Warkah Untuk PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera, (Baca dgn hati)
1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO, izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.
2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.
3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.
4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.
5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?
6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.
7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.
8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.
9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.
10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.
11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.
12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?
13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.
14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.
15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?
16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.
17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.
18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.
19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?
20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.
21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?
Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.
Wassalam,
Sayangkan Islam dan Negara
najib tak ada pun tak apa...malaysia tak akan tumbang tanpa najib..org dah tak percaya ko cakap ape pun org buat dek aje..Rakyat sakit hati terutama org melayu hidup semakin susah...ko semakin kaya raya...adil ke...Jawatan ko tu rakyat yg bagi...bukan lalu temuduga dgn jpa...rasanya ramai lagi dalam umno boleh jadi pm...yg lalang tu rakyat dah kenal...susahlah ko lepas ni
ReplyDeleteI love this article. N i know who najib is personally.. too bad malaysian u have an evil oppositions political party who could put the damage on their on own land just becoz somebody cant be a prime minister.
ReplyDeleteCara yg terbaik utk bersihkan nama DSN ialah dengan berehat sambil membenarkan siasatan dilakukan dengan cara yg paling telus. Sirul juga telah melakukan banyak kebaikkan melindungi nyawa bbrape PM, tetapi sekali dia lakukan kesalahan, bolehkah kita anggap tidak mengapa?
ReplyDeleteTulis panjang2 ingat aku baca ke tulisan macai najib???
ReplyDeleteAbah kau paksa kau baca ke?
DeleteAleuto!!! Kalo malas baca jgn komen!
DeleteSangat bersetuju dengan saudara. Melayu terikut2 menyalak perangkap pembangkang. Tengoklah apa jadi dengan kuasa lebih yang diberikan kepada pembangkang - Liberalisme yang melampau, Festival Minum Arak Beer Fest, Pondan menuntut hak, LGBT seolah-olah kini sepatutnya halal, belai dan pelihara anjing ingin dijadikan norma kalangan islam, restoran bukan islam semakin banyak dan tiada tanda halal, hanya istilah 'No Pork' dan orang melayu islam berduyun pergi, melayu juga semakin kehilangan identiti sedangkan inilah saja tanah bangsa bergelar melayu ini berbanding bangsa lain yang boleh hidup melata di merata dunia kalau tidak di tanah nenek moyang mereka, orang muda yang kononnya semakin celik politik di pergunakan pembangkang dan disumbat dengan idealisme liberal melampau dan hak kebebasan tanpa batasan yang kini menjadikan mereka semakin kurang ajar, banyak lagi 'Jasa' pembangkang, tapi mungkin inilah yang masyarakat sekarang inginkan asalkan pemimpin itu bukan Najib, asalkan bukan lagi UMNO asalkan bukan wakil BN, kerana dengan Pembangkang, Malaysia akan maju bebas bermaksiat, berkurang ajar, mencarut dan melayu, cina, india, kadazan, murut dan sebagainya akan hidup aman damai kasih mengasihi....... taikkkkkkk!
ReplyDeleteMerdeka dh nk masuk 58thn. Harap agama rasmi je islam. Tapi perundangan di malaysia tdk 100% islam. Saya bkn nk ckp najib tu teruk atau tak baik. Persoalan nya ialah dasar umno itu sendiri yg menghalal kn perkara sebegini berlaku. Selagi agama ialam di bwh jabatan perdana menteri selagi itulah rasuah atau maksiat berleluasa. Sepatut nya kita letak kn agama islam diatas sekali kemudian di auauli dgn pm. Tpm dan jabatan perdana menteri kerana memang tlh di janjikan isam itu sempurna. Wallahuaklam.
DeleteAku baca dan cuba faham apa yg bro tulis. Ada kebenaran dan penuh pujian.
ReplyDeleteCuma ,(ini pndapat aku) kalau kita tgk dan baca presiden2 usa kafir harbi ni pun ada kebaikkan, bantuan kemanusiaan, bantuan ekonomi yg dihulurkan
Begitu juga banyak lagi pemimpon taraf dunia yg mmg dikenali amat dermawan ttapi terpalit dgn isu salahguna kuasa dsb.
Masalah pada Najib jika disenarai mmg banyak ttapi bila dia terpalit dgn isu sekarang, dia harus proaktif mnjawab sgalanya dgn cepat, tepat,mudah, amanah, jujur, telus dan dipercayai.
Perkara pokok yg mnjadi isu Najib secara terang2 menimbulkan situasi panik, salahfaham, penipuan dan dilihat secara terancang cuba menutup dan mngalih isu mnggunakan kuasa sbgai PM.
Najib juga secara sedar menipu rakyat secara terang2an, contoh terbaru dia mngatakan 1MDB blum rugi, semasa di Pasir Gudang Johor, diwalhal tlah dibntangkan pun 1MDB telah rugi Rm600 juta lebih baru2 ini.
Persoalan lagi, cuma 6 bulan dikatakan masalah hutang 1MDB akan selesai. Siapa yg percaya???? Hanya penjilat dan pengampu bodek yg percaya.
Kita bukan bercakap jutaan rm, sekarang kita berdepan dengan puluhan ribu juta rm . satu yg pasti, dari lubuk mana hutang ini akan dibayar??? Dan, mengapa syarikat ini diwujudkan jika kelemahan pemgurusan tidak terkawal.
Kita jgn tanya pasal derma pak Arab, dah tntu bnyak yg prejudis dan skeptikal
Apapun, Najib harus ingat setiap gerak dan perkataan dia telah dirakam dan diteliti. Memang bukan mudah utk mnjadi PM wpun sebesar gunung jasa, sekali kepercayaan rakyat terhakis, lukanya menanah sampai bila2.
Terlalu banyak macai2 Najib yang diupah.
ReplyDeleteHahahA! Jilat kuat!!apa ingat skrg ni zaman jepun ka?org kt Malaysia ni semua bodoh?..org kampung pun da maju taw..info n fakta dhujung jari..agak2 la nk bodekpun..bkn dpt apa..laen la mcm machai,bodek ckit ja masyukk....jiilaker!
ReplyDeleteNi sekor lagi lembu umno yang dungu. Rakyat semakin susah harga barang semakin mahal di tambah dengan GST. Tol sepanjang jalan. Jawatan dibekukan. Graduan banyak yang menganggur. Nilai ringgit menjunam harga ubat semakin mahal. Apa Najib buat setiap malam asyik kencing rakyat kata wanita umno.
ReplyDeleteberapa byk dapat bayaran tulis artikel tu? kesian.......
ReplyDeleteOrang Melayu Malaysia ni kebanyakan kufur Nikmat dan yakin mereka adalah ahli Syurga. Nauzubillah
ReplyDeletekepala tahikau, ngajar orang kufur nikmat .Ajar najib yg tak ada akal tu
ReplyDelete