Pages

Friday, October 24, 2008

Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO




KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata UMNO kini berdepan dengan masalah ’sakit tua’ yang hanya dapat disembuhkan sekiranya generasi muda diberi peluang menduduki jawatan utama dalam parti itu pada pemilihan Mac depan.Beliau berkata, pemilihan pemimpin muda untuk jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden itu amat penting bagi membolehkan format pemikiran UMNO diubah supaya ia selari dengan kehendak rakyat.
Katanya, format pemikiran itu baru itu tidak akan dapat dicapai sekiranya UMNO terus diterajui golongan yang tidak mampu berubah disebabkan oleh faktor usia dan budaya politik yang telah ketinggalan zaman.“Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi ‘penyakit tua’, 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.

“Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru,” katanya.

Pendapat dan pandangan bekas TPM Tun Musa Hitam harus diakui UMNO perlu pemimpin muda yang lebih mempunyai idea-idea yang lebih dinamik dan selari dengan kehendak pengundi muda zaman sekarang . Sememang ramai yang bersetuju bahawa UMNO kini mengalami penyakit tua kerana ramai yang sudah nyayuk dan merapu. MT tidak lagi dihormati dan ramai yang merasakan bahawa merekalah yang paling lama dan perlu dihormati dan diangkat menjadi pemimpin.

Yang paling kita nampak dan memburukan kenyataan Musa Hitam ini apabila ada bekas ahli yang sudah benar-benar Tua yang suka merajuk dan emosional bersikap sebagai pengarah pemilihan UMNO untuk menentukan siapa yang patut menang dan siapa yang patut kalah. Dia ni tidak boleh ditegur tetapi boleh menegur dengan lantang. Jika dia ni ditegur, pasti dia akan melenting dan naik angin. Orang tua kalau naik angin buruk jadinya. Tetapi orang semua nampak dia mempunyai agendanya tersendiri untuk dirinya dan anaknya dalam pemilihan ini .

No comments:

Post a Comment