Pages

Thursday, October 16, 2008

Saya calon underdog -KJ


KUALA LUMPUR 15 Okt. - Calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.
Khairy bagaimanapun, yakin beliau akan tetap melepasi kuota 39 pencalonan yang diperlukan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.

"Insya-Allah saya yakin lepasi (kuota yang diperlukan)," katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, perkembangan mesyuarat Pemuda peringkat bahagian pada minggu ini akan menjadi penentu sama ada dirinya memperoleh pencalonan yang cukup atau tidak.

Khairy setakat ini sudah mendapat 20 pencalonan daripada pelbagai Pemuda bahagian di seluruh negara untuk jawatan itu.

Ditanya peluangnya untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda, Khairy berkata, ia sukar untuk diramal kerana perjalanan ke arah itu masih jauh.

Menurut Khairy, beliau tidak berputus asa walaupun pencalonan daripada Pemuda bahagian tidak memihak kepada dirinya.

"Apabila keadaan jadi macam ini, maka kita kena menyakinkan balik akar umbi, kena kerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan lain," ujarnya.



Kita ikuti petikan soalan(comment) oleh seorang pembaca kepada KJ:

Salam KJ,

Saya hanya ingin tahu, adakah dengan menjadi Ketua Pemuda UMNO sahaja baru boleh laksanakan visi-visi kamu? Kalau tak jadi ketua tidak boleh ke?

Apa tindakan kamu jika kamu kalah dalam pertandingan ketua pemuda?

Salam.


Jawapan KJ

Saudara Mohammad,

Terima kasih atas komen dan soalan Saudara.

Ingin saya jelaskan disini, visi saya untuk Pemuda UMNO dan generasi muda negara bukan hanya bergantung kepada kemenangan dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya percaya dan yakin bahawa visi ini akan dapat saya laksanakan samada memegang jawatan tinggi dalam Pemuda UMNO atau sebagai seorang Ahli Parlimen biasa.

Tetapi perlu juga diakui bahawa jika sekiranya ditakdirkan saya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, tugas melaksanakan visi ini akan menjadi lebih mudah kerana saya mempunyai satu institusi dan platform yang cukup luas untuk memberi keyakinan kepada orang muda.

Jika ditakdirkan saya kecundang dalam pemilihan akan datang, saya akan terus dengan visi saya yang berteraskan setiakawan, untuk memastikan aspirasi dan suara orang muda samada dalam atau luar UMNO didengar oleh pucuk pimpinan parti dan kerajaan.

Itu janji saya.

Salam setiakawan


**Ibarat Greece menentang Portugal masa Euro 2004

No comments:

Post a Comment