UMNO akan bersidang dalam keadaan parti itu bukan sahaja ‘dihimpit’ oleh pakatan pembangkang tetapi juga ‘ditekan’ oleh segelintir ahli-ahlinya yang terpengaruh dengan fakta separuh masak melibatkan kepemimpinan parti.
Malah pemimpin dalam parti seperti Muhyiddin kini mahu menjadikan Perhimpunan Agong UMNO kali ini sebagai medan menunjukkan agenda sempit mereka meracuni pemikiran perwakilan dan ahli parti .
Malah pemimpin dalam parti seperti Muhyiddin kini mahu menjadikan Perhimpunan Agong UMNO kali ini sebagai medan menunjukkan agenda sempit mereka meracuni pemikiran perwakilan dan ahli parti .
Demokrasi dalam UMNO membenarkan seseorang itu bersuara dan memberi pandangan tetapi malangnya suara dan pandangan itu disampaikan melalui cara yang tidak betul.
Apabila tindakan diambil, maka kelompok tersebut menganggap ia tidak demokratik sedangkan mereka tidak memikirkan apakah tindakan mereka boleh memberi kesan kepada parti atau tidak?
Sebenarnya matlamat Persidangan Agung tahunan UMNO Malaysia adalah akhirnya untuk mengukuhkan parti sebagai tonggak kepada kerajaan dan bagi menghadapi PRU14.
Tiada tempat untuk sesiapa yang mahu menonjolkan agenda sempit seperti yang hendak dibawa oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin, lebih2 lagi apabila agenda, tuduhan, dakwaan dan hasutan ini hanya berdasarkan andaian semata-mata.

Tetapi apa yang pasti orang Melayu secara keseluruhan mahu menyaksikan UMNO sentiasa matang dalam berhadapan apa jua cabaran bukannya melatah bagaikan ‘kera kena belacan’.
UMNO yang sudah berusia 69 tahun sudah melalui pelbagai ujian dan ia telah mematangkan ahli parti .
UMNO yang sudah berusia 69 tahun sudah melalui pelbagai ujian dan ia telah mematangkan ahli parti .
Pihak di luar sana yang membenci UMNO entah sudah berapa lama menanti dan mendoakan agar UMNO berantakan. Jika keadaan ini berlaku, ini akan menyebabkan kedudukan orang Melayu juga terbangsat di bumi tanahair sendiri .
Dalam keadaan apapun menjelang PRU 14 , UMNO tidak boleh ‘cedera’ , ‘tercedera’ atau ‘dicederakan’ kerana yang akan sakit adalah orang Melayu dan parti keramat ini perlu pastikan BN menang PRU14 dan terus memerintah negara ini .
Justeru adalah wajar jika perhimpunan kali ini dijadikan medan untuk membuktikan UMNO masih lagi relevan untuk orang Melayu. Kita tidak mahu ada Pak Pandir di dalam UMNO menjadi duri dalam daging merosakkan parti ini .
saya setuju seratus peratus dengan pandangan penulis suka saya cawangan perenggan yg saya salon semua di bawah ni di ulang biara Dan viralkan supaya lebih ramai pembaca aan faham mengapa perbuaan menyongsang arus harus di hentikan ; mencegah lebih mudah Dari merawat -
ReplyDelete"Demokrasi dalam UMNO membenarkan seseorang itu bersuara dan memberi pandangan tetapi malangnya suara dan pandangan itu disampaikan melalui cara yang tidak betul.
Apabila tindakan diambil, maka kelompok tersebut menganggap ia tidak demokratik sedangkan mereka tidak memikirkan apakah tindakan mereka boleh memberi kesan kepada parti atau tidak"
Maka jadilah sebuah parti syok sendiri. Tak kuasa aku nak UNDI BN @ UMNO dlm pru akan dtg. Fullstop!!
ReplyDelete