Pages

Thursday, May 12, 2016

JAWAPAN IGP TENTANG ISU TMJ TUTUP FITNAH & SPEKULASI MEDIA SOSIAL



Kecoh hari ini isu kenyataan TMJ tentang isu telefon dicuri dengan SB dan ia dijadikan fitnah dan spin oleh beberapa portal pro pembangkang hingga mengaitkan dengan Perdana Menteri . . 



Inilah mainan media sosial dan portal2 pro pembangkang  akan cuba memutarbelitkan berita untuk memburukkan Perdana Menteri . 
Jawapan oleh IGP TS Khalid Abu Bakar hari ini selepas mengadap Tuanku Mahkota Johor ini telah menutup isu ini daripada terus dijadikan bahan fitnah . 



KUALA LUMPUR - Isu berhubung telefon Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dicuri dengar dan pergerakannya dipantau cawangan khas adalah hanya salah faham.
Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, pagi tadi beliau sudah pergi menghadap Tunku Mahkota Johor di Istana Bukit Pelangi, Johor, dalam pertemuan kira-kira satu jam untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
“Sebenarnya ini adalah sedikit silap faham..tiada apa dan saya sudah jelaskan kepada Tunku.
“Tiada apa-apa masalah dan saya katakan di sini, ini hanya salah faham,” katanya kepada pemberita ketika hadir menyaksikan Kejohanan Rugbi Piala Rujirawongse 2016, di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand, di Pulapol, dekat sini, petang tadi.

No comments:

Post a Comment