Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, alasan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malek kononnya pembiayaan untuk program ijazah lanjutan merangkumi MyPHD dan MyMaster iaitu MyBrain terpaksa dibekukan kerana Kerajaan terdahulu meninggalkan beban hutang yang tinggi adalah satu pembohongan.
Jelas beliau, alasan tersebut tidak masuk akal kerana Bajet 2018, sebanyak RM90 juta telah diperuntukan kepada Kementerian Pendidikan untuk program tersebut.
“Adakah Dr. Maszlee fikir rakyat mudah untuk ditipu dengan manipulasi hutang negara dan keputusan untuk membekukan biasiswa MyBrain perlu diterima oleh rakyat?
“Membekukan sementara MyBrain atas alasan untuk dikaji tanpa dimaklumkan satu tempoh masa bagi saya ia satu penindasan kepada rakyat,” jelas beliau dalam satu kenyataan media.
Jelas Shahrul, tindakan membekukan MyBrain tanpa diberitahu tempoh waktu hanya menyekat peluang rakyat untuk sambung pengajian dan Dr. Maszlee harus menyedari hakikat bahawa bukan semua orang mempunyai kemampuan kewangan untuk menampung yuran pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana.
Justeru, semua pihak perlu mendesak Kementerian Pendidikan menyelesaikan isu MyBrain kerana keputusan membekukan MyBrain satu penindasan ke atas rakyat.
“MyBrain dapat membantu menaikkan taraf hidup rakyat, ekonomi dan peluang naik pangkat dan akhir kata saya mengingatkan Dr. Maszlee supaya berhenti dari membuat keputusan yang bersifat menindas rakyat kerana saya khuatir apabila rakyat benar-benar rasa diri ditindas pelbagai perkara boleh berlaku,” tegas beliau.
Untuk rekod, tujuan MyBrain diwujudkan adalah bagi meningkatkan jumlah pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dan Ijazah Sarjana (Master) bagi mencapai sasaran 60 ribu pemegang PhD dan Master di Malaysia menjelang tahun 2023. – MediaUMNO
MAZLEE NO BRAIN
ReplyDeletemazlee ni jahat dan munafik besar!
ReplyDeleteuntk MyBrian dia ckp UMNO belum salur peruntukan? budget sekolah persendirian cina peruntukan datang celah mana?
heyy mazlee..ko mampos esok kena jwb lah dgn Tuhan.. politik jijik pembohong besar!
ingatkan alim lah sgt spt yg dikatakan oleh wardina tu.. tp baru2 ni masa preview film pulang mamat ni terhegeh2 hulur tgn nak salam ngan ct nurhaliza smpi ct serba salah nak salam ke tdk.. haii takkan nak rasa tgn ct smpi lupa halal haram wahai tok lebai alim2 kucing..jgn buat melancap ngan tgn tu sudah la ye..hehe bkn blh percaya sgt ngan org munafik ni..
ReplyDelete