Pages

Wednesday, April 22, 2009

Kerajaan PR Pulau Pinang terus mengakibatkan kerugian kepada kerajaan negeri


Tidak sampai beberapa hari kita mendengar Ketua Pembangkang Azhar Ibrahim pertikai kesahihan pelaburan 10 Billion oleh kerajaan negeri PP ,muncul lagi isu kerajaan negeri atas arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan negeri untuk membayar tuntutan sebanyak RM14.68 juta yang dikemukakan oleh individu berhubung isu tanah di Pulau Pinang.

Kerajaan negeri pada mulanya bercadang memajak tanah kepada individu bernama Tang dan akhirnya membatalkan pemajakan itu. Akibatnya kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada individu itu atas pembatalan tersebut.Isu ini merupakan satu perkara yang amat merugikan negeri dan rakyat Pulau Pinang. RM14.68 juta merupakan satu jumlah yang besar dan sepatutnya ia dimanfaatkan dengan lebih baik dan berkesan terhadap pembangunan negeri atau kebajikan rakyat.Jadi ,sudah tentunya perkara seperti menunjukkan bahawa kerajaan negeri dilihat gagal mentadbir negeri ini dengan baik dan menguntungkan kerajaan . .

"PULAU PINANG: Kerajaan negeri diarahkan membayar kira-kira RM14.68 juta kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berhubung kes tanah membabitkan kerajaan negeri dan seorang individu.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kes itu membabitkan Tang Hak Ju sebagai pemohon dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Kerajaan negeri serta Pegawai Kewangan negeri sebagai responden.

"Kes ini masih dalam tempoh rayuan. Sementara menunggu rayuan, mahkamah meminta kerajaan negeri membayar separuh daripada jumlah gantirugi yang keseluruhannya sebanyak kira-kira RM29.36 juta," katanya di sini, hari ini.

Lim berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan rayuan kepada mahkamah untuk menangguhkan tempoh bayaran itu.

Pada 19 Februari 2008, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan responden mendepositkan RM14.68 juta kepada mahkamah dalam tempoh dua bulan daripada tarikh perintah dikeluarkan.

"Kita akan bentangkan Rang undang-undang Perbekalan Tambahan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada sesi akan datang Julai ini bagi mendapatkan kelulusan mengeluarkan wang untuk membayar tuntutan itu," katanya.

Skandal tanah itu membabitkan kerajaan negeri sebelum ini yang memajak tanah seluas 4.2 hektar kepada Tang dan kemudiannya membatalkan perjanjian itu.

Kes itu dibawa ke mahkamah dan kerajaan negeri kemudiannya diarahkan untuk membayar RM40 juta kepada pemohon dan selepas rayuan, jumlah itu dikurangkan kepada RM29.35 juta.

Ketika ini, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan mahkamah terhadap rayuan bagi mengurangkan lagi jumlah itu."

- B. Harian Online

4 comments:

  1. ISU YANG AKAN MEMBAWA KESAN KEPADA KECENDERUNGAN UNDI DI PENANTI MENYEBELAHI BN ADALAH ISU KELEMAHAN PIHAK PAKATAN MEMILIH CALON YANG KURANG MENYERLAH SEBAGAI TKM 1 PULAU PINANG. SELAIN DARI ITU ISU BERKAITAN YB FAIRUZ DISIASAT OLEH SPRM DI ATAS PENDEDAHAN PIHAK PAKATAN SENDIRI IAITU BERKAITAN ISU KUARI JUGA AKAN MEMBERIKAN IMPAK NEGATIF KEPADA PAKATAN RAKYAT. ORANG MELAYU DAN BUKAN MELAYU SUDAH TENTU TIDAK MENYUKAI CONTOH-CONTOH YANG TELAH DITUNJUKAN OLEH PAKATAN RAKYAT..DAN JUSTERU ITU TIDAK MUSTAHIL MEREKA AKAN MENGUBAH HALUAN DAN MEMBERIKAN UNDI KEPADA BN.

    ReplyDelete
  2. isu ini boleh juga tapi melalui apa yang sy tengok di penanti ,ramai penyokong PR masih lagi tidak puas hati perletakan jawatan fairuz. Mereka masih merasakan beliau tidak perlu letak jawatan kerana belum terbukti bersalah lg di mahkamah.

    tetapi bg saya perasaan tidak puas hati itu hanya sekejap sahaja dan anwar boleh ceramah depa ni semua sekali je ..semua terus ikut ckp anwar contohnya di Bkt Selambau .India di sana mula2 tidak puas hati manikumar dicalonkan tetapi akhirnya Ketua mereka Sivaji Anwar ceramah je semua ikut ckp ...

    malam ini berlangsungnya mesyuarat UMNO bahagian utk membincangkan strategi dan mungkin mengemukakan laporan kepada Najib supayan BN bertanding di Penanti

    ReplyDelete
  3. dey itu saman aa, kerajaan SUKUN ma batal kontrak ,,, PR plak kena tanggung... tengok sapa menyusahkan rakyat penang... BN laaaa..

    ReplyDelete
  4. betul tu PB.. orang melayu kita senang simpati.. kadang2 tu benda yang salah pun kalau melibatkan maruah hati akan dibetulkannya.. anwar ni perangai dia pelik sikit.. dia ada simpan jin... bila jin datang habis orang melayu kita terpedaya.. tak kira lah salah ke betul ke..

    ReplyDelete