Pages

Saturday, March 20, 2010

Penerangan UMNO perlu agresif , jangan syok sendiri


Dua tiga hari lepas, kecoh sangat tentang isu GST sampaikan ada kelompok di pihak pembangkang sanggup nak berdemo.

Nasib baiklah DS Najib tangguhkan sementara keputusan mengenai perlaksanaan GST ni. Kalau tak, teruk jugak imej UMNO dan kerajaan dimata rakyat bawahan.

Secara peribadi, spy tak bersetuju dengan apa yang dipanggil sistem Goods and Services Tax ini. Secara kasarnya, sistem cukai ini hanya akan membebankan pengguna akhir sahaja. Walaupun diatas kertas, ia dilihat sebagai cukai pelbagai peringkat, beban sebenar terpaksa ditanggung oleh pembeli terakhir iaitu pengguna.

Walaupun ada kebaikannya disebalik perlaksanaan sistem GST seperti pengurangan defisit yang diperolehi kerajaan, namun GST tak terlepas dari kelemahannya sendiri.

Apa yang spy nampak, walaupun barangan asas seperti makanan dan juga gula dijamin tak akan dikenakan GST, makanan yang diproses dan juga makanan dalam tin tetap dikenakan cukai dengan kadar maksimum.

Lagi satu, jika GST diperkenalkan oleh pihak kerajaan, ianya bukan hanya terikat kepada kadar 4% sahaja. Hasil kajian spy, memang kadar GST bermula rendah di negara-negara yang mengamalkannya, namun kadar cukai ini akan meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun.

Inilah antara perkara yang membuatkan spy tak bersetuju dengan GST ini. Bagi spy, ini semua akan membebankan lagi rakyat yang kini telahpun tertekan dengan kenaikan harga barangan asas harian. Hairan juga dengan sikap dan tanggung jawab pihak yang sepatutnya mengawal selia harga barangan asas di negara ini. Makan gaji buta gamaknya ?

Sekarang ini, spy banyak mendengar rungutan dari masyarakat di kejiranan spy tentang ura-ura perlaksanaan GST. Tambah pulak dengan persepsi-persepsi yang dimainkan oleh pihak pembangkang tentang keburukan sistem GST, makin bertambah tak puas hatilah masyarakat bawahan dengan cadangan kerajaan.

Kemana agaknya pihak yang makan gaji sebagai jentera Penerangan kerajaan? Takkan ikut sama makan gaji buta kot macam kawan-kawan depa di bahagian kawal harga barang?

Sepatutnya, pihak Penerangan UMNO berkolobrasi dengan pihak-pihak yang bertanggung jawab didalam merangka sistem GST ini membuat penjelasan dan pencerahan kepada rakyat. Sekurang-kurangnya, rakyat dibawah nun faham dengan apa yang sebenarnya menatang GST ini.

Jangan harap DS Najib sorang sahaja yang asyik menjawab setiap isu berbangkit. Jentera Penerangan pun kenalah buat kerja juga. Kalau setakat dok asyik main Facebook saja, baik tak payah jadi jentera Penerangan. Dok berlagak elit saja tapi haram satu pun tak tahu nak buat kerja, apa kejadahnya?

Jangan sembang kata Jentera Penerangan UMNO tak cukup. Ada lebih kurang 20'000 cawangan UMNO di seluruh negara ni.

Maknanya, ada lebih kurang 20'000 ketua penerangan cawangan. Tak campur lagi dengan ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri disetiap cawangan.

Takkanlah nak buat pencerahan sikit pada orang kampung disetiap cawangan mengenai isu semasa pun tak mampu kot. Kata berjuang demi agama, bangsa dan tanahair..., yang dok ber Facebook sampai naik kematu jari tu kira berjuang jugak ka?

Kalau bab berkursus dan juga pi melancong sambil belajar kononnya, laju berdesup saja puak-puak ni. Tapi bila bab melaksanakan tugas yang diamanahkan, kura-kura pun lebih cergas dari depa.

Ketua Penerangan UMNO yang asyik dok kata orang goblok tu pulak buat apa? Takkan tak habis-habis dok asyik kerja nak bodek DS Rosmah kot? Cukup-cukuplah perangai gila glamer tu. Pi buat kerja untuk bantu DS Najib tu. Awak tu dilantik untuk buat kerja, bukannya untuk bergaya depan kamera.

Penerangan Pemuda pulak pi mana? Takkan masih sibuk kipas Hj KJ kot? Hentikanlah perbuatan tak berfaedah membodek Hj KJ tu..., takkan kemana tu mamu oiii.

Cubalah bantu DS Najib memenangi hati rakyat sebelum PRU13. Jangan biarkan PM dan TPM saja yang terkejar kesana kemari berusaha meraih sokongan rakyat.

Amanah yang dipikul didalam UMNO adalah amanah rakyat. Jawatan yang diberi dalam kepimpinan kerajaan pula adalah tanggungjawab yang perlu dibuat.

Jangan jadi pengkhianat agama dengan mempergunakan amanah untuk berlagak takbur serta sombong diri.

Jangan pula menjadi pengkhianat bangsa dan tanahair dengan mempergunakan jawatan dalam kerajaan untuk meraih keuntungan duniawi serta keutamaan perut sendiri.

Rakyat sedang memerhati. Jangan sampai menyesal di PRU 13 nanti.

sumber : spy leman mykmu @ CSI Melayu



Komen PB

Syabas bro Spy leman kerana nampak seperti apa yang PB lihat sekarang iaitu Penerangan UMNO & termasuk Penerangan kerajaan tidak buat kerja iaitu menyalurkan maklumat kepada rakyat . Artikel PB sebelum ini adalah mengenai isu GST yang mana rakyat sebenarnya tidak faham apa itu GST . baca di sini GST : Rakyat tidak faham


Penerangan UMNO jangan hanya dok mendabik dada bahawa anda sudah buat kerja dan mencapai KPI dengan buat kursus kepada penerangan UMNO di Janda Baik . Rakyat di bawah sana itu tak faham isu-isu peringat nasional sekarang dan tugas Penerangan adalah untuk menjelaskan semua ini melalui ceramah2 ,risalah dan juga melalui media cetak dan elekotronik.

Jadi, sudah ada jawatan Ketua Penerangan di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan , buat la kerja tersebut diamanahkan ..

No comments:

Post a Comment