Pages

Wednesday, January 19, 2011

Bola Sepak kita sepatutnya berkiblatkan Jerman pulak


Sudah lama saya berfikir mengenai isu ini yang sentiasa bermain - main difikiran saya selama ini.Apa yang dimaksudkan dengan " menukar buku " ? Maksudnya modul dan khiblat FAM dan tak lupa juga kepada Pak Menteri kita yang selama ini asyik bercakap dan memandang untuk menghantar pasukan bolasepak kita ke England.

Ok , kenapa saya cakap kita perlu mengubah buku Inggeris kepada buku Jerman? Ini kerana sistem pembangunan bolasepak di England sudah tidak relevan lagi . Buktinya? Mudah saja , lihatlah kepada prestasi mereka di kejohanan Piala Dunia yang lepas.

Adakah para pembaca sedar satu perkara? Mereka hanya menggunakan pemain yang sama sejak sedekad yang lalu cuma ada perubahan 1 @ 2 muka baru ( itupun nasib baik David Beckham mengalami kecederaan, kalau tidak pemain seperti Stephen Warnock dan James Milner mungkin akan bersantai di pantai atau villa - villa mewah di sekitar eropah dan UAE sambil menonton perlawanan bola sepak di atas kerusi malas , bukannya bangku simpanan ) .

Dan kita sebenarnya patut berbangga kerana England meniru polisi kita satu ketika dahulu. Ingatkah kita semua sebelum Rajagopal mengambil jawatan jurulatih skuad negara , muka - muka Hairudin Omar, Nizaruddin Yusuf , Khairulnissam Shabudin dan ramai lagi adalah muka wajib dan hampir sedekad jadi kesebelasan utama.

Masih ingatkah lagi semua para pembaca? Sudah tentu anda ingat kerana kecenderungan menggunakan muka yang sama tanpa membawa masuk muka - muka baru dan pemain - pemain muda menjadi punca pasukan negara kita sentiasa pulang dengan tangan kosong. Itulah yang terjadi pada pasukan England ketika ini.


















Franz Beckenbaeur


Jurgen Klinsmann

Sekarang kita lihat bagaimana Jerman mengejutkan hampir berbillion penonton yang menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2010 dengan aksi permainan yang memukau dan yang mengejutkan kita, hampir separuh dari skuad mereka adalah pemain bawah 20 tahun yang memenangi kejohanan Piala Negara Eropah bawah 20 tahun.

Sepanjang saya menonton Piala Dunia, ini adalah kali pertama skuad Jerman datang membawa pemain muda dan ini bukanlah identiti Jerman sebenarnya. Sebelum itu, sila tanya pakcik - pakcik dan datuk - datuk anda, betul atau tidak Jerman di kenali sebagai skuad " Rumah Tua" ?
Pasti mereka menjawab " YA" . Jerman memang terkenal dengan pemain - pemain yang selalu hadir dengan reputasi tinggi dan di barisi pemain yang berusia 28 - 34 tahun ( malah Oliver Neuville berusia 36 tahun pada kejohanan Piala Dunia 2002 di Korea Selatan dan Jepun dan menjaringkan gol kemenangan ketika menentang jiran dan musuh ketat mereka , Poland).
Kali ini, mereka datang dengan wajah yang cukup berbeza dan purata usia pemain mereka adalah sekitar 24.7 tahun dan merupakan skuad yang termuda dalam penyertaan Piala Dunia 2010 yang lalu.

Pada kali ini juga, corak permainan mereka amat berbeza. Jerman satu ketika dahulu adalah pasukan yang banyak bermain menggunakan kepantasan, lintangan bola dan senjata utama zaman berzaman mereka adalah " Rembatan Kencang Dari Jarak Jauh" . Kalau anda tidak percaya, sila lihat rakaman perlawan mereka dari zaman Franz " the Kaiser ' Beckenbauer hinggalah zaman Jurgen Klinsmann dan era terakhir Michael Ballack. Skuad muda mereka kali ini bermain cara bijak dan banyak menjaringkan " tapping gol ' ala - ala futsal. Permainan mereka boleh di anggap antara yang menarik pada kali ini dan lihatlah bagaimana mereka memalukan Maradona dengan membelasah Argentina 4 - 0. Maka , Mesut Ozil , Thomas Muller , Sammi Khadira pantas mengisi nama di dada akhbar di seluruh dunia lantas melupakan nama Michael Ballack yang ketika itu cedera dan tidak dapat beraksi di Piala Dunia 2010.


Torsten Frings dan Michael Ballack


Persoalannya, bagaimana mereka dapat mencipta bintang - bintang seperti ini? Jawapannya mudah saja FAM, DARI AKADEMI DAN PELAN PEMBANGUNAN JANGKA PANJANG!!

Sekarang saya ceritakan bagaimana Jerman boleh sedar dan insaf sebegini? Mereka memulakan program pembangunan selepas " lesu " di peringkat antarabangsa selepas kali terakhir memenangi Piala Dunia pada tahun 1990 . Selepas itu mereka mengalami kekecewaan pada Piala Dunia 1994 namun bangkit semula dengan memenangi kejohanan Euro 2006 . 2 tahun selepas itu, sekali lagi mereka kecewa di peringkat suku akhir Piala Dunia 1998 selepas tewas mengejut kepada Croatia , sebuah negara yang baru merdeka dengan jaringan 3 gol tanpa balas.
Duka tersebut berterusan lagi 2 tahun selepas itu apabila gagal melayakkan diri ke peringkat pusingan kalah mati Di Euro 2000 sekadar menduduki di tangga tercorot di peringkat awal dalam kumpulan.

Dari situ, Persatuan Bola Sepak Jerman mula mengkaji dan mengenalpasti permasalahan yang membelenggu mereka. Ketika itu , ramai pemain luar dan import yang bermain di dalam liga mereka . Antara langkah - langkah yang diambil adalah :-




1.Melabur Dalam Sistem Akademi
Mesut Oezil




Mereka mula membina 127 akademi di seluruh Jerman untuk menghasilkan bakat - bakat muda yang berpotensi di masa hadapan. Pelaburan sejumlah 15. 6 Juta euro selama 5 tahun untuk memastikan sistem akademi mereka tersusun dan lancar . Hasilnya kita dapat lihat sekarang.


2. Pengambilan Pemain Akademi.

Di England , kelab - kelab liga Perdana Inggeris memang banyak membuat pengambilan pemain tetapi ramai pemain yang diambil adalah pemain - pemain luar. Contoh paling mudah adalah Arsenal " mencuri " Fabregas dari Barcelona . Meskipun dia adalah pemain dari akademi Arsenal, dia adalah pemain berdarah sepanyol. Dia terus mewakili sepanyol dan ini akan merugikan England sebenarnya di masa hadapan. Banyak kelab di liga Inggeris ketika ini membuat pengambilan pemain luar tanpa had sambil mengabaikan bakat - bakat tempatan. Hasilnya, Steven Gerrard dan Frank Lampard masih dikerah keringat mereka sampai sekarang walaupun mereka sudah berusia 30 tahun ke atas!!

Berbeza dengan sistem Jerman pada ketika ini yang mewajibkan pengambilan pemain - pemain yang hendak di bawak masuk ke akademi mestilah sekurang - kurangnya 12 orang yang layak untuk bermain untuk skuad kebangsaan mereka.Sebab itu ketika ini mereka mempunyai ramai pemain - pemain muda sensasi dan berbakat dan tidak risau sekiranya pemain - pemain utama mereka cedera dan tidak dapat beraksi, mereka ada pengganti yang berkebolehan untuk mengisi kesebelasan utama mereka. England? Berjuta - juta penyokong mereka akan susah hati jika Wayne Rooney cedera!


Thomas Muller

3.Mengurangkan Pemain Import

Ini dilakukan kerana menyedari terlalu ramai pemain import akan membataskan peluang pemain - pemain muda untuk beraksi untuk kesebelasan utama. Pada tahun 2003 - 2004 , seramai 44% pemain yang beraksi di Bundesliga adalah pemain Import namun ketika ini, hanya 38% sahaja pemain luar dan selebihnya adalah pemain tempatan.

Berbeza dengan England ketika ini di mana 60% pemain yang beraksi di EPL adalah pemain import manakala selebihnya pemain tempatan. Hasilnya, prestasi England kian merosot dan tiada pengganti yang baru kepada generasi tua mereka yang sudah kehabisan zaman berbanding Jerman yang sudah mula mempunyai pemain - pemain pelapis yang berpotensi dan berbakat.

Anda nampak bukan bagaimana sistem akademi memberi pulangan kepada anda? FAM???



4. Mengasah Bakat dan Skill

England mula mengasah skill permainan pemain muda pada usia 6 tahun namun apa yang kita nampak adalah aspek hantaran dan fizikal sahaja yang bagus, " dribbling" ?? tiada lagi selepas era Paul Gascoine di Euro 96. Kenapa jadi begini? pasti sistem akademi mereka dan di bahagian modul teknikal mereka ada yang tidak kena. Bekas pemain Scotland iaitu John Collins sendiri pernah membuat perbandingan sistem akademi di England dan Perancis.

Di Perancis, jumlah jam latihan untuk pemain akademi adalah 2+++ jam berbanding di England hanya ada 1+++ jam . Nampak tidak perbezaan angka di situ? Meskipun perancis gagal menyinar sebelum ini, itu semua adalah kesilapan Persekutuan Bola Sepak Perancis apabila melantik " Mr Bean " ( Raymond Domenech) sebagai jurulatih.

Apa yang terjadi di Jerman adalah mereka mula melatih pemain di usia yang agak tua iaitu 9 tahun. Mereka mula melatih mereka dengan sistem 4 lawan 4 dalam satu padang yang kecil. Tujuannya adalah untuk meransang pemain -pemain muda memberanikan diri untuk menggelecek bola bila berhadapan pihak lawan. Jumlah akan ditambah seorang dari tahun ke tahun sehinggalah berumur 13 tahun, mereka akan bermain 11 lawan 11.




Sammi Khedira

Kesimpulannya:-

Sudah sampai masanya FAM berubah khiblat mereka. Melalui artikel ini kita dapat menilai keberkesanan sistem yang di amalkan di Jerman. EPL memang liga kedua terbaik di dunia tetapi ia hanya mampu menghiburkan kita dan gah dari segi populariti. Kekuatan mereka hanya di peringkat kelab sahaja namun sentiasa malu di peringkat antarabangsa. Mahukah kita jadi sebegitu? Renung - renungkanlah dan selamat beramal..


sumber : Malaya Tiger Football


No comments:

Post a Comment