Pages

Saturday, May 7, 2016

SHABERY CHEEK DEDAH BELIAU SEPATUTNYA NAIK HELIKOPTER HILANG #NORIAHKASNON





Kuching – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang petang semalam, namun diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Shabery berkata, Jabu meminta beliau menyertainya untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Bukit Saban dengan menaiki helikopter berbeza sebelum pulang ke Kuching.
Katanya, helikopter yang hilang itu pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama beberapa pegawai kanan kementerian berkenaan.
“Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong manakala helikopter yang lagi satu (yang hilang) pula berlepas ke Spaoh untuk mengambil Noriah.
“Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali,” katanya ketika dihubungi, semalam. – BH Online

3 comments:

  1. Peringatan utk semua pemimpin2 UMNO.Jgn menyokong org yang terang2 menyamun duit rakyat disebabkan dia adalah boss dan org no. 1 negara. Pastu jgn sewenang- menggunakan duit rakyat utk membiayai semua kos berkempen contoh sewenang2nya menyewa kenderaan spt helikopter, jet peribadi utk berkempen utk parti tapi semua kos rakyat yg bayar. Makan dedak tak seberapa tapi musibah tempias hingga anak cucu.

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah Shabery, ALLAH beri kau peluang kedua.
    Duduklah muhasabah diri dan perbetulakn segala niatmu.
    Harta dunia, duit berbilion tak boleh dibawa ke kubur.
    Bila sampai ajal, sekelip mata semuanya ditinggalkan.
    Nungkar, Nangkil tak boleh disogok dengan duit.
    Dia tetap tanya, apa yang kau dah buat semasa di donia.
    Dia nak tahu amalan jariah yang kau dah buat.
    Bukan berapa banyak duit dalam akaun kau, berapa besar
    kereta kau, jenama apa jam tangan kau dan kain baju kau.

    ReplyDelete
  3. mati TETAP datang jgn lah jadi budak2

    ReplyDelete