Pages
▼
Thursday, June 21, 2018
EKONOMI NEGARA SEMAKIN TERUK DAN LEBIH RAMAI ORANG AKAN HILANG KERJA
Saya lihat keadaan ekonomi negara kita tiba-tiba menjadi dari baik kepada teruk.
Kalau sehingga dua bulan lepas pelabur minat masuk melabur di Malaysia, kini tiba-tiba pelabur berjemaah tinggalkan pasaran Malaysia sehingga negara kehilangan modal pelaburan berbillion-billion Ringgit dalam tempoh hanya beberapa minggu kerana hilang keyakinan kepada Kerajaan untuk mentadbir ekonomi negara.
Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan tidak pernah perlu buang orang kerja beramai-ramai namun merancang lagi untuk mewujudkan 3 juta peluang pekerjaan termasuk mengambil beratus ribu graduan bekerja di bawah SL1M, kini tiba-tiba berpuluh-puluh ribu orang penjawat awam telah diberhentikan kerja oleh Kerajaan Pakatan. Mereka merancang untuk buang lebih ramai lagi.
Kalau sehingga dua bulan lepas Kerajaan boleh menambah BR1M kepada lebih ramai golongan yang memerlukan kerana keadaan kewangan Kerajaan yang kukuh, kini tiba-tiba BR1M mahu dikurang dan dikecilkan bilangan penerima oleh Kerajaan Pakatan atas alasan hutang negara yang dikira dan dimanipulasi ikut suka.
YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kata berpuluh ribu orang itu memang patut diberhentikan.
YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula kata beliau tidak tahu berbillion pelaburan sudah keluar dari Malaysia.
YB Pegawai Khas Menteri Kewangan Tony Pua pula beri alasan pasaran saham jatuh sebab faktor luaran dan bukan salah mereka.
GST telah dikosongkan, namun harga barang tetap melambung naik. Harga minyak pun dinaikkan juga sehingga 19 sen seliter. Sekurang-kurangnya dahulu orang masih ada kerja dan bantuan BR1M juga ditingkatkan untuk menampung perbelanjaan golongan yang memerlukan.
Perdana Menteri dan Menteri-menteri sibuk ingin bongkar skandal sensasi kerajaan dahulu, namun lupa nak buat kerja sebagai Kerajaan sekarang untuk tangani masalah rakyat hari ini. Jika rakyat tiada kerja untuk makan, mereka tidak boleh tunggu 100 hari.
Dalam 40 hari semua ini telah berlaku sekelip mata. Jika tunggu 100 hari, tak tahu apa lagi akan jadi. Jika begini trendnya, ekonomi negara akan menjadi lingkup dan lebih ramai orang akan hilang kerja di Kerajaan mahupun swasta.
Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa bertanggingjawab untuk menegur. Oleh sebab ini, saya ingin jemput YB Menteri Kewangan Tuan Lim Guan Eng atau Pegawai Khas beliau YB Tony Pua untuk berdialog dengan saya secara terbuka berkenaan ekonomi dan kewangan negara termasuklah hutang negara. YB-YB pun nampaknya ada banyak masa untuk buat kerja lain dan bukanlah sibuk sangat untuk urus kerajaan dan masalah rakyat.
*ISHAM JALIL*
*_(Calon MT 115 & Calon NKB Sg Buluh 04_*
*_Via FB Isham Jalil_*
https://www.facebook.com/1180765013/posts/10214700780651413/
Teruskanlah dengan kenyataan kenyataan bangang anda......kerana semua ini lah yang membuat orang ramai membenci umno.....anda anggap orang ramai ni apa....bangang macam anda ke.....
ReplyDeleteBiarkan ekonomi melingkup, biar anak2 muda hilang pekerjaan, biarkan orang2 melayu makan pasir. Mana tau lepas ni jadi cerdik sikit.
ReplyDelete