Tahniah Harimau Muda menjuarai Piala Newspaper 2012

on Monday, October 22, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Skuad Bawah 21 Malaysia berjaya meraih kejuraan sulung Piala Newspaper di Vietnam selepas menewaskan Vietnam Youth Newspaper 1-0. Turun tanpa pemain-pemain tonggak dan senarai kecederaan yang panjang ternyata tidak menghalang pasukan Harimau Muda untuk meraih kejuraraan Piala Newspaper 2012.

Beraksi di hadapan lebih kurang 12,000 penyokong pasukan tuan rumah, Vietnam Youth Newspaper bukan halangan untuk skuad muda Ong Kim Swee. Dari minit pertama perlawanan Vietnam tidak memberikan perlawanan yang mudah untuk Harimau Muda walaupun akhirnya Vietnam bolos hasil jaringan tunggal oleh Hazwan Bakri pada babak kedua selepas separuh pertama tamat tanpa jaringan.

 Vietnam yang menjaringkan 11 gol dalam kejohanan ini lebih banyak mengasak dan percubaan demi percubaan dilakukan tidak berjaya melepasi penjaga gol terbaik kejohanan Piala Newspaper, Izham Tarmizi.

Harimau Muda yang kehilangan Syahrul Azwari dan Thamil Arasu akibat kecederaan hanya bergantung kepada penyerang solo Hazwan Bakri sementara Irfan Fazail menyokongya dari tengah. Pengalaman yang bermakna juga dalam perlawanan ini buat pemain-pemain berusia 16 tahun seperti Mohd Raphi dan Adam Nor Azlin yang telah mengawal bahagian tengah dengan baik. Pertahanan dari skuad remaja Perak, Kenny Pallraj meneruskan aksi hebatnya dalam kejohanan ini apabila berjaya mengukuhkan pertahanan Harimau Muda dengan baik tanpa memberi peluang kepada pasukan Vietnam.

 Selepas Hazwan meletakkan Harimau Muda 1-0 di hadapan, Vietnam cuba bangkit enggan mengecewakan penyokong mereka dengan serangan bertubi-tubi pada 10 minit terakhir. Namun pasukan Harimau yang bersatu padu dan kecemerlangan Izham Tarmizi di gawang gol menafikan peluang mereka untuk menyamakan kedudukan.

Selepas saingan yang begitu sengit, keputusan kekal 1-0 berpihak kepada Harimau Muda dan seterusnya dinamakan juara Piala Newspaper 2012.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.