KUALA LUMPUR 12 Okt. - UMNO Bahagian Cheras hari ini melancarkan Tabung Azan untuk membantu akhbar Utusan Malaysia yang disaman RM30 juta oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, kutipan tabung itu juga akan digunakan untuk membantu masjid-masjid membeli peralatan pembesar suara selain keperluan lain yang berkaitan.
“Kita wujudkan tabung untuk bantu Utusan Malaysia yang disaman Teresa baru-baru ini, buat permulaan kita akan menjadi badan induk yang mengumpul hasil kutipan daripada UMNO bahagian lain dan badan-badan korporat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cheras, di sini hari ini. - Utusan
p/s Penulis juga terasa ingin membantu UTUSAN kerana media inilah yang menjadi wadah perjuangan orang melayu hingga sekarang. Tahniah UMNO Cheras !!
Saya berasa hairan kenapa harus melancarkan tabung ini. Parti-parti Melayu seharusnya berpakat mengisytiharkan negara ini negara Islam. Undang-undang yang sediada, sistem politik dan semuanya mesti menggunakan dasar Islam. Jadikan negara ini negara Islam. Orang Melayu sebenarnya takut berbuat demikian. Itu sebab bangsa lain memperlekeh agama Islam sebab orang Melayu tidak tahu memerintah negara ini secara Islam.
ReplyDeleteSecara logiknya siapa pun tidak hormat kepada Islam apatah lagi orang Melayu. Kalau mati pun berbaloi untuk menegakkan Islam.
Bila mufti tido, manusia seperti RPK dengan Teresa bermaharajalela, penyudah terpaksa guna kuasa ISA sebab takut nak berdebat @ panggil mereka secara bersemuka.
ReplyDeleteronn
ReplyDeleteaku setuju..mufti di msia semua tidak lantang utk bersuara kecuali dr asri shj.
sepatutnya menghina islam spt RPK dan azan ini mufti kena bersuara mempertahankan . Ini yg dok pertahan hanya NGO2 melayu dan Islam dan UMNO . PAS mmg tak boleh harapa dah sejak jd geng anwar.