PEKAN: Ahli UMNO tidak seharusnya beranggapan parti berkenaan sudah tidak relevan, sebaliknya perlu meneruskan perjuangan meskipun sedang diuji ketika ini.
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata ahli UMNO tidak boleh membiarkan parti berkenaan berakhir atau tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.
"Apa yang sedang berlaku ketika ini adalah perjuangan yang amat menguji kecekalan kita, Allah letakkan ujian yang sangat besar (untuk melihat) jika kita mempunyai kesungguhan dan menghidupkan kembali perjuangan asal UMNO.
"Ketika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, kita tidak mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi tetapi kita ada kekuatan semangat dan perpaduan, dengan itu saja kita dapat menumbangkan Malayan Union," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Asnaf di Masjid Kampung Tanjung Agas, di sini, malam tadi.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengingatkan ahli UMNO untuk mengambil semangat perjuangan ahli terdahulu dan terus berjuang selagi diizinkan Allah.
Katanya, sebagai bekas Perdana Menteri, beliau hanya membuat janji yang boleh ditunaikannya kerana bimbang janji dibuat atas dasar mahu memenangi pilihan raya akan disoal di akhirat nanti.
"Percayalah apa yang saya janjikan tempoh hari sebagai Perdana Menteri dibuat selepas saya pertimbangkan sedalam-dalamnya, saya tidak berjanji jika itu tidak boleh saya tunaikan, takut kalau menang di dunia sekalipun, akan disoal kelak (di akhirat)," katanya.
Dia ada janji TUNGGU AUDIT TUNGGU AUDIT....sampai kalah AUDIT 1MDB tak habis habis lagi....sekarang kelentong MOODY pun tak kata hutang 1 Trillion....
ReplyDeleteWei, pendekar bangang....Moody tak ada nampak atau access 'RED FILES' yang mana orang dalam MOF pun tak boleh lihat kecuali Kepala-Penyamun dan Lap-Dog sekelian....
Roadshow Arul Kanda tak mahu teruskan ke hujah 1MDB bayar balik hutang tanpa wang kerajaan?
Allah amat mengasihi DSN kerana jujur dalam perjuangan nya untuk rakyat, Aamiin
ReplyDelete