KUALA LUMPUR, 27 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyelar tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang secara diam-diam menambah hutang negara tetapi dalam masa yang sama memomokkan rakyat dengan cerita hutang pentadbiran kerajaan yang lalu.
Menurut ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ironinya beliau melihat kepada rasional tindakan kerajaan PH yang meminta rakyat untuk menanggung bersama melunaskan hutang tetapi pada masa yang sama mereka sendiri menambah hutang kerajaan dengan nilai lebih 100 kali ganda dari jumlah kutipan derma.
“Di sebalik gambaran kesungguhan Kerajaan PH untuk menurunkan hutang negara yang dimomok-momokkan mencecah lebih RM1 trillion melalui pembatalan dan penangguhan projek-projek dan inisiatif mesra rakyat, rakyat juga diminta untuk menderma secara sukarela tanpa had pada Tabung Harapan Malaysia yang kini berjumlah lebih RM160 juta.
“Saya percaya keputusan penerbitan bon-bon ini berkait rapat kedudukan tunai negara yang kian menguncup akibat kekurangan sumber hasil dari polisi populis ‘Tax Holiday’ melalui pensifaran kadar GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) sebelum SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dikuatkuasakan pada bulan September tahun ini dan subsidi petrol RON95 bagi mengekalkan harga kekal di tahap RM2.20/liter,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.
Asyraf berkata demikian ketika mengulas tindakan PH yang secara diam-diam telah menerbitkan bon-bon baru berjumlah RM22.5 billion sejak membentuk kerajaan pada 9 Mei 2018 lalu.
Justeru, Asyraf menyeru Kerajaan PH khususnya Menteri Kewangan untuk berkata benar dan ‘come clean’ di Dewan Rakyat dan media mengenai kedudukan kewangan kerajaan pada waktu dan ketika ini agar rakyat tidak terus ditipu.
“Saya juga menyeru Kerajaan PH mengambil serius pengakuan Menteri Kewangan bahawa GST adalah cukai yang lebih efisyen dan telus dari SST, sekaligus mengkaji semula keputusan pemansuhan GST demi memastikan ianya adil pada rakyat dan bukan sekelompok kecil pemodal serta memastikan kedudukan kewangan negara sentiasa berada di tahap mapan.
“Pemuda UMNO Malaysia akan sentiasa memantau perkembangan ini secara dekat dan berusaha untuk memastikan rakyat diberikan maklumat yang tepat bagi menjamin kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara,” ujarnya. – Media UMNO
Bagus si asyraf wajdi ni sejak jd ketua pemuda umno. Org mcm ni yg kita perlukan dlm umno. Keep voicing out.
ReplyDeleteByk bekerja brbanding kj..
Nsib baik kj x jd pertahankan dan akhirnya kalah terus.