Dua pemain nasional Malaysia, Mohd Safee Sali dan Mahali Jasuli kini menjadi rebutan PSPS Pekanbaru. Kedua pemain cemerlang Malaysia ini dianggap memiliki peranan besar dalam membantu kemenangan pasukan Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium National Bukit Jalil, Malaysia 26 Desember lalu.
Keinginan PSPS untuk mendapatkan kedua - dua pemain Malaysia ini diakui sendiri Pengurus PSPS Pekanbaru, Dastrayani.
"Ya, seperti ketika kita mengadakan perbincangan dengan Safee Sali sambil mempertanyakan khabar tentang Mahali Jasuli. Apatahlagi, Safee telah menyatakan keinginan hasratnya untuk beraksi di liga yang ada di Indonesia. Walaupun, kita belum lagi berbicara langsung dengan Mahali tetapi dengan perbincangan yang baik secara bersama nanti, semoga saja semuanya akan berjalan dengan lancar," harap Dastrayani ketika mengadakan pertemuan dengan wartawan selasa lalu.
Safee Sali |
Menurut Gurning, ketika ini PSPS sedang mengalami masalah di barisan hadapan, setelah kecederaan menimpa pemain penyerang, M Isnaini serta batalnya untuk menandatangani kontrak seorang penyerang dari negara Asia. Pasukan diberi jolokan Askyar Bertuah kini hanya menyandarkan harapan kepada pemain bernama Dzumafo Herman di barisan hadapan.
“Pengurusan kelab sudah memberitahu saya, sudah ada pembincangan dengan agen Safee mengenai kemungkinan dia beraksi bersama pasukan PSPS di musim kedua. Dia pemain yang bagus,” ujar Gurning.
Ditambah pula, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki Cup 2010 itu memperlihatkan persembahan yang bagus sepanjang kejohanan bolasepak ASEAN dwi tahunan tersebut. Safee mempunyai kelajuan, ketajaman dan penyudah yang baik untuk menjaringkan gol gawang lawan.
“Gol-gol yang dihasilkan dari Safee menunjukkan kelasnya sebagai penyerang. Mengenai boleh atau tidaknya dia datang ke PSPS, semua bergantung dengan perbincangan dan situasi di pengurusan. Selain itu, kita tidak tahu apakah Safee mahu bermain hanya setengah musim,” ucap Gurning.
Mahali Jasuli |
"Sama seperti Safee, Mahali juga pemain yang memiliki mental kerja keras. Tentu saja saya mahu, sebab kriteria pemain seperti merekalah yang saya perlukan," jawab Gurning singkat.
sumber : Malaya Tiger Football
No comments:
Post a Comment