Pages

Saturday, December 12, 2015

TEGURAN PERWAKILAN RAPATKAN KEPIMPINAN TERTINGGI IKHLAS - @Zahid_Hamidi #Umno2015




 - Saranan para perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno 2015 agar kepimpinan tertinggi parti kini dan terdahulu dirapatkan harus dianggap sebagai teguran ikhlas anggota yang sayangkan Umno dan mahu parti itu terus di landasan yang benar.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, saranan itu lahir dari suara hati perwakilan yang melihat kepimpinan tertinggi parti sebagai panduan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah penting bagi 'kepimpinan lama menyayangi kepimpinan baharu dan kepimpinan baharu menghormati kepimpinan lama'.

"Kombinasi ini penting kerana ahli-ahli Umno keseluruhannya mahu supaya tidak ada sebarang permasalahan berlaku di kalangan kepimpinan sama ada yang telahpun memberikan sumbangan dalam kerajaan mahupun sekarang," kata beliau kepada pemberita pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Menteri Pertahanan. - Bernama

1 comment:

  1. Blogger Din Turtle mengarut lagi. Apakah blogger Melayu pengkhianat ini memang benar mahu menolong Tun Mahathir, pembangkang dan TSMY serta Shafie Afdal menggulingkan PM Najib? Mencipta flowchart seperti dokumen palsu Claire Brown Sarawak Report?
    Semua orang yang fasih dengan IT boleh mencipta flowchart seperti blogger Din Turtle Pengkhianat Melayu bikin. Cuma gunakan fakta palsu atau fakta benar.
    Blogger Din Turtle penyokong Malaysian Insider yang tidak berhenti-henti memfitnah Perdana Menteri sekarang.
    Cukuplah, kerajaan mesti ambil tindakan terhadap blogger Melayu pengkhianat ini.
    12/12/2015

    ReplyDelete