Pages

Friday, October 31, 2008

Kempen taktik kotor bermula




Tersebarnya gambar yang memburukkan Khairy Jamaluddin didalam beberapa blog dan laman web semalam semalam sememangnya telah diduga. Malahan penyokong Khairy amat terperanjat kerana jangkaan mereka meleset sekali kerana mereka menyangkakan gambar yang lebih teruk dari itu yang akan diedarkan.

Apa yang mereka jangka selama ini jelas dan nyata adalah tepat dan benar. Khairy ada kekuatan kerana ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dengan mengedar gambar yang tidak ke haruan dimana hujung dan di mana pangkalnya. Bagaimana gambar ini lahir, tidak perlu dipersoalkan kerana dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, apa sahaja boleh dilakukan. Persoalannya adalah mengapa gambar ini dicipta dan dilahirkan untuk tatapan pelayar laman web dan akan terus edar kan dengan niat yang jahat?

Jika Khairy adalah haprak yang tidak berguna dan tidak menggugat kedudukan antara calon-calon yang bertanding kerusi Ketua pemuda UMNO tidak mungkin akan lahirnya gambar ini. Khairy tidak perlu menafikan atau memberikan respons terhadap gambar ini kerana ianya bukanlah satu perkara yang perlu diperjelaskan kerana bagi mereka yang berfikiran waras, mereka sudah dapat membaca dan menilaikan kenapa dan mengapa gambar itu disebarkan.

Dengan tersebarnya gambar ini jelas bahawa kempen kotor pemilihan Pemuda UMNO Malaysia telah bermula. Sebaik saja Khairy akan melonjakkan nama beliau dan mendapat publisiti yang luas yang akan menguntungkan beliau, maka akan timbullah sesuatu yang akan membunuh publisiti yang baik itu. Cadangan berdebat adalah satu cadangan yang baik yang menaikkan nama Khairy buat minggu ini, maka gambar itu tersebar untuk memadamkan pencapaian itu.

Hebat….. pertandingan kali ini. Calon yang bertanding sememangnya hebat-hebat dan punyai gaya dan taktik tersendiri untuk menambat hati perwakilan yang akan memilih Ketua mereka. Inilah yang hebat dalam UMNO. Khairy sememangnya tidak bengkang hidup dengan perkara sebegini dan bagi beliau tentu sudah tidak menjadi kudis lagi. Vedio yang lebih teruk pernah diedar kan oleh mereka yang mahu menghalang kerjaya politik beliau, namun semuanya dapat diatasi dengan pemikiran waras rakyat Malaysia dan beliau tetap menang di Parlimen Rembau.

Banyak lagi kempen kotor yang kita akan terima menjelang pemilihan UMNO ini, ini hanya satu permulaan kerana apa yang kita lihat gambar yang di cipta tidaklah sehebat mana, kerana jika kita tahu dari segi teknikal fotography dan super impose itu adalah hasil kerja yang tidak menarik dan real. Gambar manusia telanjang pun boleh di super impose, ini kan pula gambar meja yang kabur diletak dihadapan orang. Gambar Presiden Bush berpeluk dengan kita pun boleh kita lakukan, inikan duduk sahaja bersebelahan.

Ada baiknya juga gambar ini bagi melonjakkan publisiti terhadap calon pemuda ini, lagi banyak kontroversi lagi mempopularkan beliau seperti apa yang berlaku dengan artis-artis yang penuh dengan gossip. Tanpa gossip siapa lah artis berkenaan. Tanpa dugaan si apalah seorang ahli politik.

baca blog yang sebar cerita ini

Berikut adalah kenyataan Presiden Kelab KJ - saudara Jinggo

Itu biasalah, jika takut dilanda ombak jangan berumah ditepian pantai, jika takut menghadapi cabaran jangan menggelarkan diri sebagai seorang pemimpin. Ini perkara biasa dan lumrah manusia yang punya perasaan terutama sekali perasaan PHD yang berlebihan.

Zainuri Zakaria - Ketua Pemuda Port Kelang

Kami tidak hairan dan sudah lali dengan perkara sebegini. Biasalah orang yang popular. Pemuda tidak sebodoh itu untuk meletakkan pemikiran mereka sama tahap dengan pemikiran pembangkang. Pemuda Port Kelang akan terus berdiri teguh di belakang Khairy. Buatlah gambar apa sekali pun.

www.kpmu.net

Monday, October 27, 2008

Debat Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia



Setelah Dato Seri Khir cukup pencalonan semalam berjaya mengikuti KJ dan Muhkriz bagi pertandingan Ketua Pemuda pada Mac ini . Cadangan yang baik oleh KJ untuk mengadakan debat antara ketiga-tiga calon ini mendapat reaksi berbeza dikalangan calon iaitu Muhkriz tidak bersetuju dengan debat ini . Saya puji Dato Seri Khir dengan berani menyahut cabaran untuk berdebat tetapi calon yang menggunakan tagline Berani Berubah takut untuk berdebat .

Adakah beliau takut untuk berdebat dengan menggunakan kekuatannya sendiri @ hanya berani dengan slogan ??? Saya mahu lihat Muhkriz tidak terlalu dibayangi sangat pengaruh bapanya dan cuba berdiri dengan usaha dan kekuatannya sendiri malah tidak perlu tunggu green light dari bapanya untuk berdebat .Jika Rais dahulu pernah berkatan Muhkriz mempunyai auranya tersendiri kini kita mahu lihat aura itu .

Reaksi pemimpin UMNO mengenai debat

BUKAN NAK GADUH …Khairy Jamaluddin kata debat terbuka yang dicadangkannya bagi calon-calon Ketua Pemuda bukan bermaksud untuk ‘ cari gaduh ’ tetapi ruang bagi mereka menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.Katanya pada para wartawan di Majlis Rumah Terbuka MIC di Kuala Lumpur Isnin debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib.Beliau enggan ulas Datuk Mukhriz Mahathir tidak mahu sertai debat dan terima kasih pada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kerana sahut cabarannya – 27/10/2008


BERANI BERUBAH... Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Malim Muhammad Yadzan Mohamad mahu Datuk Mukhriz hayati slogannya sendiri “ Berani Berubah” dengan berani berdebat dengan Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo."Berani jangan hanya pada slogan",katanya pada Agendadaily sebagai mengulas kenyataan Mukhriz tak setuju diadakan perdebatan antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO.Beliau tidak nampak pemilihan soal dalaman parti harus dijadikan alasan.- 27/10/2008

NAK TAKUT APA???.... Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya Mohd Hishamuddin Yahaya (Yob) mahu debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO dibuat secara terbuka.Katanya ini zaman siber apa perlu tutup-tutup.Lagipun katanya kewibawaan pimpinan UMNO melibatkan seluruh rakyat Malaysia bukan saja ahli UMNO."Di Amerika setiap kali pemilihan Presiden diadakan debat secara terbuka dan live...semua orang boleh tengok dan menilai sendiri...apa yang perlu kita takut",tegasnya.- 26/10/2008


INI PULA PANDANGAN SHAHIDAN...
Bekas Menteri Besar Perlis itu juga tak setuju debat terbuka antara calon-calon jawatan tertinggi UMNO.Namun katanya ia boleh diadakan secara tertutup kepada para perwakilan yang faham apa erti debat itu.Shahidan menilai trend menunjukan debat terbuka boleh membawa kepada perpecahan.Beliau juga mengajak para ahli UMNO kembali ke jalan agama bagi mengukuhkan lagi parti- 26/10/2008

REAKSI DEBAT... Dalam ulasan pada pendirian Datuk Mukhriz tak setuju debat terbuka...Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob kata pada Agendadaily debat antara calon-calon Ketua Pemuda boleh diadakan secara tertutup khusus untuk para perwakilan sahaja.Katanya kenal calon adalah satu soal lain tetapi para perwakilan juga nak tahu apakah wawasan mereka untuk pergerakan itu dan sebagainya.Kata Khairuddin hal ini perlu dihuraikan secara jelas.- 26/10/2008


APA MASALAHNYA???....
kata Ketua Pemuda UMNO Perlis Datuk Rozabil Abdul Rahman mengenai debat terbuka antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO.Katanya kalau tak setuju secara terbuka ia boleh dibuat secara tertutup antara para perwakilan.Rozabil hairan kenapa Datuk Mukhriz menolak cadangan Khairy nak berdebat kerana menggangap ia soal dalaman parti.Katanya apa bezanya dengan kenyataan-kenyataan kritik pimpinan dan sebagainya yang dibuat secara terbuka oleh Mukhriz sebelum ini- 26/10/2008



NO PROBLEM... Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sambut cadangan Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat antara mereka bertiga (+ Datuk Mukhriz ) yang sudah layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia." Tiada masalah...saya sedia turut serta,"katanya kepada Agendadaily petang Ahad.Beliau juga setuju debat itu dianjurkan oleh Agendadaily.com- 26/102008

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang, Zainuri Datuk Zakaria:

“Apa yang susah sangat nak debat? Bukankah ia baik untuk percambahan minda?Selain itu ia juga akan mengajak masyarakat berfikir… UMNO harus mempelopori perubahan kearah globalisasi. Ini sebahagaian daripada anjakan paradigma yang UMNO harus juarai…selain keluarkan di TV, sebaik-baiknya debat ini perlu diadakan di negeri-negeri, biar perwakilan mendengar sendiri. Kalau soal bekerja, ramai orang yang boleh bekerja tapi ini politik, kita perlukan bukan sahaja orang yang mampu bekerja, kita juga perlukan mereka yang cekap berfikir, serta tangkas bertindak…kalau sesama UMNO pun tak berani berdebat, macam mana nak hadap pembangkang. Kita jangan jumud”

Ketua Pemuda Lembah Pantai, Haji Norazmi Mohamedan:

“Saya menyokong pandangan Dato Mukhriz dan Tok Pa mengena isu debat tersebut” (Mukhriz dan Tok Pa (Datuk Mustapa Mohamad) tidak setuju debat diadakan)

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Suhami Sulong:


“Kita jangan jadi jaguh luar gelanggang. Hari ini gelanggang dah dibuka, silakan berentap dan berdebatlah…apa perancangan, ke mana halatuju, apa pengalaman, apa yang perlu diperbaiki dan yang paling penting sejauh mana kesediaan kita mempertahankan agama, bangsa dan negara…Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga adalah Pengerusi Pemuda BN…Semua rakyat Malaysia bawah 40 tahun nak tahu apakah visi dan misi Pemuda…kita berkira dalam gelanggang…Calon-calon Ketua Pemuda mesti menggunakan kesempatan ini”


Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Nasrihat Turiman:


“Ini bukan soal tiru USA, di negara kita anak sekolah pun berdebat (Piala Perdana Menteri), di Universiti (Debat antara Universiti) di Parlimen dah lama kaedah ini diguna pakai. Apa pula timbul soal tiru USA-lah. Tak nak masyarakat tahu hal dalaman partilah, ini tak ada kena mengena dengan hal dalaman parti. Masyarakat mahu dengan visi pemimpin muda yang bakal menrajui negara. Masyarakat juga ada hak kerana akhirnya mereka juga akan memilih kita bila tiba pilihan raya…teruskan debat ini”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong, Mohamad Irwan Zulkefli:

“Ahmad Nisfu kata ..jangan takut…lawan…! Jadi apa tunggu lagi. Shabery Cheek yang yang tidak Pemuda pun berani berdebat dengan DSAI, ini koma (istilah Perak untuk awak) Pemuda sama Pemuda pun nak ngelat (istilah Perak untuk elak diri)… kalau minta lawan cakap pun koma tak berani, jangan ceritalah soal mempertahankan ugama dan negara, rentikan je lah…”

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Puchong yang juga calon Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Malaysia, Ramli Simbok:

"Saya amat bersetuju debat antara calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia diadakan bagi memberi ruang yang seluas-luasnya kepada para perwakilan yang rata-rata 80 persen orang baru menilai siapakah pemimpin yang benar-benar layak dipilih. Perwakilan perlu didedahkan segala maklumat mengenai calon. Ia juga bertujuan elak penyalahgunaan wang bagi memenangi kerusi tersebut. Soal risiko tak timbul kerana hal yang sama turut dilakukan di negara-negara maju. Kita tidak mahu Ketua Pemuda dipilih atas dasar populariti tetapi hingga terlupa yang berkualiti”

Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Presiden Majlis Belia Malaysia dan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Nasarah:

“Kalau Pemuda UMNO mahu berperanan sebagai badan yang mewakili generasi muda dalam negara ini, kita perlukan pemimpin yang punyai kehebatan dalam segala bidang termasuk kepetahan berhujah. Sebab itu kita sokong debat diadakan dalam soal pemilihan pemimpin Pemuda UMNO. Kerana dalam situasi kini, untuk memperlihatkan Pemuda UMNO hebat, Pemuda bukan hanya sekadar hebat dan mewakili generasi muda dalam kelompoknya sahaja tapi mesti dilihat hebat dan memperjuangkan kepentingan keseluruhan generasi muda Malaysia. Pemuda UMNO mesti dibawa berada di tengah-tengah orang muda dan memperjuangkan kepentingan mereka. Jesteru, debat membolehkan penilaian dibuat oleh keseluruhan generasi muda. Alasan ia boleh memburukkan parti adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana sebelum ini kenapa kita tidak berkata demikian apabila pelbagai kritikan secara terbuka yang mendedahkan kelemahan pemimpin dan parti kepada umum?”

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Tajudin Ahmad:

“Sokong debat diadakan. Orang dalam belia pun nak tahu hala tuju kepimpinan Pemuda UMNO. Debat bukan nak cari salah tapi kita mahu lihat kepimpinan muda yang berkarisma dan debat adalah salah satu cara untuk lihat perkara itu”

Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali yang juga bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia (era 80-an)

“Saya cadang debat di tukar bentuk forum untuk calon-calon Ketua Pemuda UMNO. 3 calon menjadi ahli panel. Kalau saya boleh terlibat sama, saya nak tanya 3 soalan saja iaitu halatuju kepimpinan Pemuda, usaha untuk kembalikan idealisme perjuangan Pemuda dan apakah pendirian mereka terhadap hak Melayu yang semakin dicabar”

“INI SUARA DR MAHATHIR ...Beliau berpendapat debat pemilihan calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan UMNO tidak perlu diadakan kerana ia tidak beri sebarang kesan. Katanya, apa yang didebatkan hanya berkisar soal parti dan bukan negara. Kita juga belum sampai ke tahap Amerika Syarikat, katanya – AgendaNews”

“INI UJIAN...Ketua Pembangkang DUN Kelantan D Alwi Che Mat setuju debat terbuka dibuat tetapi harus terkawal kerana itulah ujian kebijaksanaan pemimpin. Namun katanya, tidak semua perkara dapat diselesai melalui debat khususnya perkara sensitif yang libatkan agama dan kaum. Dalam pada itu ADUN Benut yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian D Hasni Mohamad cadang debat kepimpinan Pemuda UMNO diadakan di kampus dahulu sebagai langkah awal atau 'test case' – AgendaNews”

“TERTUTUP OK...Calon Naib Presiden DS Khaled Nordin kata, siaran langsung Perhimpunan Agung UMNO 2007 patut dijadi iktibar sebelum debat terbuka pemilihan UMNO hendak diadakan. Sebab itu perlu ada kebijaksanaan dan kalau nak buat perbahasan, kena buat secara tertutup dan bukannya secara terbuka, katanya – AgendaNews”

“Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sokong diadakan debat terbuka sebagai satu cara pemilihan pemimpin dalam Umno.Katanya di Kapit,Sarawak hari ini pendekatan itu akan bolehkan orang ramai menilai personaliti calon, tahap kebijaksanaan, kekuatan dan paling penting, kewibawaan.-Agendanews”

“SOKONG…Calon Naib Ketua Pemuda UMNO, D Reezal Merican sokong agar debat dianjurkan bagi calon2 Ketua Pemuda UMNO. Biarlah namanya debat atau bicara politik asalkan ia tertib dan berhemah, katanya. Beliau kata demikian sebagai ulas polemik cadangan debat yang timbulkan reaksi ada yang setuju dan tak setuju – AgendaNews”

“TAK SETUJU......Ketua UMNO Bahagian Paya Besar,Pahang, Datuk Ahmad Tajuddin pula kata penonjolan melalui debat tidak akan bantu pemilihan pemimpin yang tepat.Menurutnya malah ia boleh melindungi kewibawaan sebenar calon dan debat hanya berkesan jika ia melalui tapisan intregriti calon dulu-Agendanews" - 29/10/2008

DATUK MUKHRIZ TAK SETUJU DEBAT ...katanya di Alor Star Ahad debat terbuka akan menyulitkan usaha mengukuhkan parti kerana isu-isu yang berbangkit semasa debat itu akan disensasikan oleh pihak pembangkang.Mengulas cadangan Khairy Jamaluddin supaya diadakan debat antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO,Mukhriz menggangap pemilihan itu adalah soal dalaman parti.Lagipun katanya ahli-ahli parti sudah kenal calon-calon dan cukup matang untuk buat keputusan yang betul.- 26/10/2008


Pemuda Kepala Batas calonkan Khairy, Reezal
27/10/2008 1:15pm


KEPALA BATAS 27 Okt. – Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang juga Exco pergerakan Pemuda UMNO pula dicalonkan secara sebulat suara bagi jawatan Naib Ketua.

Persidangan tersebut menyaksikan Reezal Merican menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian selepas penyandangnya, Datuk Ahmad Darus mengosongkan jawatan setelah dilantik sebagai Setiausaha UMNO bahagian itu.

Nor Faiz Hassan yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian itu pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua. - Utusan

Sunday, October 26, 2008

Khairy layak tanding Ketua Pemuda




KUALA LUMPUR 25 Okt. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) yang berjaya melepasi kuota untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu hari ini mencadangkan diadakan debat antara semua calon yang bertanding jawatan tersebut.

Beliau mencabar calon-calon sama ada yang sudah layak atau mungkin akan layak menggunakan peluang debat itu bagi menjelaskan wawasan, pendirian dan pelan masing-masing jika memenangi jawatan itu kelak.

“Debat ini dapat memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan pengundi muda termasuk pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya dalam satu kenyataan di sini.


Khairy melepasi kuota kelayakan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO apabila Pemuda Bahagian Tangga Batu, Melaka mencalonkan beliau untuk jawatan itu hari ini.

Bahagian-bahagian Pemuda lain yang turut mencalonkan beliau ialah Tawau, Gua Musang, Sabak Bernam dan Sembrong.

Pencalonan Sembrong agak istimewa kerana bahagian itu diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau, turut melepasi kuota pencalonan ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang setakat petang ini sudah mendapat 65 pencalonan.

Mengulas mengenai kemampuannya melepasi kuota kelayakan bertanding yang ditetapkan, Khairy mengucapkan syukur dan terima kasih kepada semua Bahagian Pemuda yang mencalonkan dirinya

Saya bersyukur pada Ilahi dan pada masa sama berterima kasih kepada Pemuda UMNO atas penerimaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada saya sebagai calon jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO,” katanya.

p/s Akhirnya KJ telah cukup pencalonan untuk Ketua Pemuda dan yang paling manis Sembrong kawasan Dato Hisyamuddin mencalonkannya .Cadangan mengenai debat telah lama saya cadangkan dan ini sangat baik untuk kita lihat calon yang terbaik untuk memimpin Pemuda bukan hanya yang berani suruh orang meletak jawatan

Friday, October 24, 2008

KJ calon terbaik untuk Pemuda UMNO


Bukan hanya sekadar memberikan kelayakan kepada Khairy Jamaluddin untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO, sokongan padu perlu diberikan kerana beliau bukan bergantung kepada kepopulariti , beliau sendiri dan bukan berpayung sebagai menentu Perdana Menteri. Pencalonan yang diberikan kepada beliau adalah terjemahan hasil kerjaya beliau yang sebenar dalam politik tanah air.

Akar umbi juga telah membuktikan bahawa mereka juga adalah penyokong Khairy Jamaluddin selaku naib Ketua Pemuda UMNO dan bukan menentu Perdana Menteri, kejutan kempen calon yang menentang Khairy dan isu bapa mentua diperbesarkan mencacatkan sedikit pencalonan kerana banyak komen-komen nagatif sengaja diadakan untuk melenyapkan Khairy dalam arena piolitik tanah air. Namun sokongan akar umbi akan merubah rentak di akhir-akhir pencalonan kerana ahli UMNO mulai sedar bahawa Khairy punyai kelebihan tersendiri.

Tidak hairan jika pencalonan kepada Khairy agak lembab kerana ramai yang telah termakan hasutan dan terpengaruh dengan kempen calon yang mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin. Bukan sekadar layak pencalonan sahaja, tetapi minggu ini kita perlu memberikan pengiktirafan tempat yang mutlak kepada yang hak untuk menerajui Pemuda UMNO. Jika dahulu ramai yang mengatakan Khairy Jamaluddin bernaung dibawah payung Perdana Menteri dan tidak mempunyai penyokong akar umbi, hari ini tanpa pengaruh Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mendapat pencalonan dari lebih 26 bahagian dan yang pasti akan layak bertanding untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Seharusnya trend tunggu dan lihat dan jangkaan Khairy tidak akan memberikan tentangan atau Khairy tidak mempunyai sokongan ahli akar umbi meleset dan semua cakap-cakap yang menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin tidak mempunyai sokongan akar umbi telah dinafikan oleh ahli akar umbi. Kita tidak harus merasa hairan mengapa keadaan begini berlaku, kenapa Khairy mempunyai sokongan akar umbi. Banyak cerita negatif yang kita dengar tentang Khairy Jamaluddin.

Dari mana datangnya penyokong akar umbi Khairy? Mengapa Khairy berhak menerajui kepimpinan pemuda ?

1) Lebih kurang empat tahun beliau adalah Naib Ketua Pemuda UMNO yang telah turun ke padang melaksanakan tanggungjawab beliau dengan baik. Kita perlu tanya kembali kepada diri kita sendiri, Siapakah yang turun menjadi Front Liner mengepalai pemuda setiap kali pilihan raya kecil di adakan .
a) Khairy Jamaluddin B) Khir Toyo C) Mukhriz Tun Mahahthir ?

2) Siapakah yang kandang mempertahankan maruah Pemuda setiap kali pemuda diserang oleh parti pembangkang di parlimen mahu pilihan raya kecil ?
a) Khairy Jamaluddin b) Mukhriz c ) Khir Toyo.

3) Pernahkah Khairy memburukkan UMNO mahupun pemimpin UMNO yang lain sepanjang kerjaya beliau dalam politik ?

4) Pernahkah Khairy biadab dengan mantan Perdana Menteri atau menjawab setiap teguran mahupun kritikan ataupun kutukan dari Mantan Perdana Menteri terhadap diri beliau ? pernahkah Khairy mencampuri kemelut yang berlaku antara Bapa Mentua beliau dengan mantan Perdana Menteri seperti Mukhriz yang seiring biadab kepada Perdana Menteri ?

5) Pernahkah Khairy menyerang calon- calon yang sering menyerang beliau dalam kempen merebut jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO.

6) Siapakah yang mengambil berat untuk menaikkan maruah UMNO khususnya Pemuda UMNO. Di Permatang pauh , Khairy memberikan khidmat 150% kepada pilihanraya dan tidak langsung mempedulikan tentang pemilihan dan perebutan jawatan Pemuda berbanding dengan kedua calon yang terang-terang mengakui ke Permatang Pauh untuk berkempen bagi melobi kedudukan bagi pemilihan UMNO. Mukhriz membuat sidang akhbar bahawa beliau bersedia bertanding setelah menemui Ketua Pemuda di Permatang Pauh dan ramai yang memberikan endorsement untuk beliau bertanding. Khir Toyo juga berada di Permatang Pauh , namun sukar kita melihat beliau berada di program-program kempen UMNO bagi membantu BN menang dalam pilihan raya kecil berkenaan. Menang atau kalah itu soal kedua.

7) Gagalkah Khairy Jamaluddin memimpin dan menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan jika menurut haraki, beliaulah yang layak menggantikan Hisyamuddin, mengapa kita perlu menafikan hak beliau sebagai Ketua pemuda UMNO Malaysia, jika beliau layak.

8) Apakah Khairy bukan seorang pemuda yang bijak dan tidak layak untuk menerajui kepimpinan Pemuda ? Apakah beliau tidak mempunyai kelulusan akademik yang boleh di bangga kan oleh ahli Pemuda?

9) Jika Khairy dikatakan sebagai calon Payung Terjun , Calon yang lain juga adalah calon payung terjun, Khir Toyo adalah calon Payung Terjun menggantikan Datuk Abu Hassan , Mukhriz juga calon yang baru saja terjun dengan Payung Terjun setelah Mantan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

10) Hanya Khairy Jamaluddin yang pernah mengikut haraki sebenar dalam Pemuda , Bermula sebagai ahli biasa dan kemudian sebagai exco pemuda dan menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.


Kesimpulannya, tidakkah kelayakan yang ada pada Khairy melayakan beliau menerajui kepimpinan tertinggi pemuda? Mengapa beliau tidak boleh diiktiraf sebagai Ketua Pemuda UMNO ? Keyakinan perwakilan kian menebal dan parti minggu ini akan menyaksikan perubahan kepada gelombang pencalonan.


p/s KJ kini mendapat 37 pencalonan iaitu yang terbaru dari Hulu Terengganu. Jelas KJ masih lagi menjadi pilihan akar umbi .Maklumat yang penulis terima dari perwakilan Pemuda Permatang Pauh ,jelas Ketua Pemuda bahagian telah berkomplot dan belot memberi sokongan penuh kepada Muhkriz dan menang besar juga undi Muhkriz . Penulis hairan kerana dahulu Ketua Pemuda ini cukup hebat menyokong Hisyamuddin dan KJ sehingga menganugerahkan gelaran Pahlawan Permatang Pauh kepada Hisyamuddin .Memang keputusan di luar jangkaan Pemuda Prmtg Pauh memberi pencalonan terawal kepada Muhkriz.

Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO




KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata UMNO kini berdepan dengan masalah ’sakit tua’ yang hanya dapat disembuhkan sekiranya generasi muda diberi peluang menduduki jawatan utama dalam parti itu pada pemilihan Mac depan.Beliau berkata, pemilihan pemimpin muda untuk jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden itu amat penting bagi membolehkan format pemikiran UMNO diubah supaya ia selari dengan kehendak rakyat.
Katanya, format pemikiran itu baru itu tidak akan dapat dicapai sekiranya UMNO terus diterajui golongan yang tidak mampu berubah disebabkan oleh faktor usia dan budaya politik yang telah ketinggalan zaman.“Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi ‘penyakit tua’, 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.

“Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru,” katanya.

Pendapat dan pandangan bekas TPM Tun Musa Hitam harus diakui UMNO perlu pemimpin muda yang lebih mempunyai idea-idea yang lebih dinamik dan selari dengan kehendak pengundi muda zaman sekarang . Sememang ramai yang bersetuju bahawa UMNO kini mengalami penyakit tua kerana ramai yang sudah nyayuk dan merapu. MT tidak lagi dihormati dan ramai yang merasakan bahawa merekalah yang paling lama dan perlu dihormati dan diangkat menjadi pemimpin.

Yang paling kita nampak dan memburukan kenyataan Musa Hitam ini apabila ada bekas ahli yang sudah benar-benar Tua yang suka merajuk dan emosional bersikap sebagai pengarah pemilihan UMNO untuk menentukan siapa yang patut menang dan siapa yang patut kalah. Dia ni tidak boleh ditegur tetapi boleh menegur dengan lantang. Jika dia ni ditegur, pasti dia akan melenting dan naik angin. Orang tua kalau naik angin buruk jadinya. Tetapi orang semua nampak dia mempunyai agendanya tersendiri untuk dirinya dan anaknya dalam pemilihan ini .

Thursday, October 23, 2008

Biar bukan Melayu benci KJ kerana pertahankan hak keistimewaan orang Melayu



Oleh Zainal Yusof ( KPMU )

DATUK Mukhriz Tun Dr. Mahathir mungkin sedang tersenyum panjang sekarang kerana dari 70 bahagian (setakat rencana ini ditulis), dia sudah mendahului calon-calon lain dari segi pencalonan yang mengambarkan seolah-olah jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, adalah miliknya.

Begitu juga Razali Haji Ibrahim, yang bersaing dengan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, jelas mendapat pencalona yang mencukupi untuk mereka bertanding.

Mukhriz bukan sahaja mendapa sokongan dari orang-orang hebat dalam Umno, malahan, kehadiran bapanya, Dr. Mahathir dengan kenyataan-kenyataan yang menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedikit sebanyak, dapat membantu Mukhriz mendapatkan sokongan.

Lebih-lebih lagi, pencalonan dari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh, (yang ketua bahagiannya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin) terhadap Mukhriz banyak membantu Mukhriz, sedangkan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terpaksa bersendirian ketika ini kerana namanya dikaitkan dengan Pak Lah, yang mahu dijatuhkan.

Beberapa laman web pembangkang, termasuk Harakahdaily melaporkan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa turut ‘boo’ nama Khairy apabila dicadangkan untuk mendapat pencalonan, manakala Mkhriz seolah-olah ‘anak emas’ kepada pihak media, termasuk yang pro kerajaan – dengan mengambarkan dia sebagai seorang bakal Ketua Pemuda yang perlu disokong.

Terbaru, seorang perwakilan MCA dari Perak, Ting Tai Fong ketika berucap dalam mesyuarat agungnya mencadangkan supaya Khairy ditahan di bawah ISA kerana mempersoalkan nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Jika saya berapa di dalam kepimpinan Pemuda bahagian hari ini, saya sendiri akan bersama-sama Khairy dalam situasi begini. Pertama, perjuangan Khairy mempertahankan hak Melayu terpaksa berdepan dengan serangan bukan Melayu tetapi calon-calon lain, berdendang sayang kerana mereka boleh tidur sebantal dengan bangsa lain, tanpa mahu bersusah payah.

Kenapa masih ada kepimpinan Pemuda di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian mahu menafikan komitmen Khairy dalam soal mempertahankan hak bangsanya? Apakah Pemuda tidak nampak, bakat dan kebolehan Khairy dari segi ini? Kenapa, orang seperti Khairy yang menjadi sasaran MCA, turut menjadi sasaran orang-orang Melayu, khususnya Pergerakan Pemuda Umno?

Masalah Umno, ialah mahu menyekat kemaraan anak-anak muda yang kelihatan cerdik. Mereka sedaya upaya akan mencantasnya kerana bimbang kebijaksanaannya akan menyebabkan kedudukan mereka terjejas. Padahal, pendirian Khairy ini sepatutnya disokong ketika orang-orang Melayu sudah Nampak, Umno tidak mempunyai barisan pelapis yang mempunyai keberanian dan kecerdikkan.

Ting Tai Fong turut ‘mendoakan’ Khairy agar kalah teruk dalam pemilihan Umno akan datang. Mungkin bagi Ting Tai Fong, kehadiran Khairy akan menguntungkan orang-orang Melayu. Maka, lebih baik kalahkan orang yang memperjuangkan orang Melayu supaya bangsa lain tidak tergugat.

Jika ada Pemuda Umno yang berusaha untuk melihat Khairy tewas, pemikiran dan semangatnya sama dengan pemikiran dan semangat Ting Tai Fong. Malahan, orang-orang yang hendak bersaing dengan Khairy bagi merebut kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno mungkin mempunyai semangat seperti Ting Tai Fong, yang sama-sama mendoakan supaya Khairy kalah dalam pemilihan kali ini.

Jika Khairy kalah, Khairy mungkin tidak merasa apa-apa kerana, pendiriannya untuk bertanding tentulah dia sudah bersedia dari segi mentalnya, untuk menang atau kalah. Memang sudah menjadi adat, setiap pertandingan, akan ada yang menang dan ada yang kalah.

Yang ruginya, orang-orang Melayu yang tidak mempunyai seorang pemimpin yang ‘menjadi kebencian bangsa lain kerana memperjuangkan nasib orang-orang Melayu’. Apakah pemimpin-pemimpin Pemuda di peringkat cawangan dan bahagian tidak terdorong untuk sama-sama menyokong dan melahirkan seorang pemimpin muda yang ‘berani dan gagah’ berdepan dengan sesiapa sahaja, khususnya bangsa asing yang semakin berani mencabar ketuanan Melayu?

Ada mata, lihatlah sendiri, bagaimana Khairy menjadikan sesuatu yang tidak ada apa-apa, akhirnya menjadi apa-apa. Antaranya, pasukan bolasepak Myteam. Walaupun sukan bolasepak bukan disukai semua orang, tetapi antara sukan yang murah dan paling popular di Malaysia ialah bolasepak. Kini, Myteam yang hanya berstatus kelab sudah boleh menjadi pencabar kepada pasukan negeri, malahan sudah pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Kebangsaan.

Jika kita ada otak, tentulah dapat kita fikirkan bahawa kemampuan orang muda ini, jika diterjemahkan dalam bidang-bidang lain, selain bolasepak seperti apa yang dia lakukan terhadap Myteam, akan beruntunglah orang-orang Melayu, khususnya yang muda-muda, jika Khairy mereka angkat menjadi pemimpin mereka.

Ketepikanlah sentimen ‘kebencian’ yang ada, hanya kerana terikut-ikut kebencian yang ditanam orang-orang tertentu terhadap Perdana Menteri, hingga mengaitkan nama Khairy kononnya kerana Khairy adalah menantu Perdana Menteri. Ketika Karpal Singh menjadi Pengerusi DAP, ada dua anaknya dapat bertanding dalam pilihan raya, ketika Lim Kit Siang berani meletakkan anak dan menantunya bertanding, kenapa ‘kebencian’ hanya ada pada orang-orang Melayu, tetapi tidak kepada bangsa asing?

Untungkah kita ‘mengenepikan’ Khairy hanya kerana kebencian yang tidak bersebab? Ketika MCA membenarkan Ong Ka Ting dan Ong Ka Chuan berada di dalam hirerki tertinggi MCA, kenapa kita mahu ‘membunuh’ Khairy hanya kerana kita terikut-ikut ‘kebencian’ yang melulu.

Saya sedia menerima kecaman dengan tulisan ini kerana saya tidak sanggup berdosa kepada bangsa saya sendiri, yang tiba-tiba buntu otaknya, sebu perutnya dan pekak telinganya daripada mendengar cerita sebenar sebaliknya dengan mudah menafikan kebenaran!


p/s KJ mempunyai karisma dan perwatakan cukup untuk menjadikan dia seorang pemimpin sehebat Mahathir dan DSAI. Seperti kata2 S.H Alattas dalam buku terbarunya Dunia Belum Kiamat ,pemuda di zaman Mahathir adalah Anwar dan setiap zaman pasti akan muncul seorang pemimpin yg hebat.

Sunday, October 19, 2008

Ada unsur Sabotaj utk KJ


Dalam suasana pemilihan ini, berbagai cara dicuba untuk menjatuhkan calon-calon yang bertanding dan berbagai cara juga dicuba untuk menyekat penyokong calon berkenaan dari bermesyuarat agar tercetus kekecohan dan terus menyekat bahagian berkenaan memberikan pencalonan kepada calon yang disokong. Berbagai usaha telah dilakukan kepada bahagian-bahagian yang menyokong Khairy Jamaluddin, antaranya adalah di Sabah, Johor dan juga di Kelantan. Ada pihak yang cuba mengupah orang membuat kacau bagi membatalkan bahagian yang menyokong Khairy.

Khairy menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian di seluruh negara didalangi kumpulan yang diupah pihak tertentu bagi mencetuskan ketegangan untuk memalukan institusi itu. Katanya beliau menerima beberapa laporan daripada Pemuda Bahagian wujudnya kumpulan yang diupah pihak tertentu yang semata-mata datang bagi mengganggu dan menimbulkan kekecohan.

“Saya akan menyiasat perkara ini dan akan pastikan ia tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kekecohan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Rantau Panjang, Kelantan, semalam sehingga Unit Tindakan Ringan (LSF) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dipanggil bagi menenangkan keadaan. Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian ini. Saya dimaklumkan peringkat awal, ada satu kumpulan yang tidak puas hati tetapi telah di hasut untuk mengganggu gugat perjalanan mesyuarat Pemuda”.

“Perbuatan ini memalukan institusi Pemuda dan mengaibkan pemimpin. Ia adalah satu yang tidak sihat. Kalau hendak bertanding, ikut ah lunas demokrasi…akhirnya yang malu adalah institusi Pemuda Umno sendiri,” katanya.


p/s dalam apa2 pertandingan pun mesti ada yg BERANI MAIN KOTOR bukannya BERANI BERUBAH pun . kes di Rantau Panjang aku ada dengar Ketua Pemuda dia cakap mereka ini penyokong kepada ketua mereka yg digantung keahlian UMNO dari AJK sehingga ketua Bahagian . Insyallah jika KJ ditakdirkan menjadi Ketua Pemuda maka segala rintangan dan halangan itu oleh musuh2nya maka tidak terjadi juga.

Apabila Pak Lah mula marah ..


PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?


Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.


Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.


“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.


“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.


Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.


“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.


– Bernama

link

Rejim Mahathir pelingkup UMNO


p/s Pak Lah sebelum ini hanya senyap kini mula tegas dan bersuara kepada musuh2 nya yang sekarang makin rakus dan melancarkan perang habis-habisan bukan sahaja menyerang Abdullah malah penyokong2 setianya. Bagi aku Pak lah tidak mempunyai pengikut mahupun team seperti Anwar dan Mahathir ketika di dalam UMNO.Hakikat sebenarnya Pak Lah berundur kerana desakan MT UMNO bukannya akar umbi seperti yang disuarakan oleh muhyidin . Sekarang ini kita akan melihat sehingga bulan Mac 2009 ini adakah team Mahathir mampu bertahan setelah mereka kini dihadapan dalam pencalonan dari bahagian .Harus diingat pergolakan dan perbalahan ini ditimbulkan oleh mereka dan di dalam masa yg lama tempoh berkempen kita mampu berfikir semula .

Friday, October 17, 2008

Timbalan PM in the making sudah rakus dan tak sabar ..


KUALA LUMPUR 16 Okt. — Tempoh kempen selama empat bulan untuk pemilihan Umno adalah terlalu lama dan ia boleh menjejaskan produktiviti calon terutama yang mempunyai portfolio dalam kerajaan, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yass

"Saya berkata demikian kerana ramai yang lain turut berkongsi kebimbangan yang sama kerana mungkin akan wujud isu politik wang dan merugikan daripada segi tenaga dan sumber dana,” katanya semasa ditanya tempoh kempen yang lama bagi pemilihan UMNO Mac depan.

link

baca sini kem ULtra UMNO

p/s
Setelah berjaya mendesak dan menjatuhkan Pak Lah untuk mempercepatkan proses peralihan walaupun pernah beliau persetujui sebelum ini, kini Muhyiddin yang begitu yakin untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden sudah mula merasakan tidak sabar lagi. Kalau boleh esok beliau mahu berpindah dari Pagoh ke Putra Jaya.

Tak kan lari gunung dikejar, janganlah memberikan gambaran kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia bahawa Muhyiddin sememangnya pemimpin yang kurang kesabaran dan rakus untuk berkuasa. Bukan lama empat bulan, lakukan kerja seperti biasa, pasti akan datang hari berkenaan jika diizinkan Allah SWT. Jika tidak, samalah seperti Anwar Ibrahim, tinggal satu hun saja lagi untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi ianya bertukar menjadi banduan.4 bulan ini macam-macam boleh berlaku dan beliau harus tidak gelojoh sangat

Thursday, October 16, 2008

Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO,apakah rakyat mula risau ??


Era Mahathirsma akan kembali menguasai UMNO itulah kata-kata yang hebat diperbualkan oleh rakyat di merata-rata tempat. Najib, Muhyiddin dan juga Mukhriz akan menguasai UMNO dan semua pemimpin yang tidak sealiran dengan Mukhriz dan Tun akan dicantas selepas mereka mengambil alih kuasa pada 3 March. Tun akan menjadi “Master Mind” kepada kepimpinan kerajaan walaupun ini dinafikan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan cakap-cakap bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perancang utama dalam meningkatkan popularitinya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin masa depan negara. “Saya tidak fikir anda perlu dalam apa cara pun keliru kerana anda lihat kami bersama (dengan Mahathir).

Pada hakikatnya kami bertemu dalam sesetengah majlis tidak bermakna ada perkembangan besar berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Bersama Malaysia-Indonesia pertama di Kuala Lumpur Rabu. Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir ada peranan untuk menentukan pemimpin masa depan negara.”Beliau (Mahathir) masih lagi dihormati sebagai negarawan veteran Malaysia. Anda juga mempunyai penghormatan tinggi terhadap beliau. Saya tidak fikir kita boleh nafikan hakikat ini. Tetapi sejauh mana beliau telah mempengaruhi dalam aspek pentadbiran, saya fikir ini adalah sesuatu yang Datuk Najib sepatutnya mampu untuk uruskan,” kata beliau.

Apa juga alasan Muhyiddin, kita tidak dapat menutup mulut rakyat yang kini sibuk bercerita mengenai era Mahathirsma, Mereka Khuatir Najib akan menjadi ‘Boneka’ kepada Tun dan seandainya Najib enggan menjadi boneka kepada Tun, Najib akan mengalami nasib yang sama malahan dijangka lebih buruk daripada Pak Lah kerana Tun telah berjaya menanam kuncu-kuncunya di dalam kepimpinan UMNO sekarang.

Tun akan sekali lagi berkata, saya telah membuat satu kesilapan besar kerana percaya kepada Najib dan Muhyiddin. Sebaiknya Tun bersara dan jangan terlibat langsung dengan politik tanah air. Jika dia mahukan Mukhriz terlibat, biar Mukhriz sahaja yang terlibat dan jangan ada campurtangan dalam kepimpinan UMNO.

Muhyiddin, walaupun menafikan akan pembabitan Tun yang terlalu mendalam dalam UMNO sekarang, tidak boleh membohongi rakyat, kerana rakyat tahu bahawa Tun adalah “Master Mind” kepada pergolakan yang berlaku dalam UMNO sekarang. UMNO akan terus bergolak dan berpuak-puak jika era Mahatirisma kemabli. Kerana di zaman Tun dahulu UMNO telah berpecah beberapa kali. Tun tidak selembut Pak Lah, tak suka, keluar dan tubuhkan parti lain. Pasti akan ada perpecahan dalam UMNO jika pemimpin boneka Tun berkuasa.

Apakah cakap-cakap politik kedai kopi ini membayangkan rakyat mulai risau akan terbentuk kembali era Mahathirisma.

www.kpmu.net

klis di sini Team Mahathirisma

p/sUmumnya kita sudah pun ketahui kata-kata Tun kepada Najib jangan libatkan kroni dan keluarga ketika menjadi PM ini sudah menjelaskan kepada kita bahawa Tun akan memerhatikan tindak tanduk Najib dan Najib harus mengikut mendengar itu semua . Muhkriz jika menang KP UMNO,maka kuat lagi suaranya untuk menekan Najib seperti ketika menyalak menyuruh Pak Lah resign selepas PRU 12.UMNO akan hancur jika ada puak2 di dalam parti dan amat malu nama Najib akan dijaja oleh pembangkang sebagai boneka kepada Tun .

Reduan Tee menegur Lian Hoe ingat sejarah semula


Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH

KENYATAAN Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi. Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang Melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.

Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latar belakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.

Saya mungkin dapat menerima serba sedikit pendapat ini jika beliau adalah pakar sejarah. Jika tidak, mungkin ada agenda tersembunyi yang perlu kita lihat secara serius.

Ini kerana selepas pilihan raya umum baru-baru ini, ada beberapa parti komponen Barisan Nasional cuba menggunakan kesempatan ini untuk mengugut UMNO dan kerajaan. Mereka tahu, UMNO kini berada dalam kedudukan yang agak lemah. UMNO memerlukan sokongan parti-parti komponen bukan Melayu untuk memerintah. Justeru, peluang ini digunakan untuk mencapai hasrat yang sekian lama terpendam, termasuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.

Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam pilihan raya lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itu pun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.






Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu diingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan Melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the Malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.

Kalau dahulu, hubungan antara antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. Namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu.

Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.

Diterima

Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.

Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangkan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. Tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadi kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri (Comber, 2007: xx).

Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, British kembali semula memerintah Tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah.

British mengumumkan rancangan Malayan Union pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah Melayu.

British berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisien.

Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu, hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang (Ling Liong Sik, 1995: 4). Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk.

Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. Malayan dirujuk bukan Melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah Melayu atau Malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.





Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip jus soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. Orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

Antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja.

Ini bermakna, British akan terus menjajah negeri-negeri Melayu termasuk negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu (Ongkili, 1985: 39-42, Ruslan Zainuddin, 2005: 550-563, Comber, 2007: xxi).

Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union (Ongkili, 1985: 42-52) memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka.

Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan Union melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. Inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan.

Tidak Logik

Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya sultan-sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri.

Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu.

Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun.

Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".

Pendek kata, Kuan Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera gugusan Pulau-Pulau Melayu (Comber, 2007: 114-115).

Kenyataan Kuan Yew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannya orang Melayu. Orang Melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara.

Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.






Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera mesti pertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan.

Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka, sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu.

Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-oleh merekalah sahaja pejuang rakyat di negara. Tetapi berfikirlah lebih jauh lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.


p/s Sdr Reduan Tee tenyata lebih faham mengenai sejarah Melayu dan orang melayu yang berfikiran liberal dlm pembangkang pun sudah lupa dan mungkin buta sejarah. Saya menyeru tidak diperbesarkan lah isu ini lagi kerana ia merugikan semua rakyat .BN sekarang perlu meraih sokongan rakyat semula bagi menghadapi PRU 13 .

Saya calon underdog -KJ


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.
Khairy bagaimanapun, yakin beliau akan tetap melepasi kuota 39 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Insya-Allah saya yakin lepasi (kuota yang diperlukan)," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, perkembangan mesyuarat Pemuda peringkat bahagian pada minggu ini akan menjadi penentu sama ada dirinya memperoleh pencalonan yang cukup atau tidak.

Khairy setakat ini sudah mendapat 20 pencalonan daripada pelbagai Pemuda bahagian di seluruh negara untuk jawatan itu.

Ditanya peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy berkata, ia sukar untuk diramal kerana perjalanan ke arah itu masih jauh.

Menurut Khairy, beliau tidak berputus asa walaupun pencalonan daripada Pemuda bahagian tidak memihak kepada dirinya.

"Apabila keadaan jadi macam ini, maka kita kena menyakinkan balik akar umbi, kena kerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan lain," ujarnya.



Kita ikuti petikan soalan(comment) oleh seorang pembaca kepada KJ:

Salam KJ,

Saya hanya ingin tahu, adakah dengan menjadi Ketua Pemuda UMNO sahaja baru boleh laksanakan visi-visi kamu? Kalau tak jadi ketua tidak boleh ke?

Apa tindakan kamu jika kamu kalah dalam pertandingan ketua pemuda?

Salam.


Jawapan KJ

Saudara Mohammad,

Terima kasih atas komen dan soalan Saudara.

Ingin saya jelaskan disini, visi saya untuk Pemuda UMNO dan generasi muda negara bukan hanya bergantung kepada kemenangan dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya percaya dan yakin bahawa visi ini akan dapat saya laksanakan samada memegang jawatan tinggi dalam Pemuda UMNO atau sebagai seorang Ahli Parlimen biasa.

Tetapi perlu juga diakui bahawa jika sekiranya ditakdirkan saya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tugas melaksanakan visi ini akan menjadi lebih mudah kerana saya mempunyai satu institusi dan platform yang cukup luas untuk memberi keyakinan kepada orang muda.

Jika ditakdirkan saya kecundang dalam pemilihan akan datang, saya akan terus dengan visi saya yang berteraskan setiakawan, untuk memastikan aspirasi dan suara orang muda samada dalam atau luar UMNO didengar oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan.

Itu janji saya.

Salam setiakawan


**Ibarat Greece menentang Portugal masa Euro 2004

Wednesday, October 15, 2008

POLITIK WANG MENGUASAI PEMUDA UMNO


Kita tentu masih ingat wayang kulit yang dimainkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan juga wayang kulit yang dimainkan oleh Mukhriz sendiri sebelum bermulanya pencalonan. “Anak saya tak mungkin menang dan Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang bijak dan beliau pasti menang perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO ini.” kata Tun.

“Saya tidak mungkin mendapat pencalonan yang cukup, perwakilan telah disekat ” kata Mukhriz, inilah permainan reverse saikologi oleh kedua anak beranak ini. Tun terus bermain dengan kata-kata dengan sindiran sinis untuk membantu kemenangan anak beliau. Nampaknya beliau terlalu serious membantu kempen pemilihan pemuda ini dan mencampuri kempen-kempen pemilihan ini.

Suasana pemilihan pemuda kali ini berjalan dengan kotor sekali apabila lempahan wang dapat kita saksikan sendiri dicurahkan kepada perwakilan, cara pengagihan yang tidak lagi selindungi. Wang diberikan secara terang-terangan. Perwakilan diberikan wang dipintu masuk dewan dan ini berlaku dibeberapa tempat seperti di Beufort, Tumpat, Sungai Siput dan dibeberapa tempat lagi. Mereka telah menguhulurkan paket duit raya yang bernilai RM250 kepada setiap perwakilan. Jerung-jerung besar sanggup mengeluarkan berjuta ringgit hanya bagi memastikan Naib Ketua Pemuda UMNO tidak akan dapat pencalonan yang cukup. Bukti-bukti telahpun dikumpulkan dan pasti perkara ini akan terdeah juga.

Dendam ketua bahagian juga ada memainkan peranan kerana tidak puas hati dengan Perdana Menteri menjadikan Khairy Jamaluddin sebagai kambing hitam untuk disembelih. Antara bahagian yang mencampuri keputusan pencalonan Ketua Bahagian ialah Besut dan Kimanis dan beberpa tempat lagi. Namun ini bukanlah halangan kepada Khairy Jamaluddin untuk melayakan diri bagi merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Banyak perkara yang dirancang telah disabotaj dengan lempahan wang. Khairy perlu meyusun kembali strategi yang telah beliau susun ketika persidangan berehat sektika ini. Jentera Khairy perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki “damage” yang telah berlaku pada minggu ini. Insyaalah keputusan pada minggu hadapan akan berubah. Benarlah kata orang-orang tua, politik tidak akan lari dari mainan wang, politik wang dalam UMNO tidak akan dapat dibasmi kerana kegilaan ahli mereka untuk mendapatkan jawatan.


www.kpmu.net

link this post

lagi artikel politik wang kem Muhkriz ,klik disini

Apakah muhkriz main duit-Malaysiakini

umno NS buta politik

p/s Ketua Pemuda PAS pun sudah pelawa KJ ke dalam PAS kerana mereka melihat sendiri menantu Pak Lah ini mempunyai ketokohan,agresif ,petah berpidato dan sanggup melupakan apa yang Kj kata kpd mereka. Org luar pun boleh menilai kehebatan KJ tetapi UMNO hanya dok percaya ckp Tun dan anak dia sahaja dan membenci KJ.

KJ VS Mukhriz & Mahathirisme



Mukhriz & Mahathirisme

Saya kekal menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin merupakan individu yang paling layak menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Meski pun di atas kertas, pesaing utamanya Mukhriz Mahathir kelihatan selesa mendahului dan telah pun disahkan layak untuk bertanding, peluang Khairy masih luas dan cerah. Mungkin analisa Mohd Sayuti Omar wajar dibaca oleh fanatik Mukhriz.

Jika sebelum ini ramai yang melabel bahawa Khairy mendaki kerjaya politiknya melalui pengaruh dari hubungan keluarganya dengan pemimpin tertinggi UMNO, saya kira persepsi itu kini seharusnya dicampakkan kepada Mukhriz. Hakikatnya, Mukhriz menumpang tuah dan pengaruh bapanya, Dr. Mahathir Mohamad!

Pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kali ini menyaksikan Khairy selaku anak muda yang lebih matang dan berkarisma. Pengalaman sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO selama hampir empat tahun saya andaikan cukup untuk menyediakan Khairy sebagai pewaris kerusi yang antara lain turut pernah diduduki oleh Anwar Ibrahim dan Najib Razak ini.
Kekuatan beliau sebagai seorang pemidato yang berwibawa serta latar belakang pendidikannya yang cemerlang semestinya merupakan salah satu pakej penting dalam beliau berdepan dengan cabaran besar merebut kepimpinan Pemuda UMNO. Melihat dari perspektif hubungan dengan anak muda, Khairy nyata lebih mesra dan dinamik. Berbeda dengan Mukhriz yang lebih aktif dalam lapangan kerja kebajikan dan antarabangsa, Khairy dilihat lebih akrab dengan golongan belia. Mukhriz dilihat sebagai tidak mesra anak muda dan tidak punyai wawasan dan visi.



Memilih Mukhriz bererti menjemput Mahathir untuk kembali berkuasa. Jujurnya, Mukhriz sekadar proksi kepada Mahathir dalam usahanya untuk meneruskan cengkaman dan kawalan ke atas UMNO. Ini ditambah dengan perencanaan untuk menempatkan Najib di kerusi presiden. Percaturan Mahathir kini kelihatan semakin menjadi. Seandainya Najib dan Mukhriz berjaya merebut kerusi yang ditandingi, maka bersiap sedialah untuk melihat Malaysia ditadbir semula dengan fahaman Mahathirisme sebagai teras.

Islam Hadhari tinggal kenangan dan bakal diganti dengan Islam Mahathiri ("Nabi Muhammad tak cukur janggut sebab zaman dia dulu tak ada Gillete"). Nikmat kebebasan dan demokrasi yang sedikit demi sedikit mulai dikecap akhir-akhir ini bakal terhapus dan musnah.

Hidup bernegara akan hilang makna seandainya aliran Mahathirisme ini kembali bertapak di Malaysia. Memilih Mukhriz bererti merelakan sistem kehakiman terus rosak, membenarkan hubungan kaum terus gawat dan mengizinkan kemanusiaan terus bejat.
Saya tegaskan, memilih Mukhriz bukanlah bererti membawa perubahan. Memilih Mukhriz bererti, UMNO akan terus kekal sebegini, dalam keadaannya yang menuju kemusnahan...dulu, kini dan selamanya!


najwanhalimi.com


p/s aku tertarik dgn artikel ini dari sdr Najwan S/U kepada YB Nik Nazmi ,pasti penyokong fanatik muhkriz akan bengang dan marah .

Tuesday, October 14, 2008

Harga minyak turun lagi...!!!

TURUN LAGI... Kerajaan umum penurunan harga petrol 15 sen dan diesel 50 sen berkuatkuasa tengah malam Selasa. Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Selasa. Dengan penurunan ini kerajaan telah turunkan 40 sen harga petrol sejak ia dinaikkan sebanyak 78 sen, Jun lalu. Harga terbaru petrol dengan penurunan ini ialah RM2.30 - 14/10/2008

p/s hanya kerajaan BN boleh kerajaan yg menurunkan harga minyak ,tak payah tunggu Anwar pun . Keputusan ini pasti melegakan seluruh rakyat Malaysia tetapi KPDNHEP juga perlu pastikan harga barang juga turun @ tidak dinaikkan lagi .Jelas bila harga minyak turun pun tetapi harga2 barang malah bahan2 pembinaan juga tidak turun lagi. Cuma harga material seperti minyak bitumen ,diesel untuk kegunaan industri sahaja turun keran mengikut harga pasaran .

Berita awal minggu ini juga manarik dengan anak bapak iaitu Muhkriz Tun Mahathir sudah melepasi ujian pencalonan bagi merebut antara jawatan paling berpengaruh dan setaraf Naib Presiden iaitu KETUA PEMUDA UMNO .

Signifikannya ialah sudah pasti Muhkriz akan dilabelkan calon favourite untuk jawatan ini meninggalkan KJ dan Khir Toyo dan ia suatu tugas yang berat harus dipikul .Aura Muhkriz cukup berpegaruh dikalangan akar umbi yang mahukan perubahan di dalam Pemuda dan diakui sendiri Rais Yatim .

Pencalonan dari Bahagian Permatang Pauh untuk Muhkriz juga akan mengejutkan kerana dijangka Permatang Pauh akan mencalonkan KJ .Walau bagaimanapun terlalu awal untuk kita meramalkan kerana segala kemungkinan boleh berlaku dalam permainan dan masih banyak lagi bahagian belum lagi bermesyuarat.



Saya underdog tapi yakin - KJ

MASIH YAKIN ...Khairy Jamaluddin yang kini berada di kedudukan kedua pencalonan Ketua Pemuda UMNO sifatkan dirinya calon 'underdog'. Namun katanya kepada Agendadaily, beliau yakin akan memperolehi kuota yang cukup untuk bertanding. "Perjuangan akan diteruskan dan pertandingan ini adalah sihat di dalam UMNO," katanya.- 14/10/2008

Sunday, October 12, 2008

UMNO Cheras lancar Tabung Azan bantu Utusan Malaysia hadapi kes saman Teresa Kok

KUALA LUMPUR 12 Okt. - UMNO Bahagian Cheras hari ini melancarkan Tabung Azan untuk membantu akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, kutipan tabung itu juga akan digunakan untuk membantu masjid-masjid membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan.

“Kita wujudkan tabung untuk bantu Utusan Malaysia yang disaman Teresa baru-baru ini, buat permulaan kita akan menjadi badan induk yang mengumpul hasil kutipan daripada UMNO bahagian lain dan badan-badan korporat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di sini hari ini. - Utusan

p/s Penulis juga terasa ingin membantu UTUSAN kerana media inilah yang menjadi wadah perjuangan orang melayu hingga sekarang. Tahniah UMNO Cheras !!

Saturday, October 11, 2008

Pak Lah Bapa Demokrasi Malaysia-Gerakan


Gerakan akan kekal bersama BN bantu perubahan

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) dan menawarkan parti itu sebagai bahan eksperimen kepada sesiapa yang ingin bekerja dalam parti berbilang kaum, kata Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

"Gerakan akan berada dalam BN dalam waktu ini, membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melakukan perubahan dalam BN," katanya kepada media selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-37 oleh Perdana Menteri, di Menara PGRM, di sini, hari ini.
Dengan kenyataan itu, ia sekaligus menamatkan persoalan sama ada Gerakan akan keluar dari BN dan menunjukkan pada waktu ini, Gerakan akan tetap bersama Barisan Nasional.

Dengan menggelar Abdullah sebagai Bapa Demokrasi, Koh berkata, Gerakan menyokong penuh komitmen Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN untuk meneruskan pelbagai perubahan.

Koh berkata, cadangan Perdana Menteri untuk menubuhkan kumpulan keahlian langsung BN tanpa perlu menjadi ahli kepada mana-mana parti komponen adalah satu sokongan atas apa yang dilaksanakan Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum.

Pada masa yang sama, Koh berkata, Gerakan akan bergerak lebih aktif dalam mengambil ahli-ahli baru daripada semua kaum termasuk meneroka idea untuk menubuhkan cawangan-cawangan baru termasuk cawangan siber yang memerlukan pindaan kepada perlembagaan parti.

"Cawangan-cawangan siber akan membenarkan kita mengambil anak Malaysia daripada luar negara termasuk dari Amerika dan Eropah memandangkan ia tanpa sempadan," katanya.


p/s cadangan Gerakan untuk mengambil ahli2 baru lebih aktif satu tindakan yang baik.Gerakan juga menggelar Pak Lah sbg Bapa Demokrasi Malaysia itu adalah tepat di atas jasa2 Pak lah kepada perubahan yang dilakukanya .

Lagu untuk Pak Lah



Ayahanda Bangsa ku


Mengkin Sengaja
Tuhan menduga Kesabaran di mana Ayahanda
Biar bertimpa kata dan nista
Demi bangsamu engkau rela

Waktu teman menjadi lawan
Engkau tetap melangkah
Tidak mungkin engkau kecundang
Mengharungi onak perjuangan

Engkau perkasa
Jiwa dan raga
semangat waja teguh di dada

Demi harapan bangsa negara
Ikrar dan sumpah tetap dikota

Gagah engkau merentas zaman
Ingin bangsa Gemilang
Susah senang dalam senyuman
Petunjuk dariNya pedoman...

Biar nista datang mendurja..
Mencaci juga mencela..
engkau tabah menghadapinya..
Tak pernah engkau melatah

Hanya dia di atas sana
Tempatmu pinta pedoman
Kesucian niat dijaga
Harapan bangsa merdeka ..

Gagah engkau merentas zaman
Ingin bangsa Gemilang
susah senang dalam senyuman
petunjuk dariNya pedoman..

Biar nista datang mendurja..
Mencaci juga mencela..
engkau tabah menghadapinya..
Tak pernah engkau melatah

Hanya dia di atas sana
Tempatmu pinta pedoman
Kesucian niat dijaga
Harapan bangsa merdeka

Biar nista datang mendurja
Mencaci juga mencela
Engkau tabah menghadapinya
Tak pernah engkau melatah

Wahai bangsaku
jangan dibiar Ayahanda kita
Di hina ....


Nyanyian : Nash

ikuti rencana menarik mengenai peralihan kuasa ini Abdullah:Lelaki UMNO terakhir

Penyatuan di bawah Najib

Demi parti dan negara



p/s lagu untuk Pak lah dari NGO2 Melayu ..

Jasa-jasa Y.A.B Pak Lah kepada rakyat Malaysia (2003-2009) Edisi 1


Kerja keras Pak Lah dari 2004 - 2008 ( Edisi 1 ) Bidang Pendidikan

-Melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi untuk meningkatkan mutu pendidikan

-Meluaskan liputan Skim Pinjaman Buku Teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah

-Memansuhkan yuran peperiksaan dan sekolah

-Memperuntukkan RM3 bilion untuk biasiswa dan keperluan-keperluan bagi golongan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah

-Memperuntukkan RM12 bilion untuk menaiktaraf sekolah luar bandar

-Menyediakan elaun khas untuk 12,000 orang guru dan pembantu guru yang berkhidmat di kawasan luar bandar

-Memperuntukkan RM174 juta untuk SJK Cina berstatus bantuan penuh dan RM65 juta untuk SJK Tamil berstatus bantuan penuh di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memperuntukkan RM100 juta untuk SJK Cina dan Tamil berstatus bantuan modal di dalam Rancangan Malaysia Ke-9

-Memastikan sekurang-kurangnya satu universiti awam atau satu kampus cawangan UiTM di setiap negeri

-Menambah bilangan kolej komuniti daripada 34 kepada 53 buah, dan menggandakan enrolmen kepada 115,000

-Menambah jumlah pemegang biasiswa JPA peringkat ijazah di universiti tempatan dari 5,000 kepada 10,000 orang setahun; menaikkan elaun pelajar tajaan JPA di universiti luar negara

-Meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan sains (R&D), termasuk menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas


Namun sayang rancangan bernas Pak Lah terbantut ekoran desakan 'golongan tidak sabar' dalam Umno / Kerajaan....

Lihat rancangan bakal dilaksanakan Pak Lah 2008 - 2012 :

- Menaikkan tahap kelayakan minima para guru dan menyediakan lebih banyak peluang latihan
- Meneruskan usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan; antara lain, melalui usaha peluasan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan
- Meningkatkan perpaduan nasional dengan menggalakkan interaksi di kalangan pelajar
- Menyediakan lebih banyak biasiswa di peringkat ijazah untuk pelajar yang berkelayakan dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
- Mengenalpasti Universiti Apeks dan memberikan lebih autonomi dan sumber untuk membolehkan institusi pengajian tinggi awam mencapai tahap global
- Meningkatkan lagi pelaburan di bidang Sains dan Teknologi, khususnya R&D di dalam negara


Yang ruginya bukan pemimpin pengganti namun rakyat yang akan mengenang jasa jasa Pak Lah selama menjadi PM selama ini...Yang tidak sampai 1/4 dari usia PM terlama memerintah Malaysia sebelum ini iaitu Tun Mahathir.

Tun Mahathir hebat ? mungkin sebab 'menyapu di bawah karpet' segala sampah sarap hingga ramai tak nampak ?

Yang mencucinya ialah Pak Lah yang tidak ubah seperti pewaris segala hutang piutang zaman Tun dahulu... Namun diherdik tanpa belas kasihan oleh bekas bos beliau sendiri.. Episod sedih kerana bekas PM masih 'tergiur' menjadi hero ketika lambaian Izrail sedang memanggil.

penembak-tepat.blogspot.com

p/s Pak lah memang byk menanggung hutang dan dosa Tun ketika mengambil alih PM. Contoh tedekat dlm UMNO ialah Tun dan son sendiri menyuruh Pak Lah hapuskan sistem kuota pencalonan dlm UMNO tetapi siapa yang mencipta sistem itu iaitu Tun sendiri.Ini lah beban yang Pak Lah pikul itu tidak termasuk kes Anwar dan isu VK Linggam correct2 lagi yang sehingga Pak lah melakukan perubahan dalam sistem kehakiman .

Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka


Anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan kerana promosi Melaka
11/10/2008 7:14pm
MELAKA 11 Okt. — Penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosi negeri ini melalui filem lakonannya yang ditonton jutaan peminat seluruh dunia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk “One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.
“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort di Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas istiadat penyampaian anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka sempena ulang tahun ke-70 Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
Shah Rukh Khan yang dilahirkan di New Delhi pada November 1965, adalah antara 758 penerima anugerah darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka tahun ini. Tarikh penyampaian anugerah kepadanya belum ditetapkan lagi.
Mohd Ali berkata penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.
“Kalau kita hendak buat promosi Melaka secara sendiri melalui sesuatu filem yang ditonton jutaan orang di seluruh dunia tentu kosnya bernilai beratus juta ringgit,” katanya.
“Melaka mempunyai banyak tempat pelancongan menarik seperti Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Eye On Melaka dan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk filem seperti filem Hindustan. Kawasan lain di dunia pernah ditonton oleh orang ramai tetapi Melaka belum ditunjukkan secara menyeluruh,” katanya.
Mohd Ali berkata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya pelakon Bollywood itu diberi anugerah bagi membantu Melaka menjadi terus popular lebih-lebih lagi selepas Melaka mendapat pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Katanya Tun Daim sedang menguruskan tarikh yang sesuai untuk membawa Shah Rukh Khan datang ke Melaka menerima anugerah berkenaan, mungkin dalam tempoh sebulan ini.
Beliau juga berkata kerajaan negeri mahu menjadikan Melaka tempat perfileman antarabangsa, apabila Melaka popular maka Malaysia pun popular.
Terdahulu, semasa berucap pada istiadat penganugerahan itu, Mohd Ali berkata kerajaan negeri akan memberi tumpuan kepada 10 agenda untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam tempoh dua tahun akan datang.
Agenda berkenaan ialah menarik lebih banyak lagi pelaburan, memperkukuhkan penggunaan domestik; mendapatkan peruntukan persekutuan yang lebih besar memandangkan sumbangan negeri dari segi pelbagai cukai adalah besar kira-kira RM1.9 bilion setahun; mengutamakan bidang bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), industri terpilih dan asas tani yang merupakan jentera baru pertumbuhan ekonomi dunia.
— BERNAMA

p/s kontroversi juga anugerah ini ,pasti akan menjadi isu di Malaysiakini dan Pas di ceramah2nya. ada asas nya juga pemberian anugerah itu .tidak sangka juga Tun Daim sekarang ni seperti Agent Bollywood kot kerana memperomosi nama SRK dalam list datuk dr Melaka.

Di Mata Tun Hanya Anakku Mukhriz yang layak


KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel mereka ‘pak lawak’ sebagai satu penghinaan dan boleh memecahbelahkan parti. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu berhenti daripada memberi pandangan negatif berhubung parti jika beliau ikhlas hendak memperbetulkan parti.

Katanya, kenyataan Dr Mahathir bahawa tiga pesaing selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan Mac tahun depan, sebagai ‘pak lawak’ tidak sewajarnya dibuat.

“Hentikan pandangan negatif jika Dr Mahathir benar-benar serius dan ikhlas hendak perbetulkan parti,” katanya ketika dihubungi, bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir yang melabel beliau sebagai pak lawak kerana menawarkan diri bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno.


Selain Nur Jazlan, dua lagi yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dan disifatkan Dr Mahathir sebagai ‘pak lawak’ ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta Ketua Penerangan, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Rabu lalu, ketika mengulas mengenai Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang berkemungkinan menjadi Perdana Menteri selepas ini, Dr Mahathir berkata beliau tidak tertarik dengan prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang.

Beliau menyifatkan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Abdullah dan oleh itu, Najib perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepemimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya Muhyiddin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah ‘pak lawak’ semata-mata.

Nur Jazlan juga berkata, meskipun apa yang dinyatakan Dr Mahathir itu adalah pandangan peribadinya, beliau berharap ia tidak menghina orang muda kerana apa yang hendak dibawanya adalah untuk meremajakan Umno.

Sementara itu, Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas panjang berhubung kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya berkata, perkara itu harus diserahkan kepada perwakilan untuk membuat pemilihan dan penilaian.

Beliau berkata, pengalamannya sebagai pemimpin Umno, termasuk sumbangannya selama ini serta kedudukan sebagai seorang daripada Naib Presiden parti akan digunakan untuk terus berkhidmat dan berjuang.

Muhammad pula ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir itu juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menilai kemampuannya memikul tanggung jawab berkenaan




Nota Kaki : BiASALAH , JIKA DI MATA TUN YANG LAYAK MUKHRIZ SAHAJA , ORANG LAIN SEMUANYA TAK LAYAK.

www.kpmu.net