Pages

Saturday, January 1, 2011

Tahun baru 2011 : Anggota polis cedera parah dirempuh pemabuk


GEORGETOWN: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) parah selepas sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol merempuh sekatan jalan raya di Jalan Paya Terubong, menghala Balik Pulau, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, Koperal Amirrul Fitri Norrizat tersepit di antara dua pacuan empat roda Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diletakkan di bahu jalan akibat rempuhan itu.

Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun yang sedang menunggu giliran untuk diperiksa dalam sekatan itu turut dirempuh yang menyebabkannya tercampak manakala motosikalnya diheret sejauh 150 meter, katanya.

Katanya, Amirrul Fitri, 25, dari Batalion 1, PGA, Ulu Kinta, Perak parah di paha kanannya manakala penunggang motosikal terbabit hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu turut terbakar pada bahagian enjin bagaimanapun berjaya dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong yang tiba kira-kira lima minit kemudian, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan yang tidak cedera kini ditahan untuk siasatan kerana memandu secara melulu dan berbahaya. - BERNAMA

Komen PB

Ini lah nasib seorang anggota polis yang selalu dihina oleh pembangkang yang sentiasa menjaga keselamatan dan keamanan negara. Siapa sangka diketika rakyat Malaysia sibuk meraikan ambang tahun baru 2011 , ada insan yang bertugas dan selepas itu pulak dilanggar oleh kaki mabuk bangsat ini yang balik dari bersuka ria .

Kalau lah kereta pemabuk ini dilanggar kereta peronda polis dan beliau cedera parah , sudah tentunya polis akan diserang bermacam-macam tuduhan dan dijadikan isu politik . PB berdoa dan mengharapkan Koperal Amirul agar cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

No comments:

Post a Comment