Pages

Tuesday, September 15, 2009

Take beer : Cawangan DAP Melayu dibuka di Selangor

- mereka ini tidak baca sejarah DAP dari dulu dan tidak tahu apa sebenarnya DAP perjuangkan ..


Bila dapat jawatan Ahli Majlis sahaja terus lupa asal usul .Mungkin muka Melayu seperti ini tak ingat bagaimana DAP menghina Melayu semasa 13 Mei dahulu .

PUCHONG, 11 Sept: Ketika PAS berusaha mendekati orang bukan Islam, DAP pula mencipta sejarah baru-baru ini apabila membuka sebuah cawangan yang ahlinya adalah majoriti Melayu di samping mempunyai ketua dari kalangan orang Melayu.

Cawangan itu dibuka di Kampung Lembah Kinrara dalam Parlimen Puchong yang diwakili oleh Teresa Kok.

Setiausaha Publisiti DAP Pusat, Tony Phua ketika bercakap dalam majlis itu berkata, "Jangan fikir DAP akan meminggirkan Melayu dalam parti ini.

"Kalau ada yang layak, kita akan lantik Setiausaha Agung di kalangan orang Melayu," kata Tony yang merupakan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara.( Ini semua janji kosong saja oleh mereka untuk mengaburi mata orang Melayu )

Beliau memberikan contoh Tunku Abdul Aziz yang menyertai DAP.

"Sebaik sahaja dia menyertai DAP, dia telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan," katanya.

Di majlis itu, ketua cawangan DAP di kalangan orang Melayu itu menyerah 50 borang lengkap yang diisi oleh orang Melayu di cawangan itu.

Seorang ahli DAP yang baru, Saiful Alimin berkata, menyertai DAP bukanlah satu perkara yang senang bagi orang Melayu seperti beliau.

"DAP dianggap parti sosialis. Orang Melayu beranggapan, sosialis adalah sama dengan komunis. Tetapi sebenarnya, sosialis jauh lebih dekat dengan sistem politik Islam. Inilah sistem yang menyekat dari ketidakadilan. Semua perubahan adalah untuk kebaikan bukan untuk rasuah," kata Saiful yang berucap di majlis itu.

Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Azli Idris (gambar) berkata, dia adalah satu-satunya ahli majlis daerah itu dari kalangan DAP.

"Bila saya menghadiri mesyuarat dan program di Kuala selangor, saya pakai songkok. Orang selalu tanya, saya ahli majlis dari PAS atau PKR tetapi saya dengan bangganya berkaya, saya dari DAP," kata Azli di majlis itu.

Di majlis itu, Teresa telah meraikan ahli-ahli baru itu dalam majlis berbuka puasa dengan mereka.

sumber : hARAKah

Komen PB

Nik Aziz cakap siapa masuk UMNO bermakna menolak Islam dan tidak akan masuk syurga . Ini orang Melayu yang lupa daratan dan sejarah masuk DAP parti sosialis ini apa pulak hukumnya ?? Masuk Syurga juga ke ??

Dalam akhbar Sinar hari ini , Nik Aziz cakap Melayu sertai DAP bukan ancaman

Adakah kemasukan orang Melayu ke DAP hasil daripada ajaran tok guru ? Tok guru sendiri benarkan pemimpin DAP baca ayat-ayat Al Quran dan mungkin itu sebab mereka ini tertarik untuk masuk DAP



Bagaimanakah pulak Idea menubuhkan negara Islam ?? DAP memang dari dulu menentang sehingga nak langkah mayat aku dulu ..haha Bagaimanakah pulak orang Melayu dalam DAP itu ?? Pasti mereka ini akan dijadikan penyokong kuat menentang penubuhan negara Islam .



No comments:

Post a Comment