Pages

Sunday, January 2, 2011

Maxis bakal penaja baru Liga Malaysia 2011


Selepas tamatnya Piala Suzuki 2010 , tahun 2011 ini akan bermulanya Liga Malaysia . Penajanya pun baru dan akan diumumkan oleh secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) .Kontrak Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menggantikan Dunhill selaku penaja utama Liga M sejak musim 2004 akan berakhir pada 26 Januari ini dan ia tidak akan diperbaharui.

Selepas ini , nama penaja baru akan tertera jersi semua pasukan serta nama liga itu sendiri . Contohnya seperti dahulu penaja dahulu iaitu TM Liga Super & TM Liga Perdana .


“Esok (hari ini) kita ada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang akan dipengerusikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan memuktamadkan hal penaja baru ini,” katanya pada Majlis Taklimat dan Undian Liga M 2011 di Bukit Jalil petang semalam.


Rumours mengatakan bahawa syarikat gergasi telekomunikasi di negara ini , Maxis bakal menjadi penaja baru Liga M bermula musim 2011 . Kita tunggu dan lihat siapa penaja terbaru liga bola sepak Malaysia .






1 comment:

  1. Elok pun, cuba banding berapa keuntungan TM dengan keuntungan Maxis, TM bukan dapat untung banyak pun sebab dia tinggal Berukband je lagi kalau berukband pun dah tak ada makan kayu je lah.

    ReplyDelete