Pages
▼
Saturday, April 11, 2009
Pemuda UMNO mahu menjadi " Suara Rakyat Malaysia "
"Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan mendengar inspirasi rakyat bawahan, keluhan rakyat miskin dan terpinggir."
Selepas 2 hari pengumuman barisan barisan baru kabinet Najib yang tidak menyenaraikan Ketua Pemuda UMNO ,YB Khairy telah memulakan gerak kerjanya dalam Pemuda UMNO untuk menarik semula sokongan golongan muda.Semalam berlangsungnya majlis Kesyukuran dan Program Exco Turun Padang serta perasmian Pasukan Gerak Khas Pemuda Selayang di Rawang .Turut hadir ke majlis itu ialah Adun Kuang Abd Shukor Idrus dan juga barisan Exco Pemuda UMNO Sohaimi Shahadan ,Lokman Nor Adam, Shafiqurrahman Shamsuddin, Mohd Afandi Yusoff dan Nazir Hussin Akhtar Hussin.
Beliau menganggap dirinya tidak tersenarai dalam jemaah kabinet memberi satu hikmah bagi membolehkan sayap parti itu menjadi pembela kepada rakyat bawahan.
Menurut Khairy, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan digembelingkan untuk menjadi ‘Suara Rakyat Malaysia’ dengan membawa tindakan yang mencerminkan kehendak rakyat.
“Kita akan mencari beberapa isu untuk diselesaikan melalui suara pemuda. Kita akan membawa pendekatan terus kepada masyarakat, rakyat dan pada semua pihak bukan hanya tertumpu pada ahli UMNO sahaja,” jelasnya.
Selain itu ,Khairy jugA mengumumkan penubuhan sebuah biro khas Hal Ehwal Bandar dalam pergerakan itu khusus untuk melihat dan membantu menyelesaikan masalah generasi muda di bandar dari segi perumahan, kesihatan, ekonomi, penjaja kecil, pengusaha kecil, jenayah, keselamatan dan sebagainya.
"Kepada rakyat yang terpinggir, yang tidak ada masa depan sebagai pelanggan utama kita,
Ini merupakan satu langkah yanag saya fikirkan baik sebagai langkah perlaksanaan untk menjadi " Suara Rakyat Malaysa " dan penubuhan biro khas ini mampu menjadikan Pemuda sebagai tempat menyuarakan masalah rakyat peringkat akar umbi .
Khairy juga memberitahu bagi menawan hati pengundi-pengundi muda dan pengundi atas pagar, Pergerakan Pemuda UMNO perlu menganjurkan program yang melibatkan orang ramai dari semua kaum.
“kita tidak seharusnya menganjurkan program syok sendiri yang hanya melibatkan ahli UMNO sahaja, kita turun ke bawah berjumpa bersalam dengan orang yang sama, kita berceramah pada orang sama, kita bercakap pada orang yang sama yang totok UMNO dan Barisan Nasional sahaja"
"Kita kena berubah dan keluar dari ruang selesa, kita kena mendekati dan bersama mereka yang sebelum ini ragu-ragu dengan perjuangan kita, dengan pendekatan yang lebih baik akan memastikan mereka yang mengundi di saluran 4, 5 dan 6 kembali memberi sokongan pada kita pada PRU 13 nanti,” tegas Khairy.
"Sayaakan bekerja keras untuk kebaikan parti. Saya buat ikrar depan presiden bahawa Pemuda akan bersama saya.
"Bukan mudah hendak menawan pengundi muda dan pengundi atas pagar. Kita kena buktikan Umno boleh memimpin bukan sahaja orang Melayu tetapi juga orang Cina dan India.
"Bukan setakat jaga ahli parti (Umno) tetapi juga yang tidak berparti dan pengundi atas pagar,"
Apabila ditanya soalan oleh wartawan mengenai samada beliau kecewa tidak dilantik dalam kabinet
“saya tidak rasa kecewa kerana banyak tugas untuk saya. Tugasan saya amat berat tetapi ianya beri semangat dan mencabar.”
"Kalau semua pemimpin berada dalam kerajaan, siapa yang hendak jaga parti.
Saya meminta ahli Pemuda menerimanya dan jangan membuat spekulasi dan cerita yang bukan-bukan,"
“Ada sesetengah pemimpin UMNO pun boleh jadi orang parti, jaga parti, kuat dan kukuhkan parti…saya salah seorang yang terpilih untuk bekerja sepenuh masa dengan parti maka saya terima cabaran ini dengan hati terbuka,”
Pemuda akan konsisten dengan amanat Perdana Menteri agar ‘Rakyat Didahulukan’ melalui konsep ‘Suara Rakyat.” ujarnya.
Walauapapun , ini merupakan cabaran untuk Khairy sebaga Ketua Pemuda dan kini beliau telah memulakan langkah kerjanya dengan slogan Setiakawan untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai Suara rakyat Malaysia dan juga cuba mengikis persepsi negatif golongan muda terhadap Pemuda UMNO. Kita harap program seperti harus diperluaskan ke seluruh negara sehingga ke peringkat bahagian-bahagia. >
UMNO TIDAK BERKUASA
ReplyDeletehttp://warisantamar.blogspot.com/2009/04/umno-tidak-berkuasa.html
Salam Transformasi....
YG SUDAH BIARKAN IA BERLALU. KITA MULAKAN DGN AZAM DAN SEMANGAT YG PADU. SEMOGA KJ DPT MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJWB DGN LEBIH BERKESAN. SEPERKARA LG ADALAH LEBIH MOLEK LG JIKA PEMUDA UMNO DPT MENJALINKAN KERJASAMA DGN PEMUDA2 DI KALANGAN PARTI KOMPONEN BARISAN SECARA LANGSUNG CONTOHNYA DLM MEMBERI PENERANGAN KPD RAKYAT KE SELURUH PELUSUK NEGARA. SAYA RASA KESAN JANGKA PNJG LEBIH MENGUNTUNGKAN BN. INI HANYE LAH CDGN SY.
ReplyDeleteWALLAHUALAM
http://jeffrydamien09.blogspot.com/
sebelum jadi suara rakya malaysia, jadi le suara rakyat melayu dulu. lepas tu baru la ke bangsa lain. Kan melayu tu majoriti. Bergerak la dengan akal dan startegi, bukan dengan mulut dan kaki.
ReplyDeleteWalaupun betul DSN cakap one malaysia, jadi la inovatif sikit. Kau tu kan lulusan oxford. Ini tak, macam lulusan sekolah tabika kemas je. Ooppsss... sori, tabika kemas.
Syed Mahmood
Salam,
ReplyDelete1. Gunakan ksempatan yg ada utk mdekati pemuda.
2.Setuju pemuda bukan pemuda Umno saja, ramai lg pemuda x bparti yg mesti didekati
3. Jwtn kabinet bukan segala2...
Salam ziarah...
ReplyDeletehttp://aspirasi-baru.blogspot.com
ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"
KETUA PEMUDA SEKARANG BOLEH TERIMA DENGAN KEPUTUSAN KABINET PM KENAPA KITA SEBAGAI PEMUDA TIDAK DAPAT MENERIMANYA????
ReplyDeleteJANGAN DI PERBESARKAN LAGI ISU INI YANG PENTING BERSATU KITA MULAKAN GERAK KERJA KITA BAGI MENAWAN KEMBALI PENGUNDI2 SOAL JAWATAN DAH JADI NO. 2... APA GUNA KALAU ADA JAWATAN HANYA UNTUK SEPENGGAL DAN MUNGKIN PRU AKAN DATANG BN JADI PEMBANGKANG PULAK...
BERSIHKAN SEMULA NAMA UMNO YANG TELAH DIROSAKKAN OLEH ANUAR AND THE GENG...
JIRO#####
setuju dgn anon
ReplyDeletesy walaupun marah jg dengan keputusan najib itu tetapi akhirnya kita akur juga .Khairy sendiri menyuruh semua Pemuda supaya menerima keputusan ini dengan hati terbuka
yang penting sekarang kita perkasakan Pemuda UMNO dan seterusnya menarik semula sokongan golongan muda. benda ini tak mustahil ..
Cakap ja terima dengan hati terbuka tapi dalam hati panas bukan ke main. Padan muka KJ! Mai Kedah pun orang UMNO sendiri yg pulaukan dia..Hahahaha...
ReplyDelete