Pages

Thursday, September 17, 2009

Lim akui 1 Malaysia Najib ‘ bukan mudah’ untuk diketepikan sebagai PM


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah lebih sukar untuk diketepikan sebagai perdana menteri kerana dia telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin politik yang lebih berkesan berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Dalam temu bual dengan akhbar Financial Times of London yang diterbitkan Selasa, Lim, yang sudah mula memikirkan pilihan raya umum akan datang, berkata:

"Ada peluang (pembangkang memenangi majoriti kerusi Parlimen) tetapi ia tidak akan mudah. Mungkin ia lebih sukar di bawah Najib berbanding Abdullah. Saya berpendapat Najib dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik berbanding Abdullah."

Menurut Bernama laporan, yang ditulis oleh koresponden Singapura, Kevin Brown, berkata komen Lim, yang juga setiausaha agung DAP, adalah berbeza dengan gaya retorik yang agresif Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar telah mencadangkan kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) mungkin dipaksa keluar sebelum pilihan raya umum akan datang dengan tindakan 'melompat parti' di kalangan ahli Parlimen.

Pakatan Pakyat menguasai 83 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan hanya perlu memang 29 lagi kerusi Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Laporan itu menyebut Najib, sejak mengambil alih sebagai perdana menteri April lepas, telah mendekati pengundi dengan merangka dasar untuk semua kumpulan etnik, menentang rasuah, membebaskan banduan politik dan menumpukan sumber ke atas kerusi yang berpotensi untuk dikuasai semula.

Bagi menekankan keseriusan, laporan itu menyebut Najib baru-baru ini mengumumkan inkuiri terhadap skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Baru-baru ini, CLSA Asia-Pacific Markets, sebuah firma broker saham dan pelaburan yang bebas berpangkalan di Hong Kong, berkata Najib telah mendapatkan semula 'pegangan' dengan sebilangan dasar dan tindakannya yang menarik dan positif sejak mengambil alih kepimpinan kerajaan.

Ia termasuk meliberalisasikan Dasar Ekonomi Baru, memastikan lebih banyak ketelusan, mempercepatkan pemberian projek infrastruktur dan meningkatkan hubungan dengan Singapura bagi menarik pelaburan langsung ke koridor pembangunan selatan di Iskandar Malaysia.

Melabelkan pembaharuan positif dalam bidang ekonomi dan sosial yang dibawa Najib sebagai "Najibnomics", CLSA berkata ia bertujuan merangsangkan ekonomi domestik, menarik pelabur dan kepakaran asing, mengurangkan karenah birokrasi, membanteras jenayah dan rasuah, menekankan peningkatan akauntabiliti dan menggalakkan perpaduan negara menerusi konsep 1Malaysia.

Berlandaskan latar belakang dalam bidang ekonomi perindustrian dari Universiti Nottingham, CLSA berkata Najib pantas melaksanakan pelbagai pembaharuan fiskal dan struktur negara.-15/9/2009

No comments:

Post a Comment