Pages
▼
Tuesday, September 15, 2009
Nizar KKK: Mahfuz sudah taubat dan janji tak serang isu peribadi di Bagan Pinang
KUALA LUMPUR - Pas memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad jika beliau dicalonkan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, faktor calon tidak memainkan peranan yang besar dalam memenangkan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.
“Oleh itu kita terima siapa sahaja calon yang dipilih oleh BN, apa yang pasti kita tidak akan menggunakan isu latar belakang calon untuk mendapatkan undi, soal peribadi dan integriti adalah berbeza,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemungkinan parti itu akan mengunakan taktik serangan peribadi terhadap Mohd Isa sepanjang tempoh berkempen sekiranya bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dicalonkan dalam pilihan raya kecil tersebut.
Dalam pada itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena menafikan bahawa Pas sebelum ini menggunakan pendekatan serangan peribadi sehingga dapat memenangi pilihan raya kecil Permatang Pasir Pasir baru-baru ini.
“Di Permatang Pasir, Pas tidak melakukan (serangan peribadi) , itu peranan media baru seperti bloger yang mengsensasikan isu tersebut, selain itu Majlis Peguam turut terlibat sehingga reputasi calon BN jatuh,” katanya.
Mahfuz berkata, pencalonan tunggal yang dibuat oleh UMNO Teluk Kemang baru-baru ini akan mencetuskan suasana yang bercelaru khususnya dalam kepimpinan parti BN.
Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku orang yang bertanggungjawab memilih calon BN dalam pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan isu latar belakang Isa untuk mengelakkan beliau kembali dalam persada politik tanah air.
“Muhyiddin sangat serius melihat senartio politik ini, jika Isa menang, itu cabaran menggugat kepada beliau, jadi ini satu pembacaan politik UMNO khususnya Muhyiddin,” katanya.
Komen PB
Mahfuz Jeneral PAS Prmtg Pasir , jangan dok bohong lagi di bulan posa ini seperti mana semasa kempen di Prmtg Pasir dulu . Orang sudah kenal sapa hang , Hang pakar fitnah No 1 PAS semasa di PRK Prmtg Pasir . Sampai rumahtangga orang pun hang kacau jangan dok temberang la kata hang tak buat . Bukan saja peranan blogger PR ,tetapi hang tu sendiri dok kutuk ,jaja cerita peribadi orang dalam ceramah itu apa ??
UMNO jangan terpadaya dengan kata-kata kosong orang seperti ini . Dia boleh u turn balik cakapnya jika mereka terdesak nanti dalam kempen nanti . UMNO harus bersedia dan jangan ulangi lagi seperti di Prmtg Pasir
orang pas orang munafik..jangan dipercayai kata kata mereka..hanya membawa syirik
ReplyDeleteHujan emas :
ReplyDeleteBoleh percaya ke orang macam ni?. Tengok muka dah tahu juara fitnah di malaysia.
Dah tak isu, dia akan cari isu peribadi, biasala tu......
nak milih pemimpin mestilah yg tiada kes rasuah..takkan orang nyanyuk nak di jadikan imam sembahyang..sama la dgn si isa ni..takkan korang sendiri tergamak memilih pemimpin yg ada kes politik wang jd pemimpin..lain la klau korang cam tu gak..
ReplyDelete