Justo penipu dah kena penjara 3 tahun di Thailand , bila lagi individu di Malaysia yang Justo jumpa & jual maklumat Petro Saudi nak dikenakan tindakan ??
BANGKOK 17 Ogos - Mahkamah Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Xavier Andre Justo atas cubaan memeras ugut sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM9.95 juta) terhadap bekas majikannya, PetroSaudi International.
Hukuman itu berkuatkuasa serta-merta dan Justo, 49, akan dipenjara di Thailand sepanjang tempoh berkenaan.
Justo, warganegara Switzerland ditahan di rumahnya di pulau Kho Samui di Selatan Thailand pada 22 Jun lalu.
Dia didakwa memeras ugut PetroSaudi dan kemudiannya cuba menjual data yang dicuri dari syarikat tersebut kepada sekumpulan individu, termasuk kepada salah seorang pemilik agensi media di Malaysia. - UTUSAN ONLINE
Ahaiii...aku cuba nak faham....adakah mamat Justo ni jual maklumat sulit tentang berlakunya salahlaku dlm urusniaga tersebut.
ReplyDeleteThe Edge cuba tunjuk terror kononnya berjaya tipu Justo, tapi aku kurang yakin sebab mamat ni bukan calang beb....dia ni bekas VVIP dlm syarikat tu jugak.
Takkan dia nak bagi maklumat free, tentu ada something bawah meja, bukan ciput 2 beb.
Sayangnya KPN tak dapat jumpa pulak mamat ni....kenapa ye
Aku risau jugak, entah2 kerajaan Siam ni ada simpan ' peluru' utk Malaysia sebab Siam ni mmg terkenal dari dulu lalang, sebab tu tak pernah di jajah