjualan teh perlu mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 iaitu tidak membenarkan serbuk teh ditambah bahan pewarna.

Katanya, sesiapa yang didapati menjual, mengimport, mengguna dan menyimpan teh timbang ini, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Beliau berkata, berdasarkan rekod JKK dari Januari hingga Oktober 2010, sebanyak 1,858 kilogram serbuk teh timbang bernilai RM22,296 dirampas dalam operasi yang dijalankan JKK.

Peniaga restoran, Meriyam Sholah, 45, berkata beliau tidak mengetahui bahaya penggunaan teh itu dan telah menggunakannya sejak sepuluh tahun lalu.
"Makcik memang suka guna teh timbang ni, pekat molek untuk buat air teh terutama teh susu, kalau guna yang uncang tu nampak pucat dan tak sedap, pelanggan pun bising," katanya.

Katanya, harga teh timbang juga lebih murah berbanding teh uncang dan perkara itu penting bagi perniagaannya.

Puad Zainudin, 50, pula berkata beliau pernah mendengar mengenai bahaya penggunaan teh timbang bagaimanapun tetap menggunakannya.

"Saya beli yang harga RM12 sekilo, yang murah RM7 sekilo...yang murah aroma teh tak kuat," katanya. - BERNAMA



Komen PB

Harap Kementerian Kesihatan & KPDNK dapat memantau penjualan teh timbang jika ia berbahaya kepada pengguna . Risau juga minum teh di kedai kopi ini ..

Maxis bakal penaja baru Liga Malaysia 2011


Selepas tamatnya Piala Suzuki 2010 , tahun 2011 ini akan bermulanya Liga Malaysia . Penajanya pun baru dan akan diumumkan oleh secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) .Kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menggantikan Dunhill selaku penaja utama Liga M sejak musim 2004 akan berakhir pada 26 Januari ini dan ia tidak akan diperbaharui.

Selepas ini , nama penaja baru akan tertera jersi semua pasukan serta nama liga itu sendiri . Contohnya seperti dahulu penaja dahulu iaitu TM Liga Super & TM Liga Perdana .


“Esok (hari ini) kita ada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang akan dipengerusikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan memuktamadkan hal penaja baru ini,” katanya pada Majlis Taklimat dan Undian Liga M 2011 di Bukit Jalil petang semalam.


Rumours mengatakan bahawa syarikat gergasi telekomunikasi di negara ini , Maxis bakal menjadi penaja baru Liga M bermula musim 2011 . Kita tunggu dan lihat siapa penaja terbaru liga bola sepak Malaysia .






Ekspres Senandung Langkawi Gemas - Hadyai terbakar



Semalam kira-kira 600 penumpang Ekspres Senandung Langkawi dari Gemas ke Hadyai terkandas apabila lokomotif yang membawa gerabak ekspress berkenaan terbakar berdekatan bulatan Segambut .

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 9.35 malam sebelum menghantar empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Balai Bomba Pusat berserta 30 anggota ke tempat kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api Senandung Langkawi yang berlepas dari Stesen Kuala Lumpur Sentral ke Hadyai kira-kira 9.15 malam.

Kebakaran melibatkan bahagian hadapan kepala kereta api itu yang sedang menarik 12 gerabak. Tiga gerabak akan pergi ke Hadyai dan sembilan lagi ke Padang Besar.

“Dalam masa setengah jam kita dapat padam kebakaran sepenuhnya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini. Azizan berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kereta api yang turut dinaiki 30 warga asing itu.



Syukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penumpang selamat . PB selalu mengunakan ekspres berkenaan jika ada urusan di Kuala Lumpur . Harap pihak KTMB dapat siasat punca kebakaran berkenaan agar tidak berlaku lagi di masa akan datang.


*** Semakin ramai rakyat kini memilih pengangkutan keretapi yang lebih selamat dari menaiki bas .

Khairy Jamaluddin tidak akan pertahan kerusi Rembau ??



PETALING JAYA, 2 Jan: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait". (Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late". (Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.


Safee Sali & Mahali Jasuli diintai kelab PSPS Pekanbaru

Kenyataan penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali yang menyatakan keinginan beraksi di Liga Super Indonesia mulai mendapat sambutan. PSPS Pekanbaru menyatakan minat untuk menjemput penyerang yang mantap di depan gawang itu ke Indonesia selepas melihat aksi beliau di perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki Cup 2010 kelmarin.


Dua pemain nasional Malaysia, Mohd Safee Sali dan Mahali Jasuli kini menjadi rebutan PSPS Pekanbaru. Kedua pemain cemerlang Malaysia ini dianggap memiliki peranan besar dalam membantu kemenangan pasukan Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium National Bukit Jalil, Malaysia 26 Desember lalu.

Keinginan PSPS untuk mendapatkan kedua - dua pemain Malaysia ini diakui sendiri Pengurus PSPS Pekanbaru, Dastrayani.

"Ya, seperti ketika kita mengadakan perbincangan dengan Safee Sali sambil mempertanyakan khabar tentang Mahali Jasuli. Apatahlagi, Safee telah menyatakan keinginan hasratnya untuk beraksi di liga yang ada di Indonesia. Walaupun, kita belum lagi berbicara langsung dengan Mahali tetapi dengan perbincangan yang baik secara bersama nanti, semoga saja semuanya akan berjalan dengan lancar," harap Dastrayani ketika mengadakan pertemuan dengan wartawan selasa lalu.

Safee Sali
Jurulatih PSPS, Abdurahman Gurning mengungkapkan, pengurusan kelab telah menghubungi agen Safee mengenai kemungkinan penyerang pasukan Harimau Malaya itu akan bergabung pada musim kedua nanti. Perkara ini sudah dibincangkan sejak dari berakhirnya peringkat kumpulan di Piala AFF Suzuki lagi.

Menurut Gurning, ketika ini PSPS sedang mengalami masalah di barisan hadapan, setelah kecederaan menimpa pemain penyerang, M Isnaini serta batalnya untuk menandatangani kontrak seorang penyerang dari negara Asia. Pasukan diberi jolokan Askyar Bertuah kini hanya menyandarkan harapan kepada pemain bernama Dzumafo Herman di barisan hadapan.

“Pengurusan kelab sudah memberitahu saya, sudah ada pembincangan dengan agen Safee mengenai kemungkinan dia beraksi bersama pasukan PSPS di musim kedua. Dia pemain yang bagus,” ujar Gurning.

Ditambah pula, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki Cup 2010 itu memperlihatkan persembahan yang bagus sepanjang kejohanan bolasepak ASEAN dwi tahunan tersebut. Safee mempunyai kelajuan, ketajaman dan penyudah yang baik untuk menjaringkan gol gawang lawan.

“Gol-gol yang dihasilkan dari Safee menunjukkan kelasnya sebagai penyerang. Mengenai boleh atau tidaknya dia datang ke PSPS, semua bergantung dengan perbincangan dan situasi di pengurusan. Selain itu, kita tidak tahu apakah Safee mahu bermain hanya setengah musim,” ucap Gurning.



Mahali Jasuli
Lalu, bagaimana dengan jurulatih PSPS, Abdulrahman Gurning memperkatakan tentang susuk tubuh fizikal pertahanan pasukan Malaysia yang baru berusia 21 tahun itu iaitu Mahali Jasuli? Gurning pun menyatakan dengan tegas niat baik pengurusan untuk menjemput kedua - duanya dengan menganggap perkembangan itu sesuatu perkara yang positif.

"Sama seperti Safee, Mahali juga pemain yang memiliki mental kerja keras. Tentu saja saya mahu, sebab kriteria pemain seperti merekalah yang saya perlukan," jawab Gurning singkat.



K Rajagopal kini mempunyai ramai pemain berkualiti untuk Harimau Malaya




KEJAYAAN memenangi Piala Suzuki AFF 2010 bukan saja petanda positif kebangkitan bola sepak negara di persada antarabangsa, namun ia juga bakal memeningkan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal untuk merancang perjalanan skuad kebangsaan sepanjang tahun ini.

Bukan kerana tidak mempunyai pemain mencukupi untuk menggalas cabaran negara, namun terpaksa memilih pemain terbaik untuk menyarung jersi kebangsaan Harimau Malaya yang kini menjadi rebutan setiap pemain bola sepak tempatan.


Rajagobal kini mempunyai kira-kira 20 hingga 30 pemain berkualiti yang perlu dipertimbangkan termasuklah barisan 22 pemain yang memenangi Piala Suzuki AFF dengan kebanyakan daripadanya adalah pemain muda seperti Mohd Muslim Ahmad (21) dan Mohd Fadhli Shas (19).

Beliau juga terpaksa memberi pertimbangan kepada beberapa pemain yang pernah menjadi pilihan utama, namun dilanda kecederaan seperti pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, Mohd Nasriq Baharom, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim, Mohd Bunyamin Omar, Mohd Farizal Marlias dan S Chanturu.


Kesemua pemain ini membentuk skuad yang berbeza, namun kedua-duanya mencipta sejarah baru bola sepak negara, iaitu menamatkan penantian 20 tahun memenangi pingat emas di Sukan Sea dan membawa pulang Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak ia mula dipertandingkan pada 1996.



Bagi pemain pertahanan tengah, Mohd Muslim yang berada di dalam kedua-dua skuad tetap menganggapnya sebagai satu perkara positif yang berlaku di kalangan pemain.
“Semua akan berebut untuk berada di dalam skuad namun ia adalah satu saingan yang sihat bagi membolehkan pemain terbaik mewakili negara,” katanya.


Pemain kelahiran Terengganu itu sendiri bergandingan dengan pemain yang berbeza pada dua kejohanan utama itu apabila membentuk benteng tengah dengan Mohd Aidil Zafuan untuk Sukan Sea Laos manakala di Piala Suzuki AFF, Mohd Fadhli Shas menjadi pemain gantian selepas pertahanan Negeri Sembilan itu mengalami kecederaan.

“Kedua-dua pemain ini mempunyai kelebihan masing-masing. Saya tidak mempunyai masalah bergandingan dengan mereka kerana masing-masing mengetahui peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan,” katanya.


Pada masa ini, tiga pemain itu dilihat layak untuk mengisi dua posisi pertahanan tengah, manakala di bahagian tengah terdapat ramai pemain yang layak mengisinya empat posisi seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd Bunyamin Omar, K Gurusamy, S Chanturu, S Kunalan, Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Khyril Muhyameen Zambri dan Mohd Ashaari Shamsuddin.


Jentera serangan pula kini dianggap terbaik melalui gandingan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali, namun kehadiran semula Mohd Zaquan Adha yang semakin pulih daripada kecederaan dan menjadi penggempur utama skuad kebangsaan sebelum ini mungkin merumitkan keadaan.


Namun semuanya terserah kepada penilaian kepada strategi dan perancangan taktikal yang bakal direncanakan Rajagobal selain keperluan peraturan pertandingan ditetapkan seperti Sukan Sea hanya membenarkan pemain berusia bawah 23 tahun beraksi.


Dua misi penting skuad kebangsaan pada tahun ini adalah mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Indonesia dan perlawanan pusingan kelayakan Sukan Olimpik London 2012 menentang Pakistan penghujung Februari.

Saturday, January 1, 2011

KAFA mahu pajak stadium Kelantan , tanda kegagalan kerajaan negeri





Semalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah menawarkan untuk memajak Stadium Sultan Muhamed IV daripada kerajaan negeri untuk tempoh 30 tahun dengan nilai RM10 juta.

Stadium kebanggaan negeri Wali PAS itu terlalu daif sangat dan tidak setanding dengan pasukan Kelantan yang kini telah muncul antara pasukan paling disegani dalam bola sepak Malaysia .

Menurutnya TS Anuar Musa pajakan tersebut bukan bertujuan mengambil alih sepenuhnya pengurusan stadium, sebaliknya hanya untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan dan negara.

"Jika kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju, KAFA akan membayar dengan jumlah tersebut. Dalam tempoh itu, stadium ini akan berubah wajah daripada apa yang ada sekarang," katanya selepas Mesyuarat Agung Ke-56 KAFA di sini, semalam.



Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, sebelum ini KAFA pernah meminta agar Perbadanan Stadium bertindak segera menaik taraf kemudahan stadium berkenaan yang sudah uzur, jika tidak FAM boleh mengambil tindakan untuk tidak membenarkan sebarang kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia diadakan.

Beliau berkata, surat tunjuk minat telah pun dihantar kepada perbadanan berkenaan untuk dipertimbangkan.

"Perbadanan telah pun membalas surat berkenaan yang meminta KAFA memperincikan beberapa perkara lagi, bagi dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi. "Beberapa pihak telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi KAFA bagi membantu menaik taraf stadium itu jika kerajaan negeri bersetuju untuk memajaknya," ujarnya.


Syabas kepada TS Anuar Musa dan KAFA yang lebih memandang ke hadapan untuk pembangunan bola sepak di Kelantan . Lebih elok KAFA sendiri menguruskan stadium berkenaan jika perbadanan stadium Kelantan di bawah kerajaan negeri sudah tak mampu lagi menaiktaraf stadium berkenaan.

Tak guna memiliki pasukan yang hebat kalau stadium uzur dan daif sehingga penyokong pun tak selesa bila ke menonton perlawanan bola sepak .



** Stadium pun uzur , Menter Besar pun uzur juga .. elok ditukar sahaja baru.

Tahun baru 2011 : Anggota polis cedera parah dirempuh pemabuk


GEORGETOWN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) parah selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol merempuh sekatan jalan raya di Jalan Paya Terubong, menghala Balik Pulau, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, Koperal Amirrul Fitri Norrizat tersepit di antara dua pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan di bahu jalan akibat rempuhan itu.

Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang sedang menunggu giliran untuk diperiksa dalam sekatan itu turut dirempuh yang menyebabkannya tercampak manakala motosikalnya diheret sejauh 150 meter, katanya.

Katanya, Amirrul Fitri, 25, dari Batalion 1, PGA, Ulu Kinta, Perak parah di paha kanannya manakala penunggang motosikal terbabit hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu turut terbakar pada bahagian enjin bagaimanapun berjaya dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang tiba kira-kira lima minit kemudian, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan yang tidak cedera kini ditahan untuk siasatan kerana memandu secara melulu dan berbahaya. - BERNAMA

Komen PB

Ini lah nasib seorang anggota polis yang selalu dihina oleh pembangkang yang sentiasa menjaga keselamatan dan keamanan negara. Siapa sangka diketika rakyat Malaysia sibuk meraikan ambang tahun baru 2011 , ada insan yang bertugas dan selepas itu pulak dilanggar oleh kaki mabuk bangsat ini yang balik dari bersuka ria .

Kalau lah kereta pemabuk ini dilanggar kereta peronda polis dan beliau cedera parah , sudah tentunya polis akan diserang bermacam-macam tuduhan dan dijadikan isu politik . PB berdoa dan mengharapkan Koperal Amirul agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Harimau Malaya kembali mengaum selepas 30 tahun


Wira-wira skuad Harimau Malya yang layak ke Olimpik Moscow pada 1980 bergambar Sultan Ahmad Shah (tengah). Malaysia mara selepas mengalahkan Korea Selatan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Skuad negara diwakili (barisan belakang dari kiri) Ong Yu Tiang, D. Davendran, Ramli Junit, Tukamin Bahari, Peter Rajah, Zulkifle Hamzah, Abdullah Ali, S. Puspanathan (terlindung), James Wong, Soh Chin Aun, Khalid Ali, Santokh Singh, Mohammad Bakar dan Karl Weigang (jurulatih). Barisan depan (dari kiri) pula ialah Hassan Sani, Kamaruddin Abdullah, R. Arumugam, Wan Jamak Hassan, Abdah Aliff, Jamal Nasir dan Shukor Salleh.



KUALA LUMPUR - Pasti ramai tidak lupa detik-detik ketika Hassan Sani melorongkan bola kepada James Wong, yang merembat masuk gol kemenangan Malaysia 2-1 ke atas Korea Selatan pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Merdeka pada 1980.

Seluruh negara melonjak gembira.Perasaan itu dirasai semula malam kelmarin, selepas 30 tahun.

Bola sepak Malaysia begitu disegani di Asia pada era 1950-an, kemudiannya ketika era legenda Mokhtar Dahari, R.Arumugam, Soh Chin-Aun dan Santokh Singh.

Selepas kemenangan gandingan James Wong-Hassan Sani, bola sepak negara mulai merudum pada 1990-an dan awal tahun 2000.

Ia tampak bangkit semula Disember tahun lepas, apabila skuad negara memenangi pingat emas Sukan SEA di Vientiane, Laos. Kejayaan memenangi Piala AFF Suzuki 2010 selepas mengalahkan Indonesia dengan agregat 4-2, mengesahkan Malaysia jaguh sebenar bola sepak Asia Tenggara.

Malah, pasukan yang sama juga mencipta kejutan apabila menewaskan Korea Selatan 1-0 tahun ini.

Pujian kepada jurulatih tempatan, K. Rajagobal, 54, yang mula menjadi jurulatih kebangsaan Bawah 23 sejak April 2009.

Skuad bimbingannya telah berjaya 'mengajak' penyokong bola sepak supaya memenuhi semula Stadium Nasional di Bukit Jalil. Buat pertama kalinya Stadium Nasional dipenuhi 85,000 penonton bola sepak semasa perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki, Ahad lepas.

Harimau Malaya kembali mengaum selepas 30 tahun ..


Tidak mustahil penyokong negara beramai-ramai mengibarkan Jalur Gemilang di Stadium Gelora Bung Karno, jika tidak wujud keraguan terhadap keselamatan di Jakarta, Rabu lepas.

Kali terakhir Stadium Nasional padat dengan kebanjiran penonton ialah ketika perlawanan persahabatan skuad kebangsaan menentang pasukan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United FC pada 18 Julai 2009.

Lebih bermakna kejayaan Malaysia kali ini apabila skuad kebangsaan terdiri daripada anak jati Malaysia.

Selepas mengambil alih jawatan jurulatih kebangsaan daripada B. Sathianathan, Rajagobal telah membuat kenyataan bahawa beliau meminta tempoh tiga tahun untuk membentuk skuad yang mampu mengembalikan keagungan bola sepak negara.

Semasa Sukan Asia 2010 di Guangzhou baru-baru ini, skuad negara yang menghadapi masalah kecederaan, turut membuat kejutan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua meskipun terpaksa akur apabila dibelasah Iran 1-3.

Selepas beraksi di Sukan Asia, skuad Harimau Malaya, cuma berehat seminggu sebelum menyambung latihan bagi mempersiapkan diri untuk kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki.

Rajagobal, yang memegang lesen A Gabungan Bolasepak Asia (AFC), pernah melatih pasukan Selangor pada tahun 2000 dengan membawa pasukan tersebut menjuarai Liga Perdana Satu, separuh akhir Piala Malaysia dan Suku Akhir Piala FA.

Selain itu, beliau juga pernah membawa Kelantan sehingga peringkat separuh akhir pada musim 2001/2002 Piala Malaysia sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2009.

Rajagobal pernah berkata, tiga aspek penting jika mahu kembali disegani di peringkat Asia Tenggara ialah pembangunan pemain peringkat akar umbi, pembangunan jurulatih dan Liga Malaysia sendiri perlu menghasilkan pemain-pemain yang berpotensi.


"Saya tahu dan seluruh rakyat tahu bahawa ia merupakan satu perkara yang tidak mudah tetapi saya akan cuba memberikan yang terbaik dan bersikap realistik," katanya selepas dilantik tahun lepas.
Beliau berkata, ketiadaan pemain import merupakan peluang terbaik bagi pemain tempatan untuk menonjolkan prestasi masing-masing.Rajagobal dikenali sebagai seorang yang peramah dan merendah diri, tetapi tetap tegas ketika berada di atas padang.

Sebagai bekas pemain kebangsaan, beliau dikenali sebagai seorang nippy striker yang pernah bermain bersama pemain legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari lewat zaman 1970-an.

Ketika itu, beliau bermain untuk pasukan PKNS FC dalam liga semi-pro negara dari tahun 1978 hingga 1989.Kejayaan Rajagobal menyemarakkan semangat Malaysia melangkah ke tahun baru dengan lebih yakin untuk mencatat lebih banyak kejayaan.

'Terima kasih Rajagobal. Terima kasih Harimau Malaya'.

PSPS Pekan Baru mahu dapatkan Safee Sali



Selain Nor Shahrul Idlan yang dikatakan cuba dipikat oleh Sriwijaya FC dan kelab dari Jawa Tengah , kini Penjaring Terbanyak Piala Suzuki 2010 , Safee Sali pulak cuba dipancing oleh kelab PSPS Pekan Baru dari Liga Super Indonesia .

Kelab terbabit sekarang ini menduduki tempat ke 7 dalam carta liga dan kini mencari penyerang bagi membantu kelab mereka mencabar kejuaraan liga .

Selain PSPS Pekan Baru, dikhabar kelab berpengaruh di Indonesia , Persija juga dikatakan berminat mahu mendapat Safee Sali . Pengurusan Kelab Persija akan tiba di Kuala Lumpur bagi berunding dengan Selangor FA bagi membeli Safee untuk dibawa ke kelab mereka .

PB selaku peminat bola sepak negara mahu melihat pemain negara ini beraksi dengan kelab di luar negara seperti di Indonesia ini . Sebelum ini kita hanya dengar jurulatih tempatan sahaja menjadi coach di luar negara seperti Moey Yoke Ham ( Geylang FC ) dan Irfan Bakti Abu Salim ( Arema ) , kini sudah tiba masanya pemain negara pulak bermain di sana sebagai pemain import.

Sriwijaya FC berminat pancing Nor Shahrul Idlan Talaha


Kehebatan dan aksi lincah penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha yang twin striker kepada Safee Sali pada saingan Piala Suzuki AFF nampaknya memikat 2 kelab besar dari Liga Super Indonesia untuk mengambilnya sebagai pemain import.


Beliau mengesahkan menerima tawaran dari pasukan Sriwijaya FC yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) dan sebuah lagi pasukan yang belum dapat dipastikan.

Menurutnya , ejen kedua-dua pasukan itu ada menemuinya dan menyatakan minat mendapatkan khidmatnya.

“Benar saya mendapat tawaran pasukan Sriwijaya dan sebuah lagi pasukan dari Jawa Tengah. Saya bersedia untuk keluar dari Malaysia dan beraksi untuk pasukan ini jika mereka memang serius mahu menggunakan khidmat saya,” katanya.

Ini lah peluang terbaik untuk Nor Shahrul Idlan untuk mengembangkan bakat dan kariernya di luar negara dan Liga Indonesia merupakan pentas terbaik . Corak permainan serta sambutan penyokongnya pun lebih kurang sama hebat liga bola sepak kita.

Sebelum ini bekas jurulatih Perlis , Irfan Bakti Abu Salim pernah membimbing kelab Arema FC selama satu musim di sana dan membawa kejayaan kepada kelab berkenaan . Jadi , offer daripada kelab di sana seharusnya tidak dilepaskan oleh Nor Shahrul .