Pages

Saturday, December 12, 2015

MALANG SEKALI UMNO MUHYIDDIN TERUS SERANG PRESIDEN - Rahman Dahlan #PAU2015




Saya baru membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yasin (TSMY) dalam Facebook beliau.

Saya kesal kerana TSMY gagal menghayati apa yang dituntut oleh perwakilan sepanjang perjalanan PAU yang sedang berlangsung sekarang ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa perwakilan mahukan persengketaan antara kedua pemimpin atasan dihentikan dan jika ada apa apa yang perlu dibincang perlu menggunakan landasan yang betul.



Membuat kenyataan-kenyataan terbuka seperti dalam laman media sosial Facebook hanya  memburukkan suasana.

Pada saya bila tuduhan itu melibatkan orang nombor satu dalam negara ianya dituntut untuk ditangani dengan lebih berhemah. Bayangkan jika tuduhan itu terbukti tidak berasas, sudah tentu kerosakan kepada integriti presiden dan parti tidak mungkin dapat diperbaiki. Sebab itulah ianya perlu ditangani melalui landasan yang betul bukannya melalui "Road Show" atau media sosial.

Sayangnya, TSMY terlepas satu peluang untuk memperbaiki hubungan beliau dengan Presiden. Peluang itu ditawarkan oleh presiden sewaktu ucapan dasar di mana presiden mengajak mana mana pihak untuk berbincang dalam landasan yang betul. Cadangan itu mendapat tepukan gemuruh dari perwakilan yang menandakan mereka  mahu isu ini dihentikan.

Peluang untuk menjernihkan hubungan antara kedua dua pemimpin ini dimusnahkan oleh TSMY melalui laman sosial Facebook bila beliau hari ini menuduh Presiden tidak amanah, tidak jujur, tidak berintegriti dan bersih serta terlibat dalam perkara-perkara mungkar.

Malah TSMY menggambarkan presiden sebagai orang yang tidak taat kepada titah perintah Allah!

Masya-Allah ini adalah tuduhan-tuduhan yang amat serius yang dibuat tanpa memberikan bukti! Tuduhan tidak taat kepada perintah Allah amat berat sekali bagi seorang yang beragama Islam. Ini tuduhan melampaui batas.

Pertelingkahan dua pemimpin tertinggi parti bukan perkara enteng atau kecil. Ianya boleh melibatkan ketidakstabilan politik yang serius. Sebab itu MKT merasakan jika dibenarkan PAU ini dijadikan tempat untuk tuduh menuduh, ianya akan melemahkan parti. Perwakilan akan pulang bukan dengan semangat kekeluargaan dan perpaduan tetapi dengan perasaan saling syak wasangka.

Malang sekali bagi UMNO jika itu berlaku.

No comments:

Post a Comment