Bila nama mamu Datuk Musa Sheikh Fadzir dipilih untuk berucap mewakili P.Pinang di dalam perbahasan ucapan dasar Presiden , pastinya ia cukup dinantikan 5 ribu perwakilan dan juga ahli parti.
Pentas di Dewan Merdeka sudah cukup sebati dengan jiwa beliau . Teguran ikhlas yang menbina demi pengukuhan perpaduan UMNO juga adalah merupakan suara majoriti akar umbi yang sayang parti . .
Tahniah Tok Musa kembali semula ke pentas PAU2015 ..
Pengukuhan perpaduan parti merupakan antara topik penting yang bakal mewarnai sesi perbahasan usul ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, aspek tersebut penting bagi memperkuatkan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Beliau yang akan membahaskan usul berkenaan memberitahu, pada masa sama, teguran membina boleh disuarakan demi kebaikan parti.
“Teguran bukan dengan niat untuk menjatuhkan atau mengaibkan pihak lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, mesej yang disampaikan dalam sesi perbahasan mesti berupaya meniup semangat ahli-ahli parti untuk terus berjuang membela agama, bangsa dan negara.
Beliau yang akan membahaskan usul ucapan dasar Presiden UMNO menjelaskan, semua pemimpin dan ahli UMNO seharusnya sedar tentang pelbagai cabaran getir yang dihadapi parti ketika ini.
“Saya sendiri akan memberi penekanan kepada aspek persiapan dan hala tuju UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 dalam sesi perbahasan nanti,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment