Pages

Sunday, April 5, 2009

Anwar ceramah pengunaan kalimah Allah untuk tujuan politik


Apabila membaca suratkhabar dan juga internet mengenai tindakan Anwar yang membangkitkan isu pengunaan kalimah Allah di Batang Air jelas ia bertujuan politik untuk menarik sokongan bukan Islam .

Anwar dengan hebat berceramah bercakap tidak salah penganut agama lain mengunakan kalimah Allah kerana ia adalah hak masing-masing. Selain itu ,Anwar juga berkata di Malaysia ,pengunaan nama Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain disebabkan oleh parti UMNO yang mempertahankannya .Hairan saya melihat Anwar sekarang yang sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya dahulu sejak dari ABIM untuk menegakkan Islam .

Tokoh agama seperti Mufti Perak juga turut membidas kenyataan Anwar

" jika berpolitik ,guna lah secara matang jangan bertolak ansur dengan hukum agama , yang salah tetap salah .

Kalimah Allah bukan untuk dibuat suka-suka ,inilah mereka tak faham sensitviti Islam.Nama Allah untuk orang Islam shj . Jadi janganlah nak main api dengan hukum agama"



Sepatutnya tidak boleh sesiapa menimbulkan isu ini kerana ia begitu sensitif kepada umat Islam dan perkara ini juga pernah diberi amaran oleh Dato Sero Zahid Hamidi .Apakah kita mahu nanti jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini nanti ,kalimah Allah akan dilihat juga di papan tanda kuil-kuil dan juga tokong kerana semua penganut bukan Islam boleh mengunakannya juga.

9 comments:

  1. Salam Pejuang Bnagsa dan kwn2...

    Itulah jahatnya Anwar. Kita akan tentang habis2 Anwar selagi nyawa masih ada bkn pasal berlainan parti tertapi kerana pembangkang sekarang semakin menampakkan mempergunakan islam utk kepertingan politik mereka.

    Asalamulaikum dan salam sejahtera..

    Jihat melawan DAP,PAS dan PKR.

    ReplyDelete
  2. betul tu pak mie ...menentang mereka juga adalah untuk mempertahankan agama islam

    sudah ada laporan polis oleh Badan bertindak perpaduan Melayu mengenai Nga Kok Ming yang ceramah menggunakan ayat2 Al quran untuk kepentingan politik mereka. Apa hak mereka guna ayat2 Al Quran ?? betul ke mereka baca tu ..jgn permainkan agama kita.

    ReplyDelete
  3. bukak maa - visit :

    http://en.wikipedia.org/wiki/Allah

    "While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God".[2][1][3] The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.[4]"

    adakah org2 malayu mahu monopoli word Allah ? dah register trademark dgn SPR???

    ReplyDelete
  4. kalimah ALLAH dalam penerbitan hanya untuk agama Islam..

    jangan disentuh isu ini jika tidak maka kesan amat buruk akan berlaku.

    watch your word bro....

    ReplyDelete
  5. AnWar tali barut Michel Camdessus, paderi di Vatican City, dulu MD IMF, masa Anwar menteri kewangan...

    depa kawan baik til la nie...depa jumpa masa AnWar pi Europe baru ni,,

    x-pkr
    http://x-pkr.com

    ReplyDelete
  6. kena banyak mengaji lagi isu nama ALLAH ini......baru anda akan dhm bahawa nama ALLAH sudahpun digunakan oleh org bukan ISLAM.

    ReplyDelete
  7. Saudara semua,

    Kita ni umat Islam, perkataan Allah hanya untuk kita. Jangan kelirukan anak bangsa yang akan datang

    ReplyDelete
  8. Orang UMNO nak berbicara pasal Islam? Suruh Rosmah tu pakai tudung dulu. Yg haram pun banyak dihalalkan. Tengok salah sendiri dulu sebelum nak cari salah orang. Harharhar...

    ReplyDelete
  9. yang korang pertikai penggunaan Allah ni, korang da kaji ke? ke main ikut je. cakap dengan ilmu, bukan nafsu

    ReplyDelete