Pages
▼
Tuesday, April 28, 2009
Sinar masa depan bola sepak Malaysia masih lagi ada
Name: Wan Kuzain Wan Kamal
Date of Birth: September 14, 1998
Football (soccer) wonder kid. Possesses great skills, passing, and speed. Loves the game. Looking to have a future in the game. Plays in the United States. Is feared by all he plays. Well known football (soccer) star in the Midwest of the United States.
Komen PB
Kepada orang di FAM ,tengok video ini kelincahan dan bakat anak Malaysia di perantauan yang menunjukkan kehebatannya di US . Masih ramai lagi budak2 kita yang berbakat dalam bola sepak cuma latihan dan taktikal di sana lebih hebat dan maju berbanding latihan bola sepak untuk kanak2 di Malaysia.
Isu Manohara
"Keluarga saya akan ambil tindakan undang-undang (terhadap Istana Kelantan) jika kami masih tidak dibenar ketemu (berjumpa) dengan dia."
Demikian tegas Dewi Sariasi Pinot, 20, kakak Manohara Odelia Pinot, 17, bekas model terkenal Indonesia yang didakwa mengalami penderaan emosi dan fizikal setelah menjadi isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry.
"Harapan kami hanya mahu berjumpa dengan darah daging kami saja," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam.
Menurut Dewi, dia dan ibunya, Daisy Fajarina kini benar-benar rindu dan resah mengenangkan nasib Manohara di Istana Kelantan yang sehingga kini masih gagal dihubungi.
Dewi yang merupakan kakak sulung Manohara berkata, ibunya yang menghidapi penyakit kanser rahim sangat merindui Manohara.
"Kami merasa sakit hati bila tidak dapat berhubung dengan Manohara lagi.
"Jika ini berterusan, tindakan undang-undang akan menyusul, ini tidak adil bagi keluarga saya yang tidak dapat melihat dan bertemu Manohara," katanya ketika dihubungi semalam.
Komen PB
Aku bersimpati dengan Ibu Manohara ,ibu mana tidak sedih dan kecewa anak kesayangannya dilarikan dan juga tidak dibenarkan berjumpa dengan anaknya. Kalau anak aku dibuat begitupun,sudah pasti aku marah. Jika Putera UMNO boleh membawa balik anak gadis tempatan yang dilarikan oleh rakyat indonesia semula ke Malaysia dan diberi kerjasama baik juga oleh kerajaan sana . Sepatutnya tidak timbul pun isu oleh ibunya jika perkara ini diselesaikan dengan cara baik .
Pertemuan sulit dan eksklusif
Pertemuan yang cukup bersejarah yang banyak membongkarkan segala isu .
sila klik di sini
http://parpukari.blogspot.com/2009/04/perjumpaan-eksklusif-malaysiakini.html
http://analisisringan.blogspot.com/2009/04/3-pimpinan-pas-dedahkan-rahsia-pada.html
Kisah ADUN Melor PAS - http://faisalrohban.blogspot.com/2009/04/rahsia-disebalik-tuntutan-3-juta-oleh.html
sila klik di sini
http://parpukari.blogspot.com/2009/04/perjumpaan-eksklusif-malaysiakini.html
http://analisisringan.blogspot.com/2009/04/3-pimpinan-pas-dedahkan-rahsia-pada.html
Kisah ADUN Melor PAS - http://faisalrohban.blogspot.com/2009/04/rahsia-disebalik-tuntutan-3-juta-oleh.html
Sunday, April 26, 2009
Pak Lah sokong Ahmad Zahid
Pak Lah ,bekas Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO PP menyokong perlantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan seterusnya mampu menjadi pencetus kepada usaha mengembalikan negeri itu ke pangkuan Barisan Nasional (BN).
"Saya gembira dengan pelantikan Ahmad Zahid, dia adalah seorang pemimpin yang baik dan saya percaya beliau mampu memimpin UMNO Pulau Pinang.
"Bukan mustahil untuk BN mengambil balik Pulau Pinang. Yang diperlukan ialah bekerja bersungguh-sungguh dan lebih penting ialah perpaduan dan muafakat yang baik bukan hanya di antara ahli UMNO bahkan ahli parti komponen,"
Selain itu ,Pak Lah juga turut diminta mengulas kewajaran BN bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Abdullah berkata, memandangkan ia akan diputuskan Biro Politik UMNO, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat kelak. Pak Lah tidak seperti Mahathir yang sentiasa memberi pandangan mengikut fikirannya dan terus menggangu pentadbiran Najib .
Mengenai bagaimana kedudukan beliau di Dewan Rakyat , Pak Lah kata beliau tidak ada masalah kerana pernah jadi backbencer dulu.
“Anda harus tahu dimana anda harus berada.Apabila anda enggan terima perubahan anda akan mula bercakap dan buat perkara yang tak betul dan tak kena.Itu masanya anda akan cetuskan masalah,”katanya membayangkan beliau enggan campur urusan pentabiran kerajaan selepas bersara.
Saya tetap yakin Pak Lah tidak kecewa melakukan peralihan kuasa lebih awal kepada Najib kerana beliau seorang pemimpin yang kuat agama dan setia kepada parti. Walaupun di dalam akhbar Siasah yang terbaru menyiarkan pandangan kolumnis mereka yang menulis "Menunggu tarikh Pak Lah keluar UMNO " dan "Pilihanraya di Kepala batas pula ", saya yakin Pak Lah tidak akan mengikut jejak Perdana Menteri sebelumnya dan akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Kepala Batas . Kepala Batas adalah kubu tradisi UMNO dan ia bukan seperti Permatang Pauh yang wakil rakyatnya ikut suka hati mereka letak jawatan tanpa fikirkan nasib rakyat..
Friday, April 24, 2009
Kebenaran disebalik 30 % Ekuiti Bumiputra di hapuskan dalam sektor perkhidmatan ? jawapan & pendapat
1. Kerajaan telah menghapuskan 30% syarat ekuiti bumiputra untuk 27 jenis perkhidmatan sub-sektor dengan serta merta selaras liberalsasi perdagangan Asean untuk merancakkan lagi industri sektor perkhidmatan.Ini adalah salah satu strategi menarik lebih ramai pelabur untuk membuat FDI ke dalam pasaran negara kita.
2.Antara sektor perkhidmatan yang terlibat antaranya kesihatan & perkhidmatan sosial,perkhidmatan pelancongan,perkhidmatan pengankutan,perkhidmatan perniagaan ,perkhidmatan consultant komputer dsb.
3. Sub sektor kebanyakkan nya terdiri daripada perniagaan kecil,setengahnya di kuasai majoritinya oleh bumiputra dan sebahagian lagi bumiputra hanyalah sebagai sleeping partner yang tidak aktif.
4. Apakah yang di maksud kan 30 % ekuiti bumiputra? contoh nya jika syarikat Tesco atau pun Jusco ingin melabur di Malaysia,sebelum ini mereka perlu memenuhi syarat pemilikan bumiputra sebanyakan 30% sebagai syarat sebelum membuat pelaburan.
Ini tidak termasuk syarikat yang terlibat dengan kontrak kontrak atau tender kerajaan( yang harus ada bumi status) atau pun perkhidmatan yang mempunyai sensitiviti politik seperti perkhidmatan penerbangan, utiliti & peruncitan.
(WSJ) Mr. Najib Wednesday told reporters in Malaysia's administrative capital Putrajaya that foreigners investing in parts of the service sector would no longer be required to take ethnic-Malay partners, who currently must own 30% of any joint venture. The newly opened sectors include health, tourism, and business and technology services, but don't include areas in which there is heavy state-involvement or which are politically sensitive, such as air travel, utilities and retail, where companies such as France's Carrefour SA and Britain's Tesco PLC have pushed for more access.
Syarat untuk bumi status masih kekal untuk mana mana syarikat yang ingin menyertai tender kerajaan
(Reuters-March 12)Deputy Prime Minister Najib Razak, who is slated to become premier on March 31, told the Financial Times that Malaysia could embrace some reforms such as liberalising the services sector but was not able to dismantle policies favouring ethnic Malays.
“We cannot have too drastic a move until people are ready for it,” Najib said in an interview published on Thursday
Manakah yang dikatakan hak bumiputra digadai?
"SYARAT"
5. Yang di hapuskan hanyalah syarat 30 % bumiputra, bukannya hak bumiputra, kita harus jelas tentang isu ini, jangan lah membabi buta terus menyerang tanpa usul periksa.rata rata dari ruangan blog & komen kebanyakan hanya melaungkan UMNO & DS Najib mengadaikan hak bumiputra.
6.Adalah tidak adil membuat tuduhan secara melulu seolah olah DS Najib telah membuat satu dosa besar.Barangkali rakyat tertanya tanya akan perihal nya isu ini tanpa penjelasan mengikut bahasa orang kebanyakan,yang ada cuma petikan penjelasan dari akhbar2 yang bahasa nya terlalu ilmiah hingga ada yang tersalah faham.
7. Salah satu tujuannya adalah didalam kerangka 1Malaysia yang menjadi moto DS Najib, ini menunjukkan DS Najib merealisasikan rancangan nya,cakap serupa bikin.
8.Kita harus tahu DS Najib sekali lagi telah checkmate PR melalui konsep kesamarataan Malaysia Malaysian,dengan tidak sama sekali mengadaikan hak bumiputra.
9.Pisau berharap rakyat berlapang dada dan jelas akan isu ini,kita tidak kehilangan apa apa cuma selepas ini syarat pemilikan 30% tidak ada,dan ini adalah salah satu faktor untuk merancakkan ekonomi & FDI.
source : http://pi5au.blogspot.com
"Para pelabur sudah tentu tertarik dengan langkah liberalisasi itu yang memudahkan perniagaan kerana mereka tidak perlu lagi memikirkan soal 30 peratus ekuiti tempatan," Setiausaha Agung Persatuan Perdagangan dan Industri Kebangsaan, Datuk Syed Hussein Al Habshee
Bumiputera tidak terjejas - Najib
Malaysia jadi pemain utama
2.Antara sektor perkhidmatan yang terlibat antaranya kesihatan & perkhidmatan sosial,perkhidmatan pelancongan,perkhidmatan pengankutan,perkhidmatan perniagaan ,perkhidmatan consultant komputer dsb.
3. Sub sektor kebanyakkan nya terdiri daripada perniagaan kecil,setengahnya di kuasai majoritinya oleh bumiputra dan sebahagian lagi bumiputra hanyalah sebagai sleeping partner yang tidak aktif.
4. Apakah yang di maksud kan 30 % ekuiti bumiputra? contoh nya jika syarikat Tesco atau pun Jusco ingin melabur di Malaysia,sebelum ini mereka perlu memenuhi syarat pemilikan bumiputra sebanyakan 30% sebagai syarat sebelum membuat pelaburan.
Ini tidak termasuk syarikat yang terlibat dengan kontrak kontrak atau tender kerajaan( yang harus ada bumi status) atau pun perkhidmatan yang mempunyai sensitiviti politik seperti perkhidmatan penerbangan, utiliti & peruncitan.
(WSJ) Mr. Najib Wednesday told reporters in Malaysia's administrative capital Putrajaya that foreigners investing in parts of the service sector would no longer be required to take ethnic-Malay partners, who currently must own 30% of any joint venture. The newly opened sectors include health, tourism, and business and technology services, but don't include areas in which there is heavy state-involvement or which are politically sensitive, such as air travel, utilities and retail, where companies such as France's Carrefour SA and Britain's Tesco PLC have pushed for more access.
Syarat untuk bumi status masih kekal untuk mana mana syarikat yang ingin menyertai tender kerajaan
(Reuters-March 12)Deputy Prime Minister Najib Razak, who is slated to become premier on March 31, told the Financial Times that Malaysia could embrace some reforms such as liberalising the services sector but was not able to dismantle policies favouring ethnic Malays.
“We cannot have too drastic a move until people are ready for it,” Najib said in an interview published on Thursday
Manakah yang dikatakan hak bumiputra digadai?
"SYARAT"
5. Yang di hapuskan hanyalah syarat 30 % bumiputra, bukannya hak bumiputra, kita harus jelas tentang isu ini, jangan lah membabi buta terus menyerang tanpa usul periksa.rata rata dari ruangan blog & komen kebanyakan hanya melaungkan UMNO & DS Najib mengadaikan hak bumiputra.
6.Adalah tidak adil membuat tuduhan secara melulu seolah olah DS Najib telah membuat satu dosa besar.Barangkali rakyat tertanya tanya akan perihal nya isu ini tanpa penjelasan mengikut bahasa orang kebanyakan,yang ada cuma petikan penjelasan dari akhbar2 yang bahasa nya terlalu ilmiah hingga ada yang tersalah faham.
7. Salah satu tujuannya adalah didalam kerangka 1Malaysia yang menjadi moto DS Najib, ini menunjukkan DS Najib merealisasikan rancangan nya,cakap serupa bikin.
8.Kita harus tahu DS Najib sekali lagi telah checkmate PR melalui konsep kesamarataan Malaysia Malaysian,dengan tidak sama sekali mengadaikan hak bumiputra.
9.Pisau berharap rakyat berlapang dada dan jelas akan isu ini,kita tidak kehilangan apa apa cuma selepas ini syarat pemilikan 30% tidak ada,dan ini adalah salah satu faktor untuk merancakkan ekonomi & FDI.
source : http://pi5au.blogspot.com
"Para pelabur sudah tentu tertarik dengan langkah liberalisasi itu yang memudahkan perniagaan kerana mereka tidak perlu lagi memikirkan soal 30 peratus ekuiti tempatan," Setiausaha Agung Persatuan Perdagangan dan Industri Kebangsaan, Datuk Syed Hussein Al Habshee
Bumiputera tidak terjejas - Najib
Malaysia jadi pemain utama
Thursday, April 23, 2009
Lim Guan Eng bazir duit rakyat
Langkah LGE menetap di kediaman rasmi KM dibidas oleh pihak BN kerana sebelum ini dia begitu bangga tinggal di rumah milik keluarganya sahaja ..pirah !!! cakap retorik !!
Dalam Sidang Dun PP hebat BN menyerang LGE dengan isu ini seperti cakap tak serupa bikin.
" Saya tahu perkara ini sudah lama memandangkan beliau berpindah ke rumah rasmi Sri Teratai pada 21 Jun tahun lepas namun saya musykil terhadap pendiriannya itu "
Tindakan Ketua Menteri berpindah ke rumah rasmi tersebut menyaksikan rumah itu diubahsuai dengan menelan kos RM 122000 ribu .Ini bukan satu langkah untuk menjimatkan duit kerajaan " Shahabudin Yahya ( BN Permatang Berangan)
Kos ubahsuai yang tinggi ini menunjukkan pemimpin DAP ini secara tidak langsung bercanggah dengan prinsip CAT yang sering dilaung-laungkan .
Selain itu LGE juga turut diselar keranan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender sekaligus tidak mengambarkan kerajaan pimpinannya tidak mengikut prinsip CAT Cekap ,Akauntibliti dan Telus
" Saya betul-betul tidak faham macamana perkara seumpama ini boleh berlaku ,macamana Ketua Menteri boleh lantik dirinya sendiri untuk jawatan tersebut kalau jadi sendiri Pengerusi macam mana hendak nampak ketelusan " Datuk Jasmin Mohamed ( BN - Sg Dua )
Lagi satu pembaziran tak masuk akal ialah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 9000 seorang untuk membuat lawatan ke Medan Indonesia. Tambang kapal terbang hanya dianggarkan menelan kos kurang dari RM 1000 seorang bagi pergi dan balik.( ITU PUN KALAU TEMPAH AWAL LAGI MURAH.)
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN Penaga) mengemukakan soalan tentang mengapakah jumlah yang dibelanja untuk lawatan ke Medan, Indonesia yang disertai seramai 17 orang menggunakan duit kerajaan negeri mencecah RM164,000 iaitu kira-kira RM9,000 seorang.
Hebat sungguh kerajaan CAT ini belanja duit holiday di Medan ..mungkin pakej lain kot yang best ada sama .
Dalam Sidang Dun PP hebat BN menyerang LGE dengan isu ini seperti cakap tak serupa bikin.
" Saya tahu perkara ini sudah lama memandangkan beliau berpindah ke rumah rasmi Sri Teratai pada 21 Jun tahun lepas namun saya musykil terhadap pendiriannya itu "
Tindakan Ketua Menteri berpindah ke rumah rasmi tersebut menyaksikan rumah itu diubahsuai dengan menelan kos RM 122000 ribu .Ini bukan satu langkah untuk menjimatkan duit kerajaan " Shahabudin Yahya ( BN Permatang Berangan)
Kos ubahsuai yang tinggi ini menunjukkan pemimpin DAP ini secara tidak langsung bercanggah dengan prinsip CAT yang sering dilaung-laungkan .
Selain itu LGE juga turut diselar keranan melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tender sekaligus tidak mengambarkan kerajaan pimpinannya tidak mengikut prinsip CAT Cekap ,Akauntibliti dan Telus
" Saya betul-betul tidak faham macamana perkara seumpama ini boleh berlaku ,macamana Ketua Menteri boleh lantik dirinya sendiri untuk jawatan tersebut kalau jadi sendiri Pengerusi macam mana hendak nampak ketelusan " Datuk Jasmin Mohamed ( BN - Sg Dua )
Lagi satu pembaziran tak masuk akal ialah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 9000 seorang untuk membuat lawatan ke Medan Indonesia. Tambang kapal terbang hanya dianggarkan menelan kos kurang dari RM 1000 seorang bagi pergi dan balik.( ITU PUN KALAU TEMPAH AWAL LAGI MURAH.)
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN Penaga) mengemukakan soalan tentang mengapakah jumlah yang dibelanja untuk lawatan ke Medan, Indonesia yang disertai seramai 17 orang menggunakan duit kerajaan negeri mencecah RM164,000 iaitu kira-kira RM9,000 seorang.
Hebat sungguh kerajaan CAT ini belanja duit holiday di Medan ..mungkin pakej lain kot yang best ada sama .
Wednesday, April 22, 2009
Kerajaan PR Pulau Pinang terus mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri
Tidak sampai beberapa hari kita mendengar Ketua Pembangkang Azhar Ibrahim pertikai kesahihan pelaburan 10 Billion oleh kerajaan negeri PP ,muncul lagi isu kerajaan negeri atas arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan negeri untuk membayar tuntutan sebanyak RM14.68 juta yang dikemukakan oleh individu berhubung isu tanah di Pulau Pinang.
Kerajaan negeri pada mulanya bercadang memajak tanah kepada individu bernama Tang dan akhirnya membatalkan pemajakan itu. Akibatnya kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada individu itu atas pembatalan tersebut.Isu ini merupakan satu perkara yang amat merugikan negeri dan rakyat Pulau Pinang. RM14.68 juta merupakan satu jumlah yang besar dan sepatutnya ia dimanfaatkan dengan lebih baik dan berkesan terhadap pembangunan negeri atau kebajikan rakyat.Jadi ,sudah tentunya perkara seperti menunjukkan bahawa kerajaan negeri dilihat gagal mentadbir negeri ini dengan baik dan menguntungkan kerajaan . .
"PULAU PINANG: Kerajaan negeri diarahkan membayar kira-kira RM14.68 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes tanah membabitkan kerajaan negeri dan seorang individu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kes itu membabitkan Tang Hak Ju sebagai pemohon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Kerajaan negeri serta Pegawai Kewangan negeri sebagai responden.
"Kes ini masih dalam tempoh rayuan. Sementara menunggu rayuan, mahkamah meminta kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah gantirugi yang keseluruhannya sebanyak kira-kira RM29.36 juta," katanya di sini, hari ini.
Lim berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh bayaran itu.
Pada 19 Februari 2008, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan responden mendepositkan RM14.68 juta kepada mahkamah dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perintah dikeluarkan.
"Kita akan bentangkan Rang undang-undang Perbekalan Tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada sesi akan datang Julai ini bagi mendapatkan kelulusan mengeluarkan wang untuk membayar tuntutan itu," katanya.
Skandal tanah itu membabitkan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.2 hektar kepada Tang dan kemudiannya membatalkan perjanjian itu.
Kes itu dibawa ke mahkamah dan kerajaan negeri kemudiannya diarahkan untuk membayar RM40 juta kepada pemohon dan selepas rayuan, jumlah itu dikurangkan kepada RM29.35 juta.
Ketika ini, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan mahkamah terhadap rayuan bagi mengurangkan lagi jumlah itu."
- B. Harian Online
Sunday, April 19, 2009
Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda
Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Raja Dr Nazrin Shah telah menyampaikan titah menyengat yang jelas menyentuh tentang tindak tanduk kumpulan politik tertentu dalam kontek senario politik di Perak kebelakangan ini.
Titah berkenaan dibuat semasa istiadat penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar , Ahad.
Sultan Azlan membidas tindakan kumpulan politik tertentu yang sampai ke peringkat menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain turut mencemar institusi raja dengan menyemai rasa benci rakyat terhadap raja merupakan satu perbuatan 'menyalakan api dalam sekam' yang amat berbahaya dan boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
Menurut baginda bahawa seseorang raja sebenarnya berada di atas politik dan tidak boleh turun untuk berdebat dengan terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik tertentu.
"Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
"Betapa kumpulan politk tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang-undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah pada hemat baginda, negara kini telah terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.
"Dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa ini tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian," titah baginda.
Baginda bertitah oleh itu para pemimpin yang mewakili kumpulan politik yang berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama di antara mereka demi kepentingan negara dan warga.
Sultan Azlan bertitah sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara, diakui bahawa berlakunya kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir negara.
"Beta sendiri dari masa ke masa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahupun secara tertutup akan perkara-perkara yang tergelincir dari dasar dan garis perundangan.
"Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa indivIdu atau yang berpunca dari kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.
"Barang dijauhkan Allah dari bangsa menghadapi nasib malang 'menang sorak kampung tergadai', akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah anggapan salah bahawa raja berperlembagaan adalah sekadar lambang tanpa sebarang kuasa merupakan tafsiran yang perlu diperbetulkan.
Sementara itu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dalam titah baginda menyatakan tekadnya akan mengambil tanggungjawab utama untuk melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini akan terus dipertahankan.
"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang Raja Pemerintah itu tidak akan anakanda redha untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.
"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda.
Baginda bertitah Raja-Raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
Raja Nazrin bertitah sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.
Titah baginda kebijaksanaan pemerintahan beraja membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.
"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan Raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.
Baginda bertitah kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti daripada segi institusi, agama, budaya dan bahasa.
"Tindakan-tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa. Di era peperangan dingin, langkah-langkah sedemikian lahir dari kumpulan yang berpegang kepada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.
"Atas nama Revolusi Budaya, di China dan indoktrinasi komunisme di Kampuchea (Kemboja) dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri; pemimpin-pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.
Baginda bertitah hari ini dunia sedang menghadapi gelombang globalisasi yang menghempas setiap sempadan dan mahu memecahkan benteng budaya dan berkemungkinan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.
Raja Nazrin bertitah warga muda yang sedang dilambung ombak globalisasi, perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.
Titah baginda ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.
"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa.
agendadaily.com
Thursday, April 16, 2009
DUN Penanti kini pilihanraya pulak ..
Seperti yang diramal oleh semua pihak termasuk saya sebagai anak jati Dun Penanti merasakan DUN ini akan menjadi perang lagi selepas PRK Permatang Pauh dulu pada tahun lepas.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin umum beliau letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti berkuatkuasa hari ini. Beliau yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sebuah kuari buat pengumuman itu menerusi satu kenyataan. Katanya beliau buat keputusan itu demi kepentingan PKR dan menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga
Penanti terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa pilihanraya umum Mac 2008 lalu Fairus tewaskan calon BN Datuk Jalil Majid dengan majoriti 2,219. Fairus dapat 7,346 dan Jalil 5,127. Jumlah pengundi kawasan itu ialah 15,421.
Perbezaan undi 2219 walaupun tidak banyak tetapi Permatang Pauh adalah kubu kuat dan juga lubuk Anwar. Agak sukar juga untuk BN merampas semula kawasan itu kerana mengikut pengalaman saya sebagai jentera Pemuda BN dulu di PRU12 dan PRK Permatang Pauh dan mengikut trend pengundi di sini sukar untuk BN menarik sokongan golongan muda . Kawasan yang terkenal kubu pembangkang seperti Kubang Semang ,Sg Semambu ,Simpang 3 Berapit,Kubang Ulu memang solid undi PKR tetapi kawasan2 lain seperti Guar Perahu ,Kuala Mengkuang ,Pdg Ibu ,Kg Tok Sardon kita kalah banyak kepada saluran 4,5,6 iaitu golongan muda . Kita akan lihat adakah angin perubahan pengundi MELAYU di Bukit Gantang juga turut ke Penanti ?R akyat di Penanti termasuk saya sendiri misalnya seperti anak yatim piatu. Terpaksa mencari wakil UMNO atau YB Seberang Jaya untuk meminta bantuan,aduan dan sebagainya.
akan disambung ...
link
PKR parti Rasuah
GILA KUASA = BESAR KEPALA
Tudia..pak ngah feroz terus blahhh...
Monday, April 13, 2009
Khairy umumkan 4 pegawai baru dalam Pemuda UMNO
Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.
Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.
Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).
Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.
"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.
"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.
Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.
Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.
"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.
Komen PB
PB mengucapkan tahniah kepada keempat pegawai baru Pemuda UMNO .Semoga mereka dapat menjalankan tugas dan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan bekerjasama sebagai suatu pasukan .Agak pantas juga gerak kerja yang ditunjukkan oleh Pemuda dan ini langkah yang baik . Pemuda harus segera bergerak ke depan kerana tugas dan misi menarik sokongan golonga muda ini cukup penting sebelum menjelang PRU 13 .
PP tidak tunaikan janji tetapi mahu naikkan tarif air pulak
Semalam berita mengatakan Pulau Pinang menerusi KM Lim Guan Eng memberi amaran akan menaikkan tarif air jika penduduk Pulau Pinang tidak berjimat cermat pengunaan air . Memang kita tahu Pulau Pinang merupakan negeri yang terendah tarif air di Malaysia tetapi jangan lah menaikkan kadar tarif air pada keadaaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini .
Dahulu masa PRU 12 semasa berkempen di Pulau Pinang, DAP cukup hebat memainkan isu Tol Lebuh Raya Sg Nyior yang mengatakan ia membebakan rakyat . Mereka juga berjanji akan menghapuskan tol 50 sen itu apabila mereka memerintah Pulau Pinang tetapi tol itu masih ada seperti sekarang dan mereka memang janji kosong .
Sudah la beberapa kuari di Pulau Pinang ditutup sementara oleh kerajaan negeri kerana berkenaan isu royalti dan ramai pekerjanya adalah dari kalangan rakyat tempatan kini duduk sahaja di rumah .Hal ini kerana mereka kebanyakannya bekerja gaji hari dan ini paati menyukarkan mereka untuk menyara keluarga apabila tempat kerja yang menjadi mata pencarian mereka telah ditutup operasi .
Saturday, April 11, 2009
Pemuda UMNO mahu menjadi " Suara Rakyat Malaysia "
"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan mendengar inspirasi rakyat bawahan, keluhan rakyat miskin dan terpinggir."
Selepas 2 hari pengumuman barisan barisan baru kabinet Najib yang tidak menyenaraikan Ketua Pemuda UMNO ,YB Khairy telah memulakan gerak kerjanya dalam Pemuda UMNO untuk menarik semula sokongan golongan muda.Semalam berlangsungnya majlis Kesyukuran dan Program Exco Turun Padang serta perasmian Pasukan Gerak Khas Pemuda Selayang di Rawang .Turut hadir ke majlis itu ialah Adun Kuang Abd Shukor Idrus dan juga barisan Exco Pemuda UMNO Sohaimi Shahadan ,Lokman Nor Adam, Shafiqurrahman Shamsuddin, Mohd Afandi Yusoff dan Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Beliau menganggap dirinya tidak tersenarai dalam jemaah kabinet memberi satu hikmah bagi membolehkan sayap parti itu menjadi pembela kepada rakyat bawahan.
Menurut Khairy, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan digembelingkan untuk menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan membawa tindakan yang mencerminkan kehendak rakyat.
“Kita akan mencari beberapa isu untuk diselesaikan melalui suara pemuda. Kita akan membawa pendekatan terus kepada masyarakat, rakyat dan pada semua pihak bukan hanya tertumpu pada ahli UMNO sahaja,” jelasnya.
Selain itu ,Khairy jugA mengumumkan penubuhan sebuah biro khas Hal Ehwal Bandar dalam pergerakan itu khusus untuk melihat dan membantu menyelesaikan masalah generasi muda di bandar dari segi perumahan, kesihatan, ekonomi, penjaja kecil, pengusaha kecil, jenayah, keselamatan dan sebagainya.
"Kepada rakyat yang terpinggir, yang tidak ada masa depan sebagai pelanggan utama kita,
Ini merupakan satu langkah yanag saya fikirkan baik sebagai langkah perlaksanaan untk menjadi " Suara Rakyat Malaysa " dan penubuhan biro khas ini mampu menjadikan Pemuda sebagai tempat menyuarakan masalah rakyat peringkat akar umbi .
Khairy juga memberitahu bagi menawan hati pengundi-pengundi muda dan pengundi atas pagar, Pergerakan Pemuda UMNO perlu menganjurkan program yang melibatkan orang ramai dari semua kaum.
“kita tidak seharusnya menganjurkan program syok sendiri yang hanya melibatkan ahli UMNO sahaja, kita turun ke bawah berjumpa bersalam dengan orang yang sama, kita berceramah pada orang sama, kita bercakap pada orang yang sama yang totok UMNO dan Barisan Nasional sahaja"
"Kita kena berubah dan keluar dari ruang selesa, kita kena mendekati dan bersama mereka yang sebelum ini ragu-ragu dengan perjuangan kita, dengan pendekatan yang lebih baik akan memastikan mereka yang mengundi di saluran 4, 5 dan 6 kembali memberi sokongan pada kita pada PRU 13 nanti,” tegas Khairy.
"Sayaakan bekerja keras untuk kebaikan parti. Saya buat ikrar depan presiden bahawa Pemuda akan bersama saya.
"Bukan mudah hendak menawan pengundi muda dan pengundi atas pagar. Kita kena buktikan Umno boleh memimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.
"Bukan setakat jaga ahli parti (Umno) tetapi juga yang tidak berparti dan pengundi atas pagar,"
Apabila ditanya soalan oleh wartawan mengenai samada beliau kecewa tidak dilantik dalam kabinet
“saya tidak rasa kecewa kerana banyak tugas untuk saya. Tugasan saya amat berat tetapi ianya beri semangat dan mencabar.”
"Kalau semua pemimpin berada dalam kerajaan, siapa yang hendak jaga parti.
Saya meminta ahli Pemuda menerimanya dan jangan membuat spekulasi dan cerita yang bukan-bukan,"
“Ada sesetengah pemimpin UMNO pun boleh jadi orang parti, jaga parti, kuat dan kukuhkan parti…saya salah seorang yang terpilih untuk bekerja sepenuh masa dengan parti maka saya terima cabaran ini dengan hati terbuka,”
Pemuda akan konsisten dengan amanat Perdana Menteri agar ‘Rakyat Didahulukan’ melalui konsep ‘Suara Rakyat.” ujarnya.
Walauapapun , ini merupakan cabaran untuk Khairy sebaga Ketua Pemuda dan kini beliau telah memulakan langkah kerjanya dengan slogan Setiakawan untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai Suara rakyat Malaysia dan juga cuba mengikis persepsi negatif golongan muda terhadap Pemuda UMNO. Kita harap program seperti harus diperluaskan ke seluruh negara sehingga ke peringkat bahagian-bahagia. >
Friday, April 10, 2009
Kabinet baru tanpa Ketua Pemuda UMNO
saya sudah menjangkakan kabinet baru yang dikatakan kabinet rakyat ini akan tiada pemimpin no 1 Pemuda iaitu YB Khairy Jamaluddin . Kesemua ahli majlis tertinggi UMNO yang baru dipilih dalam Pemilihan Agung UMNO yang lepas dilantik menjadi menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri.
Hanya Khairy Jamaluddin yang baru memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO dilihat telah diketepikan dari barisan kabinet yang baru ini. Ini menjadikan beliau sebagai Ketua Pemuda pertama yang tidak tersenarai dalam barisan kabinet. Ketua Puteri baru, Dato' Rosnah Rashid Sirlin telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan. Naib Ketua Pemuda UMNO, Dato' Razali pula dilantik menjadi Timbalan Menteri Belia Dan Sukan. Satu lagi kejutan yang berlaku dalam senarai barisan kabinet baru ini adalah perlantikan Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan. Dalam Pemilihan Agung UMNO yang lepas, Dato' Mukhriz telah tewas di tempat ketiga dalam perebutan tiga penjuru jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Tun Mahathir telah menjawab soalan wartawan dengan mengatakan beliau gembira anaknya itu dilantik oleh Najib .Sebelum ini kita dengar Tun akan dilantik sebagai Penasihat tetapi beliau menafikan campur tangan dalam percaturan barisan kabinet Najib . Betulkah Tun tidak campur tangan? Sekiranya betul, DS Najib harus menerangkan sebab sebenar sebab Mukhriz wajar dilantik sedangkan beliau tewas di dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO.
Hal ini cukup penting supaya barisan kabinet DS Najib ini tidak ditohmah sebagai kabinet yang mengikut telunjuk Tun.Najib perlu keluar dari bayangan Tun dan mencari identiti baru untuk menerajui negara seperti Pak Lah yang mempunyai pendiriannya sendiri untuk tidak mengikut telunjuk sesiapa .Saya mengharapkan Najib mempunyai kekuatan sendiri, bertindak diluar norma biasa politik UMNO, BN dan Malaysia. Sekiranya Najib meneruskan pentadbiran negara dengan ada tokoh berada 'di belakang tabir' ianya amat bahaya serta memberi kesan yang buruk kepada sesebuah kerajaan dan PRU 13 kita akan lihat kesannya.
Saya masih mencari lagi kehebatan dalam barisan kabinet baru najib tetapi kebanyakkannya muka itu juga .Orang-orangnya tetap orang lama dalam politik. Orang-orangnya semua kita tahu dan kita boleh dengar cerita-cerita mereka dari A sampai Z.
Harapan saya ialah kabinet yang akan mampu menyakinkan golongan muda ini untuk membawa perubahan yang baik untuk masa depan mereka dan kebaikan untuk rakyat.
Tetapi Najib sebenarnya rugi kerana telah mengorbankan Khairy Jamaluddin satu-satunya orang berjawatan penting di dalam UMNO yang mempunyai kelayakan ,seorang intelektual ,banyak idea2 bernas ,dan karisma yang membuat orang yang tidak mengenalinya teruja dengan latar belakangnya dan laluannya ke menara politik.Apakah ini dilihat seperti tekanan Najib kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang tidak dipilih .
" Apabila orang No 2 anda dipilih dan ada sebagai ketuanya tidak dipilih ,Apa perasaan anda ???
Apakah alasan Najib yang mahu Khairy menumpukan Pemuda untuk menarik sokongan golongan ini boleh diterima ??Adakah tugas ini harus diletakkan kepada Khairy seorang sahaja , jadi apakah sayap2 UMNO lain dan juga pemimpin2 kanan UMNO seperti Naib Presiden dan Timbalan Presiden duduk sahaja dan tumpukan kepada kementeria masing2 ??
Dalam politik Umno tanpa wang, jawatan dan kuasa, apa yang seseorang itu boleh buat ? Dahulu Ketua Pemuda UMNO dulu berjawatan Menteri kanan di Kementerian Pelajaran yang memang lubuk punya tempat .Tetapi kini apakah Khairy boleh survive mengharungi semua ini dalama pada masa yang sama ditugaskan untuk menarik sokongan golongan muda .Saya khuatir tidak ada siapa yang akan hormat dan pedulikan Khairy selepas ini kerana tidak berjawatan dan mungkin hanya penyokong2 nya yang sahaja dalam Pemuda akan setia kepada beliau .
Khairy : Saya tidak kecewa
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru.Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
khairy jamaluddinKetika dihubungi Malaysiakini, ahli parlimen Rembau berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.
"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebutMenurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh perdana menteri.Beliau juga mengucap terima kasih kepada Najib kerana melantik naibnya Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.
Link
Kertas Politik Pertama Bagi Khairy
Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri
'Positif' Khairy tidak tersenarai - Tun M
Barisan Kabinet baru kerajaan -KJ
Tun M suka Muhkriz dilantik
Syabas Ds Najib dan kabinet baru
KHAIRY DIBEKUSEJUKKAN OLEH NAJIB
Bayangan Dr Mahathir muncul di belakang 'tabir' kabinet baru
Menawan kembali Kepercayaan Rakyat ?
Sunday, April 5, 2009
Anwar ceramah pengunaan kalimah Allah untuk tujuan politik
Apabila membaca suratkhabar dan juga internet mengenai tindakan Anwar yang membangkitkan isu pengunaan kalimah Allah di Batang Air jelas ia bertujuan politik untuk menarik sokongan bukan Islam .
Anwar dengan hebat berceramah bercakap tidak salah penganut agama lain mengunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing. Selain itu ,Anwar juga berkata di Malaysia ,pengunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh parti UMNO yang mempertahankannya .Hairan saya melihat Anwar sekarang yang sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya dahulu sejak dari ABIM untuk menegakkan Islam .
Tokoh agama seperti Mufti Perak juga turut membidas kenyataan Anwar
" jika berpolitik ,guna lah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama , yang salah tetap salah .
Kalimah Allah bukan untuk dibuat suka-suka ,inilah mereka tak faham sensitviti Islam.Nama Allah untuk orang Islam shj . Jadi janganlah nak main api dengan hukum agama"
Sepatutnya tidak boleh sesiapa menimbulkan isu ini kerana ia begitu sensitif kepada umat Islam dan perkara ini juga pernah diberi amaran oleh Dato Sero Zahid Hamidi .Apakah kita mahu nanti jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini nanti ,kalimah Allah akan dilihat juga di papan tanda kuil-kuil dan juga tokong kerana semua penganut bukan Islam boleh mengunakannya juga.
Thursday, April 2, 2009
Video menarik PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau
Anda boleh lihat sendiri video tersebut di bawah ini SIAPA NIZAR ?? bagaimana Nizar menafikan Negara Islam agenda perjuangan Pas di hadapan rakan rakan Pakatan Rakyat iaitu Dap dan Pkr......
PENDEDAHAN BEKAS AHLI PKR YANG TIDAK GENTAR MENDEDAHKAN SKANDAL -SKANDAL YANG BERLAKU DI KEDAH DAN BETAPA KAYANYA PEMIMPIN-PEMIMPIN PKR SELEPAS MENJADI YB !!
Blogger Pakatan kini sudah gelisah dan meracau dengan serangan BPN
Sekarang ini perang cyber dlm dunia blogger kini sedang hangat berlaku di Malaysia antara blogger BPN dan Blogger PR ( Penipu Rakyat ) berikutan pilihanraya kecil di Bukit Gantang ,Bukit Selambau dan Batang Ai
Kebangkitan Blogger penyokong BN ( BPN ) kini kian terasa dengan serangan berterusan dari seluruh ahli blogger BPN ke atas Nizar ,Anwar dan Pakatan Rakyat. Dahulunya mereka boleh la bermaharajalela sesuka hati menulis apa saja yang mahu mereka tulis tetapi hari ini mereka telah diberikan tentangan dan serangan yang hebat dari bloggers yang menyokong kerajaan tidak kira dari kumpulan mana mereka bernaung tetapi jelas nampak nya mereka bersatu hati iaitu bangkit memperjuangkan bangsa ,agama dan negara . Ahli-ahli BPN kini berada di seluruh pelusuk negara dari Perlis sehingga ke Sabah dan kini segala isu berkaitan pembangkang akan disampaikan maklumat kerana rangkaian BPN berada di seluruh negara.
Laman web terkenal pembangkang http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=4157
kini terpaksa menerima akibatnya kerana apa yang mereka tuduh dan fitnah kepada BN dahulunya kini sudah berpatah balik kepada mereka .Mereka terpaksa defensif dan mempertahankan isu yang dimainkan BPN dan pemimpin pakatan seperti Nizar paling teruk kena . Isu hangat yang kini di Bukit Gantang ialah gambar terbaru teman wanita calon Bukit Gantang sudah tersebar luas http://taktikgerila.blogspot.com/
Teruskan perjuangan semua sahabat-sahabat BPN !!!
Hidup Melayu !!
Sokongan 200 orang beliau kepada jentera BN
Oleh Adnil Mohd
Sungai Petani -- Kira-kira 200 belia India hari ini menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) sekaligus menawarkan diri menjadi jentera membantu Pemuda BN berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Kumpulan terbabit yang juga merupakan pengundi di kawasan tersebut berbuat demikian kerana percaya hanya BN yang mampu membela masyarakat di kawasan itu khususnya kaum India.
Mereka menyatakan demikian ketika bertemu Pengarah Jentera Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim di Bilik Gerakan Pemuda BN di Sungai Lalang di sini, hari ini.
Menurut Razali apa yang menarik kumpulan terbabit tidak menjadi mana-mana ahli parti baik dari komponen BN mahupun pembangkang.
"Ini merupakan satu lagi suntikan semangat buat kita di Bukit Selambau. Golongan pengundi muda ini sudah dapat melihat hanya BN yang mampu membela masyarakat di negara ini.
"Mereka ternyata tidak mahu membiarkan diri mereka khususnya kaum India hanya menjadi alat parti-parti tertentu untuk mendapatkan undi semata-mata", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau seterusnya menambah kumpulan terbabit akan diberikan peranan bersama jentera Pemuda BN dalam siri kempen yang akan dijalankan nanti.
"Kita yakin lebih ramai lagi golongan atas pagar sebegini akan memberi sokongan kepada kita. Kita mahu terjemahkan sokongan ini menerusi peti undi khususnya saluran tiga dan empat", ujarnya.
Mengenai pelbagai isu atau dakwaan yang dilemparkan pembangkang terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap BN, beliau berkata tidak sepatutnya semua isu dihumbankan kepada pengundi.
"Ini memang kerja Anwar yang cukup pandai memanipulasi isu bagi mengelirukan orang ramai. Kita cabar Anwar kerana kita percaya pada akhirnya nanti bila dibentangkan di atas meja tidak ada satu pun bukti yang mampu beliau kemukakan terhadap semua isu yang dilemparkan", katanya.
Komen PB
Ini merupakan pendekatan baru jentera Pemuda BN untuk menarik semula sokongan pengundi atas pagar yang terdiri drpd pengundi muda. Kita tidak kisah golongan beliau India ini tidak menyertai MIC sekalipun tetapi sokongan mereka untuk menyertai jentera Pemuda BN amat dialu-alukan . Kita harap lebih ramai golongan atas pagar daripada ketegori belia menyertai jentera BN .
Wednesday, April 1, 2009
3 DUN BEBAS kekal sebagai wakil rakyat
3 DUN kekal sebagai wakil rakyat
Mahkamah Tinggi tolak permohonan DUN Perak
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar untuk mengenepikan saman pemula yang difailkan oleh tiga anggota DUN masing-masing bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi turut menolak permohonan enam pihak termasuk tiga bekas Exco kerajaan negeri Perak iaitu A.Sivanesan, Tai Sing Ng dan Chan Fook Chye serta tiga pengundi DUN berkenaan untuk bertindak sebagai pencelah dalam kes berkenaan dengan kos.
Secara tidak langsung, ketiga-tiga Adun bebas berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) sehingga hari ini masih kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.
Dalam saman pemula itu, tiga Adun berkenaan yang menamakan Sivakumar sebagai defendan memohon supaya mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.
Februari lepas, ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar parti masingmasing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada PKR dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
Ketua panel peguam yang mewakili ketigatiga Adun itu, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata dua permohonan itu ditolak oleh mahkamah kerana ia tidak menjadi keperluan dalam prosiding dan ia merupakan satu keputusan yang signifikan untuk menyelesaikan isu perlembangaan di Perak secepat mungkin.
Penolakan keduadua permohonan itu merupakan satu keputusan yang sangat penting kerana pihaknya mahu menyelesaikan kebuntuan krisis perlembagaan di Perak dengan cara yang paling berkesan, katanya kepada pemberita di luar mahkamah.
Beliau berkata mahkamah juga telah menetapkan Rabu depan sebagai tarikh pendengaran saman pemula berkenaan.
Bagaimanapun ia bergantung kepada sebarang penghakiman yang akan dibuat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya berhubung beberapa persoalan perlembagaan pada Jumaat ini.
Sebelum ini, pihak plaintif telah memohon untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya.
Sementara itu, mengenai permohonan enam pihak untuk menjadi pencelah dalam saman pemula itu, seorang lagi peguam plaintif Datuk Hafarizam Harun berkata pihaknya berhujah bahawa bukan setiap orang atau seseorang itu boleh mencelah di dalam kes ini.
Antara alasan yang diberikan oleh hakim untuk menolak permohonan pencelahan oleh enam pihak itu adalah kerana mereka bukan pihak diperlukan dalam kes itu, hak mereka tidak terjejas dengan penghakiman terhadap plaintif manakala bagi tiga bekas Exco yang mendakwa masih Exco yang sah dan akan hilang hak serta elaun jika tidak mencelah pula, hakim menganggap itu hanya hak komersial sedangkan penghakiman memerlukan hak daripada segi undang-undang.
"Bagi tiga pengundi di kawasan DUN berkenaan pula mereka hanya memohon untuk kepentingan politik mereka yang mana bukan dari segi hak dan kepentingan undang-undang di dalam kes ini," katanya.
Esok, Mahkamah Tinggi Ipoh dijadual mendengar satu permohonan deklarasi mahkamah oleh Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya supaya mahkamah mengisytihar tindakan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri persidangan DUN sebagai tidak sah dan menyalahi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Pada 18 Februari lepas, Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exco berkenaan daripada menghadiri persidangan DUN masing-masing selama 18 bulan dan 12 bulan. BERNAMA
Komen PB
Dalam 3 hari selepas berkempen ini di Bukit Gantang ,kita sudah nampak pelbagai perkara yang sedikit sebanyak telah memberi sedikit kelebihan kepada BN . Hari ini mahkamah membuat keputusan bahawa ketiga-tiga ADUN yang menjadi wakil rakyat bebas mengekalkan kerusi Dun masing-masing. Tentulah Hakim telah membuat pertimbangan yang seadilnya berpandukan perlembagaan negeri Perak untuk membuat keputusan yang penting ini dan ia memberi tamparan hebat buat Nizar dan DAP
rancangan Hujah@9 telah menujukkan kebenaran siapa PAS dan DAP yang cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan isu kejatuhan PR dan peralihan kuasa di Perak. Pandangan kedua-dua tokoh ahli panel tersebut (Dato Shafie dan Prof Shad Saleem Faruqi) jelas menunjukkan Tuanku sultan telah bertindak seadil-adilnya mengikut lunas-lunas dan perlembagaan negeri. Berlainan dengan Presiden Majlis Peguam yang baru yang mahu kepada pilihanraya untuk menentukan kerajaan .