Pages

Saturday, March 20, 2010

Slogan Midddle Israel , Israel 4 All ada persamaan dengan slogan parti Pakatan


Gara-gara isu 1 Malaysia yang ingin dikaitkan dengan Yahudi oleh Anwar, beberapa pihak di dalam parti pembangkang sanggup menjadi anjing suruhan kepada Anwar memperlekehkan projek kerajaan Malaysia tersebut.

Di mulai oleh Anwar dan kemudiannya diikuti oleh Lim Kit Siang, bertali arus pemimpin PAS, PKR dan DAP mengecam 1 Malaysia.

Inilah sebenarnya permainan licik gaya Yahudi untuk membunuh imej pihak lain, walaupun hakikatnya mereka memahami apa yang cuba digagaskan pihak kerajaan. Namun demi mengikut telunjuk Anwar serangan tetap dilakukan.

Demi menangkis 1 Malaysia, DAP telah melancarkan Middle Malaysia, satu pendekatan yang dirangka secara halus untuk memenangi pelbagai pihak supaya tunduk kepada polisi parti mereka.

Di Israel juga ada Middle Israel bagi memenangi hati orang islam Palestin, dan memastikan kewujudan dan kekuasaan Israel buat selama-lamanya.
Di Israel Middle Israel memainkan fungsi untuk menarik kelompok Palestin yang moderate supaya menyokong Israel, dan pada masa yang sama kelompok moderate di dalam kalangan orang islam Palestin akan diberikan ruang oleh orang Yahudi untuk diberikan imej yang baik.
Middle Israel juga bersifat gayfriendly dan bersifat non-Xenophobia.

Semakin ramai kelompok terpelajar warga Arab keluar dari pusat pengajian di Israel dan Palestin, semakin mudah program middle Israel mendapat tempat, kerana Middle Israel cuba mendekati pelbagai kelompok masyarakat yang kononnya pragmatik dan progresif bagi mengekalkan kekuasan mereka.

Bukankah ini juga yang dimaksudkan dengan Middle Malaysia ciptaan DAP, mendekati kelompok Melayu islam moderate bagi mengekalkan kekuasaan. Secara halus DAP akan mengangkat kelompok moderate di dalam PAS seperti Nizar dan Khalid Samad sebagai tokoh yang harus disokong oleh umum.
Hari ini kita dapat melihat Nizar dan Khalid Samad telah diprojekkan secara halus dengan diberi imej yang sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin rakyat Malaysia. Manakala pemimpin yang dianggap tidak memenuhi kriteria Middle Malaysia DAP seperti Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin akan dilabelkan sebagai ekstrim seumpama Middle Israel melabelkan Hamas sebagai pengganas.



PAS For All meniru projek Israel 4 All

Begitu juga dengan PAS, sebelum mereka memperlekeh 1 Malaysia ada baiknya mereka melihat dahulu projek PAS 4 All yang katanya diadaptasi dari Israel 4 all, satu projek pelancongan untuk Israel.
Di Israel melalui program tersebut dikatakan ia dapat mempromosi semua destinasi menarik di Israel, kerana seolah Israel membuka pintu seluasnya hingga kawasan membabitkan sejarah umat islam dan dianggap sensitif pun dibenarkan dilawati.

Di dalam PAS, projek PAS 4 ALL juga seakan projek membuka pintu PAS sehingga membolehkan bukan islam menentukan halatuju perjuangan parti tersebut, ( baca tuntutan kelab Penyokong PAS) hingga menimbulkan polemik kemana akhirnya destinasi penubuhan kelab tersebut.
Oleh itu kalau diperhatikan, langsung tiada beza antara PAS for ALL dan Israel 4 ALL matlamat pelaksanaannya adalah membuka ruang yang lebih luas kepada umum untuk mendapat akses ke dalam ruang yang dicipta.

Dengan rekabentuk logo PAS For All mengandungi ciri yang sama dengan Israel 4 All, timbul persoalan siapa sebenarnya yang mencadangkan slogan tersebut. Adakah proksi Anwar yang mengaturkan perkara tersebut, atau sememangnya PAS juga sudah mula dihampiri oleh Yahudi yang dapat mempengaruhi dasar parti. Tentu kita masih ingat saat muktamar PAS di Shah Alam sebelum ini. Timbalan Mursyidul Am PAS ada mengingatkan tentang ancaman bahayanya musuh didalam selimut.

sumber : tomyampotek

3 comments:

  1. ISRAEL 4 ALL SYARIKAT PERLANCONGAN UNTUK MEREKA YG KURANG BERUPAYLAH NGOK..
    Whether you are coming to Israel for the vacation of your dreams or in search of your Jewish, Christian, or Muslim heritage, we provide customized travel for groups and individuals with special needs.

    Takdaq kaitan dengan politik. tapi 1Israel dengan 1Malaysia ni sama je. Bolehkah para pencacai umno ni memberitahu dengan terus terang apa tu 1Malaysia?
    Kalau tak tahu, baik tanya pada orang Yahudi he he he

    ReplyDelete
  2. haha tiada kaitan dengan politik ..

    nak tergelak ayat hang bro ... kalau hang cakap 1 Israel sama 1 Malaysia ... PAS pun lebih kurang juga PAS for all = Israel 4 all ...

    logo pun lebih kurang sama saja ..haha

    ReplyDelete
  3. B1n1 ni banggang lah... apa yg tak de kaitan ngan politik ni... ko ni mmg banggang la aku hantar ko dok israel baru tau... dalam konsep yg PAS dan DAP bawa ni semuanya berteraskan dari idea bapak pembangkang yg kaki aljuburi tu... dah sah2 dia ramai back-up dr israel kompom la konsep PAS n DAP ni ada kena mengena ngan negara yahudi tu... akal tu letak kat kepala bukan kat aljuburi ko tu banggang..

    ReplyDelete