Pages
▼
Friday, October 17, 2008
Timbalan PM in the making sudah rakus dan tak sabar ..
KUALA LUMPUR 16 Okt. — Tempoh kempen selama empat bulan untuk pemilihan Umno adalah terlalu lama dan ia boleh menjejaskan produktiviti calon terutama yang mempunyai portfolio dalam kerajaan, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yass
"Saya berkata demikian kerana ramai yang lain turut berkongsi kebimbangan yang sama kerana mungkin akan wujud isu politik wang dan merugikan daripada segi tenaga dan sumber dana,” katanya semasa ditanya tempoh kempen yang lama bagi pemilihan UMNO Mac depan.
link
baca sini kem ULtra UMNO
p/s
Setelah berjaya mendesak dan menjatuhkan Pak Lah untuk mempercepatkan proses peralihan walaupun pernah beliau persetujui sebelum ini, kini Muhyiddin yang begitu yakin untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden sudah mula merasakan tidak sabar lagi. Kalau boleh esok beliau mahu berpindah dari Pagoh ke Putra Jaya.
Tak kan lari gunung dikejar, janganlah memberikan gambaran kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia bahawa Muhyiddin sememangnya pemimpin yang kurang kesabaran dan rakus untuk berkuasa. Bukan lama empat bulan, lakukan kerja seperti biasa, pasti akan datang hari berkenaan jika diizinkan Allah SWT. Jika tidak, samalah seperti Anwar Ibrahim, tinggal satu hun saja lagi untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi ianya bertukar menjadi banduan.4 bulan ini macam-macam boleh berlaku dan beliau harus tidak gelojoh sangat
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi datang mai baca blog saya.
Selamat hari raya Aidil Fitri, maaf zahir batin.
Selamat maju jaya.
biar la dia dah mmg layak jd tpm..pm pun dia layak..
ReplyDeleteBungaraya berkata...
ReplyDeleteSaya nampak ketokohan Mohd Taib melebihi ketokohan Muhyiddin. Lihat macamana Mohd Taib mengurus dan mentadbir Kementerian Luar Bandar. Kelas...gitu.
Ketika Pemilihan Naib Presiden dulu. Tahun berapa yah? Agaknya anda semua tahu. Ketika itu Muhyiddin, Tok Najib dan Mohd Taib yang memenangi jawatan tersebut. Muhiyiddin undi terbanyak. Why it's happened? Sebab penggunaan wang!!!!. Ramai yang dapat RM1,000 seorang dari orang-orang tertentu yang menggelarkan diri mereka orang kuat Mahyuddin. Saya pun Perwakilan UMNO masa tu.
Kalau saya perwakilan sekarang ini sudah tentu saya akan mengundi Mohd Taib dan bukan Mahyuddin.
Masa tu, perwakilan dari bahagian saya tidak dapat satu sen pun dari Mat Taib.