Pages

Sunday, May 22, 2016

KESATUAN PEKERJA KERETAPI DAKWA KTMB NAZAK KERANA KESILAPAN TUN MAHATHIR SWASTAKAN





 "Berniaga nasi lemak pun boleh untung". Demikian reaksi Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md Hassan mengenai situasi terkini melibatkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Menurutnya, KTMB hari ini sedang nazak dan perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan ia menerima nasib sama seperti Malaysia Airlines Berhad (MAS).
"Meniaga nasi lemak pun boleh untung. Kita (KTMB) hari-hari rugi. Bagilah tambang itu naik mengikut har"ga sebenar. Barulah kita boleh naik. Jangan asyik salahkan KTMB.
Sekarang kita luahkan sebab KTMB sedang nazak. Selamatkan KTMB! Sebab itu kita berhimpun, menyuarakan rasa hati. Kita tidak berpiket. Ini perjuangan, kalau bukan kita, siapa lagi nak berjuang?," katanya pada Himpunan Bantahan Pengambilalihan Aset Keretapi Oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC), di sini, hari ini.
Beliau sempat menyingkap sejarah dan meletakkan punca KTMB berada dalam situasi hari ini gara-gara kesilapan dalam dasar kerajaan sewaktu pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"KTMB tak boleh diswastakan. Kalau saya salahkan Mahathir, orang marah saya. Tapi puncanya siapa yg swastakan?
"Kalau tak diswastakan, kita tak apa-apa. Gaji kita rendah. Malah lagi rendah dr penjawat awam. Saya menjerit sana sini, orang marah RUM tapi orang tak pandang RUM kerja tengah panas, tinggal anak panas nak beri perhidmatan kepada orang ramai," katanya.
Mengulas lanjut, beliau akui netizen marah dengan KTMB apabila perkhidmatan tergendala namun perkhidmatan terpaksa ditahan sementara sebelum ini gara-gara landasan keretapi retak.
"Kita 'delay' orang marah. Netizen marah bila kita tahan perkhidmatan sebab tapi kita terpaksa buat demi keselamatan.
"Kita dah minta sistem itu 10 tahun dulu. Baru skrg nk luluskan. Siapa jadi mangsa? KTMB juga dipersalahkan," katanya.
Beliau juga menuntut kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB‎ di samping menaikkan tambang perkhidmatan.
Melalui risalah diedarkan, didakwa RAC diwujudkan melalui pindaan Akta Keretapi pada tahun 1991 bertujuan‎ mengambilalih pentadbiran aset-aset keretapi.
"Kini melalui Plan Transformasi RAC telah wujud kononnya percambahan idea iaitu pengambilalihan semua aset seperti Lokomotif, Koc, wagon, ETS, SCS, Komuter, Landasan Berkembar, Elektrifikasi, Urusan Jalan, Semboyan‎, Operator Management Centerlised (OMC) malah pekerja-pekerja terpilih akan ditermpatkan di bawah RAC.
"Implikasi kepada cadangan ini sangat teruk hingga boleh berlaku pembuangan kerja malah RUM yakin KTMB hanya akan tinggal nama melalui persaingan yang akan diwujudkan iaitu 'gunasama landasan' apatah lagi jantung KTMB, OMC diambilalih oleh RAC," katanya

Komen GPB
Dasar swasta Mahathir lah punca KTMB nazak  dan sentiasa harapkan ehsan MOF dan kerajaan untuk bantu suntik kewangan  hingga hari ini . 
Malah ketika era Mahathir juga lah tanah2 di Sentul kini tergadai kepada YTL dan kalau ingin ke pejabat KTMB Sentul   perlu melalui pintu pagar YTL . 



Thursday, May 12, 2016

JAWAPAN IGP TENTANG ISU TMJ TUTUP FITNAH & SPEKULASI MEDIA SOSIAL



Kecoh hari ini isu kenyataan TMJ tentang isu telefon dicuri dengan SB dan ia dijadikan fitnah dan spin oleh beberapa portal pro pembangkang hingga mengaitkan dengan Perdana Menteri . . 



Inilah mainan media sosial dan portal2 pro pembangkang  akan cuba memutarbelitkan berita untuk memburukkan Perdana Menteri . 
Jawapan oleh IGP TS Khalid Abu Bakar hari ini selepas mengadap Tuanku Mahkota Johor ini telah menutup isu ini daripada terus dijadikan bahan fitnah . 



KUALA LUMPUR - Isu berhubung telefon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dicuri dengar dan pergerakannya dipantau cawangan khas adalah hanya salah faham.
Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, pagi tadi beliau sudah pergi menghadap Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi, Johor, dalam pertemuan kira-kira satu jam untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
“Sebenarnya ini adalah sedikit silap faham..tiada apa dan saya sudah jelaskan kepada Tunku.
“Tiada apa-apa masalah dan saya katakan di sini, ini hanya salah faham,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Rugbi Piala Rujirawongse 2016, di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand, di Pulapol, dekat sini, petang tadi.

Saturday, May 7, 2016

SHABERY CHEEK DEDAH BELIAU SEPATUTNYA NAIK HELIKOPTER HILANG #NORIAHKASNON





Kuching – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang petang semalam, namun diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Shabery berkata, Jabu meminta beliau menyertainya untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bukit Saban dengan menaiki helikopter berbeza sebelum pulang ke Kuching.
Katanya, helikopter yang hilang itu pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama beberapa pegawai kanan kementerian berkenaan.
“Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong manakala helikopter yang lagi satu (yang hilang) pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Noriah.
“Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali,” katanya ketika dihubungi, semalam. – BH Online

KOMEN BIADAP SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA ISU TRAGEDI HELIKOPTER DIBIDAS MP PAS



Tragedi helikopter membawa pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan terhempas di Sarawak memang menyedihkan dan mengejutkan kita semua .

Tetapi sikap segelintir haters dari pembangkang yang beragama Islam tidak langsung malu dengan berkata biadap dalam tragedi ini . 

Dimanakah akhlak kita sebagai seorang Muslim ketika keluarga dan sahabat handai sedang bersedih mendengar penemuan mayat mangsa helikopter terhempas di Sarawak, ada yang tergamak mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak menggambarkan akhlak Islam bahkan bagaikan manusia yang sudah mati rasa.
Berpada2lah dalam berpolitik. Janganlah terlalu ghairah hingga melupakan adab dan akhlak sebagai seorang Islam. Rasulullah SAW sendiripun menghormati jenazah walaupun mereka pernah memusuhi baginda. Inikan pula jenazah sesama saudara seIslam yang hanya berbeza ideologi politik.









GPB cukup tertarik kenyataan status YB Nasrudin Hassan . Walaupun beliau MP PAS , tapi nurkilannya  jelas sini membidas segelintir rakyat Malaysia  bila mendapat berita buruk berlaku kepada musuh politik  mereka .

Sebenarnya inilah kesannya politik kebencian ditanam oleh DAP dan PKR kepada otak pemikiran rakyat agar membenci pemimpin kerajaan . Terima YB PAS Temerloh ini yang dilihat matang dan menghormati persaudaraan sesama Islam . 








Friday, May 6, 2016

HELIKOPTER VIP HILANG , ADA JUGA PENYOKONG PEMBANGKANG SUDAH HILANG AKAL






Sepatutnya diucapkan  Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan Dato Noriah Kasnon dan suami serta mereka yang berada dalam helikopter yang hilang petang tadi.

Tetapi ada seorang rakyat yang bangang bernama Farhan AL Fateh telah menghina penumpang dalam helikopter malang ini dengan mengharapkan PM dan TPM turut sama berada. 

MEMANG KURANG AJAQ !!








 Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Mohamad Sabtu Othman pada sidang media sebentar tadi mahu semua pihak tidak mempercayai sesetengah laporan mengatakan helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang hilang daripada radar serta terputus komunikasi sudah dijumpai atau selamat mendarat.
heli hilangMenurut Mohamad Sabtu sehingga kini pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung kehilangan helikopter jenis Eurocopter AS350 RPC 6828 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang dan pengawal peribadi tersebut daripada radar.
Tambahnya setakat ini PDRM dan Tentera Darat dan Udara telah dikerah bagi mengesan helikopter tersebut.
Bagaimanapun operasi mencari dan mengesan secara besar-besaran hanya dapat digerakkan esok pagi memandangkan kawasan di Subayau dimana lokasi helikopter tersebut hilang dari radar agar sukar untuk dicari kerana ia berdekatan laut dan hutan.
“Esok pagi, kita akan gerakkan pasukan Marin dan helikopter daripada PDRM. Gerakan am sudah gerak malam ini bagaimanpun setakat ini kita tidak ada maklumat lengkap.
“Mengenai penumpang, saya tak dapat beri pengesahan. Tunggu kita dapat maklumat untuk pengesahan identiti penumpang. Kita akan bagi maklumat lengkap esok jam 6 pagi,” katanya.
Berdasarkan laporan awal yang diperoleh, helikopter itu sepatutnya terbang dari Betong ke Kuching pada jam 4.12 petang yang hanya mengambil masa 35 hingga 40 minit untuk tiba di Kuching bagaimanapun terputus hubungan pada 4.32 petang.
Hasil pemantauan DCA helikopter hilang dari radar di kawasan Triso, Sri Aman.
“Bertindak daripada maklumat tersebut maka PDRM Sarawak telah mengaktifkan SAR untuk mencari pesawat yang hilang dan sebenarnya kita begantung pada DCA untuk bagi laporan sejelasnya.
“Malam ini saya sudah panggil jabatan-jabatan yang akan bantu mencari pesawat hilang. Kita ada JPAM, Bomba dan tentera dan segala info kita bergantung pada DCA untuk beri mahlumat lengkap,” katanya lagi.
Tambahnya pihaknya juga telah menghantar pasukan ke Sri Aman, manakala bomba juga sudah bersiap sedia untuk beroperasi selepas mendapat maklumat terperinci.
Antara penumpang lain dalam helikopter tersebut adalah suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha KPPK Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Ahmad Sobti Harun