Pages

Friday, May 6, 2016

HELIKOPTER VIP HILANG , ADA JUGA PENYOKONG PEMBANGKANG SUDAH HILANG AKAL






Sepatutnya diucapkan  Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan Dato Noriah Kasnon dan suami serta mereka yang berada dalam helikopter yang hilang petang tadi.

Tetapi ada seorang rakyat yang bangang bernama Farhan AL Fateh telah menghina penumpang dalam helikopter malang ini dengan mengharapkan PM dan TPM turut sama berada. 

MEMANG KURANG AJAQ !!








 Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Mohamad Sabtu Othman pada sidang media sebentar tadi mahu semua pihak tidak mempercayai sesetengah laporan mengatakan helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohamad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang hilang daripada radar serta terputus komunikasi sudah dijumpai atau selamat mendarat.
heli hilangMenurut Mohamad Sabtu sehingga kini pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) berhubung kehilangan helikopter jenis Eurocopter AS350 RPC 6828 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang dan pengawal peribadi tersebut daripada radar.
Tambahnya setakat ini PDRM dan Tentera Darat dan Udara telah dikerah bagi mengesan helikopter tersebut.
Bagaimanapun operasi mencari dan mengesan secara besar-besaran hanya dapat digerakkan esok pagi memandangkan kawasan di Subayau dimana lokasi helikopter tersebut hilang dari radar agar sukar untuk dicari kerana ia berdekatan laut dan hutan.
“Esok pagi, kita akan gerakkan pasukan Marin dan helikopter daripada PDRM. Gerakan am sudah gerak malam ini bagaimanpun setakat ini kita tidak ada maklumat lengkap.
“Mengenai penumpang, saya tak dapat beri pengesahan. Tunggu kita dapat maklumat untuk pengesahan identiti penumpang. Kita akan bagi maklumat lengkap esok jam 6 pagi,” katanya.
Berdasarkan laporan awal yang diperoleh, helikopter itu sepatutnya terbang dari Betong ke Kuching pada jam 4.12 petang yang hanya mengambil masa 35 hingga 40 minit untuk tiba di Kuching bagaimanapun terputus hubungan pada 4.32 petang.
Hasil pemantauan DCA helikopter hilang dari radar di kawasan Triso, Sri Aman.
“Bertindak daripada maklumat tersebut maka PDRM Sarawak telah mengaktifkan SAR untuk mencari pesawat yang hilang dan sebenarnya kita begantung pada DCA untuk bagi laporan sejelasnya.
“Malam ini saya sudah panggil jabatan-jabatan yang akan bantu mencari pesawat hilang. Kita ada JPAM, Bomba dan tentera dan segala info kita bergantung pada DCA untuk beri mahlumat lengkap,” katanya lagi.
Tambahnya pihaknya juga telah menghantar pasukan ke Sri Aman, manakala bomba juga sudah bersiap sedia untuk beroperasi selepas mendapat maklumat terperinci.
Antara penumpang lain dalam helikopter tersebut adalah suami kepada Noriah, Asmuni Abdullah, Ketua Setiausaha KPPK Datuk Dr. Sundaran Annamalai dan pengawal peribadi Ahmad Sobti Harun

2 comments:

  1. Farhan bila naik heli atau kapal atau kereta...byk2 berdoa...takut doa farhan tu balik kat farhan...bukankah bila kita berdoa ...malaikat berdoa yg sama untuk kita...pastikan doa kita doa yang baik2.

    Allah Maha Pengampun.

    ReplyDelete